webnovel

Dua Jiwa Generasi Kedua

Dua Jiwa Generasi Kedua,mengisahkan seorang pengembara yang bernama Rihisna ingin menjadi seorang pengembara yang terkenal.Selain itu,dia juga ingin merungkai segala ilmu kuno yang dibaca daripada buku-buku lama.Dalam pada itu,Rihisna harus menerima pelbagai rintangan dan mencari seorang teman sejati yang sentiasa bersama dengannya. Demi melindungi khazanah negaranya dia harus menjadi pewaris seterusnya bersama dengan teman rapatnya walaupun pada akhirnya salah seorang harus mati.Justeru yang terselamat dari kematian harus mememilih pewaris seterusnya

RafsiNight · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
5 Chs

Bab 5:Iktas Sang Raja Kerajaan Ipa

Noriala yang dari tadi hanya melihat sahaja tanpa berkata apa-apa,tetapi lain dengan ibunya yang melihat gelagat Sang Raja dan Rihisna dengan teliti serta memegang kedua tanganya di paras bawah perut.

ZUSSSS!...Sang Raja memulakan langkah pertamanya dengan mengeluarkan iktas api ditangannya.

TUFFFF!...dan terus melempar ke arah Rihisna.

Rihisna sempat mengelak dengan pantas.Demikian,Rihisna medepakan tangannya kebelakang..

"MANTRALANA! penumbuk padu!"suara yang kuat didengari daripada Rihisna dan terus meluru ke Sang Raja dengan tangkas.

Sang Raja menahannya hanya dengan tangan kanannya.Justeru angin yang kuat dapat dirasai memecahkan kesunyian di dewan Istana.

"Wahh!...boleh tahan!"Sang Raja dengan pantas membalas serangan Rihisna dengan tangan kirinya.

ZUMMM!...Rihisna sempat mengelaknya kearah kanan sisi Sang Raja.Sambil tertunduk ke bawah Rihisna terus membalasnya dengan tangkas.

ZUSSSS!...Sang Raja terus menghasilkan iktas api disekelilingnya.

"Aaargh!"jerit Rihisna tercampak beberapa meter jauhnya sambil tertunduk

"Haa..Haa..Haa"Rihisna tercungap-cungap menarik nafas.

"Aku hampir terlupa yang iktasnya hampir sama panas dengan raksasa burung yang aku lawan"

bisik Rihisna didalam hati."Baiklah kalau begitu aku akan gunakan iktas.."

"MANTRALANA! pendiding diri"sebuah pelindung berbentuk sfera diseluruh Rihisna terhasil.

"Oh! itu dia pelindung yang ku nantikan!"kata Sang Raja teruja sambil mengangkat tangan kanannya ke atas.

ZUSRSRSRSSRS!...suatu bebola api yang kecil ditangan Sang Raja terhasil,semakin lama ia membesar dan terus membesar sehingga sepuluh kali ganda daripada tubuh Sang Raja

"Apa!...macam yang aku agak! ini iktas api tahap tertinggi seperti raksasa burung"bisik Rihisna didalam hati sambil menunjukkan reaksi gagum dan tersenyum

"Nampaknya! kau menyukainya ya,jangan suka dulu ini baru sikit pengembara"kata Sang Raja melangkah sedikit demi sedikit ke depan.

Hawa kepanasannya dapat dirasai di seluruh dewan Istana.Noriala terkejut dengan apa yang dilihat dan Ibunya tidak berasa terkejut sebaliknya tersenyum gagum.Tiba-tiba Noriala menyapa ibunya...

"Ibuanda! kita harus menghentikan perlawanan ini! kalau tidak Rihisna akan cedera ataupun mati!"kata Noriala pada ibunya sambil menarik tangan ibunya sedikit

"Tidak perlu anakanda,kita hanya cukup melihatnya sahaja"balas ibunya dengan senyuman pada Noriala

"Apa! Ibuanda biar betul ni"Noriala tergamam

"Ya! Kamu tak tahu ke yang.."

"Baiklah Rihisna! kau dah bersedia ke!"kata Sang Raja lantang sehingga memotong percakapan diantara Noriala dan ibunya.

"Ya! itu sudah pasti wahai Tuanku!"balas Rihisna dengan yakin

"Hahaha! Kemain yakin lagi kau! Kalau begitu kau harus tengok ni wahai pengembara"Sang Raja terus sahaja menggenggam tangannya yang sedang mengangkat berbola api yang besar dari tadi.

FUHHHHHHRSSSSSS!...

Demikian kelihatan pusaran api kiri dan kanan iktas api tahap tertinggi terhasil.Semakin lama,semakin membesar seperti yang satunya.Maka lengkaplah tiga berbola api sambil berpusing pada tangan kanannya dan turut juga disokong tangan kiri Sang Raja.

