Xinghe berasa kasihan pada Xia Meng. Dia berasa terdorong untuk membantu Xia Meng melepaskan diri daripada orang seperti ini. Jika tidak Xia Meng akan kembali ke neraka selepas memori mereka ditukar kembali.
Oleh itu, Xinghe akan menghancurkan Ye Shen sementara dia masih berada dalam tubuh Xia Meng.
Xinghe melengah-lengahkan Ye Shen selama kira-kira seminggu sehingga syarikat Ye Shen tidak mampu bertahan lagi.
Untuk menunjukkan 'keikhlasan'nya, Ye Shen telah mengganggu Xia Meng setiap hari. Dia mengabaikan tanggungjawab perniagaannya, tetapi Xinghe tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan berlembut hati.
Kerana semakin kesuntukan waktu, Ye Shen berasa gelisah seperti seekor semut di atas periuk panas. Wajahnya menjadi lesu dan lingkaran gelap muncul di bawah matanya.
Puan Ye tidak tahan melihat anaknya seperti itu lagi, jadi dia membawa Ye Qin bersama-sama untuk menerjah Xinghe.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com