Wajah Lin Yun berubah serta merta. 'Macam mana mereka boleh tahu? Saohuang ke yang beri mereka maklumat itu? Ini mustahil.'
Riak wajah Lin Yun diamati sepenuhnya oleh Lin Xuan. Dia bertanya dengan lembut, "Xiao Yun, apa bukti yang mereka ada tentang kamu?"
"Abang Ketiga, saya tak..." Lin Yun yang kebingungan cuba menjelaskan, "Mereka salah menuduh saya, kenapa saya nak melakukan sesuatu yang haram? Mereka hanya cakap kosong kerana mereka tak sukakan saya."
Mubai ketawa dengan sarkastik. "Kamu keluarga Lin mesti sangat tahu sama ada ahli keluarga kamu boleh melakukan perkara yang haram atau tak. Kamu Lin Xuan, betul? Kamu tak boleh bawa Lin Yun pergi, dia harus ikut kami ke balai!"
Mubai tidak mengenal Lin Xuan. Mereka hanya bertemu sekali atau dua kali sewaktu beberapa perjumpaan. Satu-satunya perkara yang dia tahu, Lin Xuan mempunyai kedudukan tinggi dalam keluarga Lin, walaupun dia menghabiskan sebahagian besar waktunya di luar negara.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com