webnovel

Dua Jiwa Generasi Kedua

Dua Jiwa Generasi Kedua,mengisahkan seorang pengembara yang bernama Rihisna ingin menjadi seorang pengembara yang terkenal.Selain itu,dia juga ingin merungkai segala ilmu kuno yang dibaca daripada buku-buku lama.Dalam pada itu,Rihisna harus menerima pelbagai rintangan dan mencari seorang teman sejati yang sentiasa bersama dengannya. Demi melindungi khazanah negaranya dia harus menjadi pewaris seterusnya bersama dengan teman rapatnya walaupun pada akhirnya salah seorang harus mati.Justeru yang terselamat dari kematian harus mememilih pewaris seterusnya

RafsiNight · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
5 Chs

Bab 2:Pertarungan Dibahagian Utara

Fiuhhhhh

Bunyi angin yang lembut pada waktu subuh menimbulkan tenaga yang besar di sekitar kawasan Kerajaan Tupmur di bahagian Utara.Pada awal begini,tenaga yang banyak terwujud.Ini kerana,pada waktu ini tidak banyak tenaga digunakan oleh penduduk di sekitar.Pada waktu dimana,semua penduduk sedang beristirehat dan tidur kerana sudah seharian menggunakan tenaga untuk bekerja.

"Baiklah!kita sudah sampai ke tempatnya"kata Tuan Saona kepada Rihisna serta Pembantu Tahap Pertama.

"Waaaahhh!tempatnya nampak biasa cantik"kata Rihisna sambil menunjukkan reaksi muka yang terkejut bercampur pertanyaan.

"Ya,kelihatannya memang begitu"kata Pembantu Tahap Pertama.

"Ini dari luar sahaja,didalamnya kau masih belum tengok lagi pengembara"Tuan Saona berkata dengan air muka yang serius.

"Jom kita pergi lebih depan lagi"kata Pembantu Tahap Pertama sambil menunjukkan kearah yang penuh dengan semak-samun.

Tsst tstt ssststst

Bunyi semak-samun yang diselak Rihisna seperti melihat wujud sebuah pagar disebalik semak.Terlihat seperti pagar tetapi ianya bukan pagar yang biasa.Ianya terbuat dari tenaga yang kuat kerana itu Rihisna dapat merasakan tenaga yang kuat.

"Ini adalah pagar lingkaran,seperti yang dilihat ianya cukup mempunyai banyak tenaga untuk dihasilkan"kata Tuan Saona sambil menunjukkan kepada Rihisana.

"Susah untuk kita lepas dari lingkaran pagar ni,kita perlu membukanya terlebih dahulu"

Pembantu Tahap Pertama berkata sambil menghulurkan tangan pada lingkaran pagar dan mengeluarkan sejumlah tenaga untuk membuka lingkaran pagar.

Siuhhhh...TSTSTRSTSTSSTTRSS..KRRKRRRKR....PIECHHH...

Bunyi lingkaran pagar yang pecah apabila dilalui oleh Rihisna dengan tenang.Air muka Tuan Saona dan Pembantu Tahap Pertama kelihatan sangat terkejut apabila Rihisna melaluinya dengan begitu sahaja.Sebelum ini tidak pernah seorang pun yang pernah lepas dari lingkaran pagar hanya dengan melaluinya.

"Wah nampaknya,sudah ada orang yang boleh melalui lingkaran pagar dengan begitu sahaja"Tuan Saona dengan reaksi teruja dan gembira berkata secara tiba-tiba.Pembantu Tahap Pertama masih tercengang dari tadi melihat Rihisna melalui lingkaran pagar.

"Ni! tidak mungkin terjadi! kau ni siapa sebenarnya,haaa?"Pembantu Tahap Pertama berkata dengan nada tinggi kepada Rihisna.Rihisna hanya mengukir sebuah senyuman kepada Pembantu Tahap Pertama dan justeru berkata

"Baiklah,dimana raksasa itu? Tuan Saona"

"OH ya,ianya berada dihujung sana,jika tak silap kau harus jalan terus sahaja untuk pergi ke sana"Tuan Saona menjawab pertanyaan Rihisna sambil menudingkan jari kearah Utara.

Dengan nada tinggi Rihisna berkata

"Baiklah!..saya akan pergi sekarang!"

"Nanti dulu! aku nasihatkan jangan terlalu dekat dengan rakasasa itu! secara tiba-tiba Tuan Saona memotong kata-kata Rihisna"

"OH! Kenapa ya Tuan Saona"kata Rihisna dengan air muka tertanya-tanya.

"Kerana raksasa tu menggunakan unsur api! maksudnya iktas berunsur api"

"Jadi kau tidak boleh dekat kerana kepanasannya"Tuan Saona menjawab pertanyaan Rihisna dengan terperinci.

"Hmmmmm"Rihisna mengukir senyuman dengan nada berlahan bercampur air muka yang memahami kata-kata Tuan Saona.

Rihisna melalui terus ke hadapan dan perlahan meninggalkan Tuan Saona dan Pembantu Tahap Pertama dari belakang.Kelihatan di sekitarnya hanya terdapat sedikit tumbuhan.

