Setelah memandangnya sepintas lalu, Xia Zhi mengangguk.
Sambil tersenyum dia berkata, "Berita yang sungguh menakjubkan! Ianya sangat menggembirakan yang ingatan kakak telah kembali! Marilah kita lupakan segala perkara lepas dan bermula semula. Kak, selepas graduasi saya tahun ini, saya berjanji akan berkerja dengan keras untuk menyokong keluarga kita. Serahkan semua beban pada saya. Saya akan pulang dengan wang yang banyak untuk tampung kita bertiga!"
Sambil tersenyum, Xinghe membalas, "Saya percaya pada kamu tapi tolonglah berhenti risau tentang saya. Saya jamin yang saya sihat".
Xinghe merasakan sesuatu dengan kata-kata Xia Zhi dan mula berasa bimbang dengannya.
"Kak, kamu seorang manusia, bagaimana kamu boleh berasa puas hati dengan keadaan kamu sekarang? Kamu adalah ayam tambatan di Akademi S dan mempunyai masa depan yang cerah jikalau malapetaka tersebut tidak menimpa kamu, kak.".
Xinghe lalu berkata bahawa andainya malapetaka ini dilalui oleh orang lain, ianya pasti melemahkan semangat mereka. Sesiapa sahaja akan berasa kecewa jikalau masa depan mereka yang cerah diragut pergi dengan tiba tiba. Walau bagaimanapun, Xia Zhi bukan calang-calang orangnya. Dia percaya bahawa kemampuannya tidak boleh dinilai dengan sekeping sijil Akademi S semata-mata.
Dia yakin yang dia boleh melalui perceraiannya dan melepaskan diri daripada kemelut kemiskinan. Dia tidak lagi merasa takut akan perkara yang dahulu melemahkan semangatnya. Dia bertekad untuk menuntut kembali hidupnya dan tidak akan ada satu insan pun yang dapat menghalangnya.
"Saya memang sihat, tidakkah kamu ada keyakinan terhadap kakakmu? Apa apa pun, pekerjaan jenis apa yang akan kamu cari?" kata Xinghe untuk menukar topik perbualan.
"Ijazah saya adalah dalam bidang sains komputer, jadi saya bercadang untuk menyertai satu syarikat internet tetapi janganlah kakak risau, saya tidak akan menyertai Xi Empire," kata Xia Zhi dengan penuh semangat.
Xi Empire ialah syarikat internet yang terkemuka di negara mereka dan di zaman moden ini, urus niaga internet adalah satu ikutan zaman sekarang.
Dahulu, Xi Empire sering membataskan urus niaga mereka dalam sektor perhotelan dan hartanah tetapi Mubai mempunyai visi tentang bagaimana urus niaga dalam talian ini boleh berkembang dan betapa banyaknya wang yang boleh didapati melalui urus niaga ini.
Di bawah pimpinannya, kini Xi Empire ialah syarikat terbesar di Hwa Xia dan Mubai sudah beberapa kali tersenarai dalam kategori '10 Orang Terkaya di Dunia' Forbes.
Dengan lemah lembut Xinghe berkata, " Xi Empire mempunyai teknologi terkini, kepimpinan yang berwibawa dan faedah-faedah yang menguntungkan. Ia merupakan satu platform yang baik untuk programmer yang bercita-cita tinggi seperti diri kamu. Kamu patut pergi".
Dengan tegas Xia Zhi menjawab, "Saya lebih rela mati daripada menyertai Xi Empire. Mereka telah melayan kakak dengan teruk sekali!"
'Baiklah. Saya tidak akan memaksa kamu kalau kamu tidak mahu. Satu hari nanti, kita akan mempunyai syarikat internet kita sendiri."
"Itu memang misi saya selama ini. Percayalah pada saya kak, saya akan buat kakak bangga!'' kata Xia Zhi dengan penuh semangat. Dengan potensi Xia Zhi, Xinghe percaya yang sepupunya boleh mencapai sesuatu yang dalam dunia ini.
Xia Zhi sebenarnya tidak perlu mencapai apa-apa. Jika apa apa berlaku, dia masih boleh bersandar terhadap Xinghe.
Sewaktu Xinghe sedang berbual semalaman dengan Xia Zhi, Mubai sibuk sedang mencarinya. Sudah dua jam Mubai cuba mencarinya, namun dia tidak menjumpai apa-apa. Dia hanya menyedari betapa bodoh perbuatannya apabila Tianxin menelefonnya.
"Mubai, adakah kamu sudah tidur?" Inilah tabiat Tianxin untuk menelefonnya setiap malam.
Sejujurnya, Mubai tidak mempunyai sebarang topik untuk dibualkan dengan Tianxin. Dia juga tidak berminat untuk mendengar cerita hidup sehariannya jadi panggilan setiap malam hanyalah semata mata untuk mengucapkan hello dan selamat malam.
"Saya masih belum tidur, ada apa apa yang hendak dibincangkan?" tanya Mubai dengan selamba.
"Bagaimana dengan Lin Lin? Dia nampak tidak begitu sihat semasa makan malam tadi." tanya Tianxin dengan hati hati. Dia tahu Xi Lin mengelakkan untuk berjumpa dengannya tetapi demi menjaga air muka sendiri, dia terpaksa berpura pura tidak perasan.