"Tak mungkin! tiga sekali Raja bagi aku! satu pun aku dah tak mampu?"bisik Rihisna di dalam hati dengan reaksi terkejut dan sedikit takut.

"Habis la aku kali ni"kata Rihisna perlahan

"Apa harus aku buat?"Rihisna terdiam seketika seperti patung.

"Haaa?...apa kau kata? aku tak berapa dengarlah"kata Sang Raja menyindir Rihisna.

"Cis!...nampaknya takde pilihan lain aku kena guna cara ni jugak"Rihisna terus melihat ke atas dan menerbangkan dirinya sama tinggi dengan berbola api Sang Raja.

DUP! DUP!...secara tidak sengaja jantung Rihisna berdegup dengan laju.

"Aaargh!...ianya berlaku lagi"kata Rihisna menahan kesakitan.

"Apa yang kau buat tu? dah takde masa ni,baiklah aku akan lepaskannya sekarang!"Sang Raja terus saja menghalakan tangan kanannya kehadapan.

TIUFFFF!...ketiga-tiga buah berbola api yang dilemparkan Sang Raja meluru laju ke arah Rihisna.

SHUSSSS!...Rihisna mengudur kebelakang dengan laju,tetapi malangnya berbola api itu lagi laju.

"Alamak!"Rihisna menjerit sambil melindungi mukanya dengan kedua tangan.

BTOMMMMM!...letupan yang sangat kuat terhasil di udara Dewan Istana serta hawa kepanasan dapat dirasai.Noriala menutup mulut dengan tangannya kerana berasa tergamam dengan apa yang berlaku sambil melindungi wajahnya daripada cahaya yang terang.Sementara,ibunya hanya melihat dengan senyum sinis.Nampaknya pertarungan ini sudah berakhir.Tetapi mereka tidak melihat kelibat tubuh seseorang yang terbakar atau terlempar.Asap pun lama kelamaan hilang.Sang Raja melihat ke atas dengan teliti,untuk mengetahui sama ada Rihisna selamat atau tidak.Hasilnya tiada kelibat tubuh seseorang,mungkin sudah hancur lebur.

"MANTRALANA!"...kedengaran suara Rihisna berada di balik belakang Sang Raja

Screching!...Screching!...terdapat dua rantai mengikat tangan Sang Raja yang berwarna ungu kehitaman.Sang Raja terus menolehkan badannya kebelakang dan terus melompat beberapa langkah daripada Rihisna.  

"Jadi inilah rantai yang meresap iktas raksasa burung tu"Sang Raja berkata dan melihat ke arah rantai yang terikat di kedua belah tangannya.

"Resapan iktas!"secara tiba-tiba Rihisna mengeluarkan suara yang lantang dan menggenggam tangan kirinya

Pezuppp!...rantai itu terus merenggang dengan kuat sehingga menolak sedikit tangan Sang Raja.

"Baiklah! kalau begitu,kita tengok seberapa banyak iktas yang kau boleh resap!"terus Sang Raja mengeluarkan iktas api yang marak di tangannya.

Sang Raja mengambil langkah kekuda,begitu juga dengan Rihisna.Keduanya terus mara kehadapan dengan laju.

Dezummmm!...Krekkkkkk!...Piechh!

Demikian,mereka berdua dihalang oleh iktas yang berunsur ais.Iktas itu terhasil daripada Sang Permaisuri yang sedang mendepakan kedua belah tangannya menghalang Sang Raja dan Rihisna.Kedua-duanya terkejut dengan apa yang dilihat.Rihisna dan Sang Raja terbeku dengan iktas ais Permaisuri.

"Hahaha!...nampaknya sampai disini sahaja pertarungan kita!"kata Sang Raja tersenyum

"Ehh!...Permaisuri boleh berlawan!"terperajat Rihisna dengan apa yang dilihat.

"Mestilah Rihisna,kalau tak,takkan aku setuju dengan pertarungan ini"balas Permaisuri tersenyum manis.

"Haaa...kalau kau nak tahu,dulu Permaisuri adalah general"Sang Raja menambah lagi sambil mencairkan ais dipersekitaran.

"Fuhhh!...jadi pertarungan ni dah habis,haaa"Rihisna mengeluh dan terus terbaring di lantai

Dari jauh,Noriala melihat saja gelagat mereka bertiga.Tidak disangka dia aka melihat ibunya beraksi.Sudah lama sejak kali terakhir dia melihat ibunya begitu,kira-kira pada waktu ibunya melatih Noriala bertempur satu ketika dulu.