Orang ramai memberikan laluan kepada lelaki yang dipanggil.
Seluruh makmal terdiam apabila lelaki bertubuh tinggi itu melangkah ke hadapan.
Xinghe memandang ke arah pencabar seterusnya dan matanya membesar dengan perasaan seolah-olah mengenali.
'Lelaki ini macam pernah lihat…'
'Tunggu sebentar… ET!
Dia ialah penggodam yang mewakili Chui Ming sewaktu pertandingan pengodam.
'Tetapi, kenapa dia ada di sini!'
Kemunculan Ee Chen menenangkan Ruobing sedikit. Dia memberitahu Xinghe dengan bangga. "Ee Chen adalah ketua jawatankuasa sains perkomputeran makmal kami. Dengarnya, kemahiran komputer kamu boleh tahan, jadi Ee Chen akan mengujinya untuk kami. Saya harap kamu tak akan mengecewakan kami semua dan menunjukkan persembahan yang baik!"
"Kamu nak dia uji saya?" Xinghe bertanya dengan nada sedikit menghina.
Ruobing mengangguk, "Betul!"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com