Dia merenung tepat ke arah Xinghe lalu bertanya dengan suara yang menggerunkan, "Kamu pernah pergi ke Negara Y kan‽"
"Bukan itu saja…" Xinghe merenungnya dan berkata, "Kami bekerjasama dengan Presiden Negara Y untuk memusnahkan markas kamu!"
Lin Xuan tergamam. 'Mereka yang musnahkan pangkalan Sindiket IV? Macam mana ini boleh berlaku‽'
"Kalau bukan kerana itu, macam mana kami dapat selamatkan Cik Xia? Mujurlah kami selamatkan dia kalau tidak jenayah kamu tak akan didedahkan hari ini."
Lin Xuan masih tidak percaya. Dia tidak percaya Xinghe adalah orangnya yang memusnahkan pangkalan Sindiket IV dan Lin Xuan pula langsung tidak tahu tentang semua ini.
Bukan dia sahaja, semua orang lain juga terkejut apabila mengetahui yang Xinghe mampu memusnahkan pangkalan Sindiket IV. Namun, apabila difikirkan kembali, bukankah Xinghe yang membawa bukti untuk mendedahkan jenayah Feng Saohuang di mahkamah?
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com