webnovel

Satu Ketukan Kecil di Pintu

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Dengan nada tidak puas hati Mubai berkata, "Walau bagaimanapun, Xinghe tetap ibu kepada Lin Lin. Walaupun kami bukan lagi pasangan yang sah, kita tidak boleh mengabaikan penderitaannya."

Puan Xi yang tua memasamkan mukanya dan berkata, " Ia adalah keputusan Xinghe untuk tidak menerima pertolongan kita. Kamu sendiri memang masak dengan sikap dia yang pelik dan degil. Dia hanya membawa masalah semenjak ketibaannya dalam keluarga Xi. Dia tidak mahu mengakui kesilapannya dan enggan berkomunikasi sesama keluarga kita yang lain sehingga kita terpaksa berhati-hati di rumah sendiri. Mak telah melakukan yang terbaik dengan menawarkan bantuan kepada dia sekali tetapi dia enggan menerimanya. Kita bukanlah satu badan amal dan mak tidak akan merayu padanya untuk terima bantuan kita."

"Walau bagaimanapun, mak seharusnya beritahu saya…."

"Mubai, perkahwinan kamu dengannya adalah satu kesilapan besar dari awal lagi. Bapa kamu jelas tidak berfikir masak masak sebelum membenarkannya dia berkahwin dengan keluarga kita. Mak faham yang ianya sukar untuk kamu hidup dengan perempuan teruk itu. Ianya satu rahmat yang dia minta bercerai dan mak tidak akan beri apa-apa peluang padanya untuk balik ke dalam keluarga kita. Lagipun, dia ialah wanita dewasa dan tidak akan mati kebuluran."

[Benar, tetapi dia bukanlah sedang hidup senang sekarang…. Apabila kebenaran ini diberitahu kepada Lin Lin pada masa akan datang, dia pasti akan marah dengan mereka.]

Tanpa menunggu sarapan pagi, Mubai bangun lalu berkata, " Saya akan ke pejabat."

"Tetapi kamu belum makan sarapan kamu lagi," kata Puan Xi yang tua tetapi Mubai hanya bergegas keluar dari rumah tanpa menoleh ke belakang.

"Nah, bukankah saya sudah beritahu pada awak untuk tidak menyembunyikan ini daripada anak kita? Sudah tentu dia akan marah apabila dia dapat tahu tentangnya," kata ayah Mubai, Xi Jiangsan kepada isterinya.

Puan Xi yang tua melemparkan jelingan terhadapnya. "Awak salahkan saya sekarang? Ini semuanya salah awak. Jika awak tidak merestui perkahwinan mereka dahulu, kesemua ini tidak mungkin berlaku. Tengoklah sekarang, tiada seorang pun dari pihak terlibat yang berpuas hati."

Jiangsan mengeluh. "Saya terhutang budi kepada ayah Xinghe dan ini adalah hasrat terakhirnya sebelum meninggal dunia. Bagaimanakah saya nak tolak? Tambahan pula, mana lah saya tahu yang mereka berdua tidak padan. Saya telah belajar daripada kejadian ini dan tidak akan lagi masuk campur dalam isu perkahwinan anak kita pada masa hadapan. Dia boleh memilih sesiapa yang dia suka untuk berkahwin."

"Apa yang awak merepek ini? Orang itu telah dipilih dan ianya Tianxin. Saya telah mengenali gadis tersebut semenjak dia seorang bayi dan sentiasa menganggapnya sebagai anak perempuan saya sendiri. Dia sesuai untuk Mubai." Kata Puan Xi sambil tersenyum apabila menyebut nama Tianxin.

Walaupun Xinghe baru bangun daripada tidur, dia tetap berasa lemah sekali.

Ingatan lamanya yang kembali telah menambah tekanan pada keadaan mentalnya. Tambahan pula, keadaanya yang baru sahaja dilanggar kereta tidak membantu kesihatannya.

Dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah pada hari itu untuk merawat dirinya..

Memandangkan hari itu musim cuti sekolah, Xia Zhi turut berada di rumah untuk menjaga kakaknya.

"Kak, adakak kak pasti kak berasa baik? Patutkah kita ke hospital?" Xia Zhi bertanya dengan risau.

Xinghe menggeleng kepalanya dan berkata, "Saya baik-baik sahaja. Doktor perintahkan saya untuk berehat di rumah selama beberapa hari. Kecederaaan saya tidaklah begitu serius. Kalau tidak, doktor tidak akan benarkan saya keluar hospital."

"Tetapi kakak kelihatan pucat sekali."

"Ini adalah rupa seorang pesakit dalam proses penyembuhan…" keluh Xinghe. Dia tidak mahu kembali ke hospital semula.

Keluarga mereka tidak mampu menanggung kos perubatan lagi.

Jelas sekali Mubai telah melepaskan pemandu yang melanggarnya. Xinghe tidak mahu berhutang terhadap Mubai lalu dia memilih untuk menderita sendirian.

Xia Zhi tidak mampu melihat dia sebegini lalu berkata, "Kak, saya fikir lebih baik kita pergi berjumpa doktor. Kita masih mempunyai wang untuk membiayai perubatan kakak. Apa apa pun, ayah pun telah mengarahkan saya supaya membawa kakak ke hospital sebelum pergi kerja. Jadi tolonglah dengar arahan kami!"

Xinghe menegaskan bahawa kecederaan dia tidak serius dan enggan meninggalkan biliknya.

Xia Zhi sudah tentu tahu kenapa dia tidak mahu pergi. Tiba -tiba, kedengaran satu ketukan pada pintu rumah mereka. Ia kedengaran perlahan seolah-olah disengajakan, bukan seperti jiran mereka yang mengetuk dengan deras.