Demikian, terdapat hanya batang dan ranting pokok sahaja serta beberapa buah pokok yang hidup di sekitarnya.Tanahnya bagaikan berada di musim kemarau dan terdapat retakan demi retakan.Berbeza dengan kawasan yang berada di lingkaran pagar yang subur lagikan indah.Suhunya agak panas,meluap-luap terasa di tubuh.Rihisna terus melalui dengan laju bagaikan angin hembusan.Dia menggunakan iktas apungan angin,dengan kata lain Rihisna tidak mencecah tanah langsung.Oleh kerana itu,dia tidak berasa panas dan tidak perlu melangkah untuk melalui tanahnya.

EIKKKKKKKK!!!

Bunyi yang sangat kuat terhasil di arah utara yang membisingkan serta memekangkan telinga apabila didengari.Rihisna pergi kearah bunyi yang bising itu,serta menambahkan kelajuan.Semakin dekat dan semakin dekat dan semakin dekat,bahang yang terasa amat panas di tubuh dapat dirasai oleh tubuh Rihisna.Pada ketika dia terkejut seketika,

"Waohhhh! besarnyaaa!"nada yang secara tidak sengaja terhasil daripada Rihisna.

Dia terlihat raksasa yang dikatakan oleh Tuan Saona.Saiznya lima kali ganda daripada badan Rihisna bahkan boleh mencecah 10 kali ganda atau lebih lagi.Tubuh raksasanya seperti seekor burung gergasi.Tapi pada masa yang sama,tidak terbayang di fikiran Rihisna yang raksasanya tidak sehodoh yang disangkakan.Tetapi boleh dikatakan agak cantik dilihat.Bulunya berwana hijau bercampur jingga.sayapnya lembut bagaikan terjaga setiap masa. Ekornya,panjang dan terurai lemah dan lembut.Dilihat pada wajahnya terdapat paruh yang agak munjung tirus berwarna kuning jingga.Matanya,bulat dan sedikit sepet serta anak matanya berwarna biru kelembutan.Dengan erti kata lain,tubuhnya memang cantik apabila dilhat dengan teliti.

"Ermmm,Hai! Awak apa Khabar! Sihat"Rihisna cuba menyapa raksasa burung yang berada di depannya.Secara tiba langsung raksasa burung itu memandang Rihisna dengan mata yang tajam sekali.

Hiuhhh! ERKRRRKRKRKRKRKRKKRKR! suara yang lantang dihasilkan oleh raksasa burung dan pertanyaan Rhisna dibalas dengan jeritan bunyi yang tidak menyenangkan telinga apabila didengari.

"Aaaaaahhhh! Panasnya fuhh!" dengan nada kesakitan Rihisna merasa bahang yang amat panas.

"Baiklah kalau macam ni! aku terpaksa gunakan ini"..Rhisna berkata dengan nada serius.

Dia mendepakan tangan kanannya ke depan dan mengucapkan

"MANTRALANA! pelindung diri!"

Siuhhh fsssssttt

Terwujud sebuah pendiding yang berbentuk sfera di seluruh tubuh Rihisna sehingga menutupi tubuh Rihisna.

"Haaa! dengan ini kau tak boleh panaskan aku lagi wahai raksasa burung"Rihisna berkata dengan begitu semangat sekali.

Pada masa yang sama raksasa burung membuka paruhnya seluasnya sehingga terhasil satu tenaga yang terkumpul dari dalam paruhnya.

"Ini jika tak silap iktas bebola api tahap tertinggi!"kata Rihisna dalam hati

Shuhhhhhhh! TUFFFFFFFFF! zzzszszszsszsz

Bebola api yang dikumpulkan dilepaskan kearah Rihisna dengan skala saiz yang agak besar boleh dikatakan tiga kali ganda dari saiz Rihisna.

BOOOMMMM! TUFFFFF!

Letupan terhasil apabila bebola api terkena tepat pada Rihisna

ZIUSSSSSSS SSSSSZSSSST

Rihisna keluar daripada letupan yang terhasil dan menuju terus ke depan raksasa burung bagaikan angin selaju kilat.

"Fuhhh"suara tarikan nafas Rihisna dengan nada serius tetapi sederhana tenang sambil menghunus telapak tangan kiri daripada belakang sama paras dengan bahu,justeru menampar dengan kuat raksasa burung.

TAAAPPP! PIechhhh!

Bunyi tamparan daripada Rihisna kepada raksasa burung.

EikKKKKKKkkk suara kesakitan yang keluar daripada raksasa burung serta terseret terus ke belakang beberapa meter jauhnya.

"Hmmmmmm,macam mana rasanya?"kata Rihisna sambil tersenyum.

Raksasa burung terus tepat memandang kearah Rihisna dengan tatapan yang tajam.Justeru ia mengibas sayapnya beberapa kali,dilihat dari kakinya terapung sedikit demi sedikit begitu juga dengan badannya.Naik terus dan terus naik ke udara.Tingginya telah sampai ke langit,sehinggakan Rihisna terpaksa mendongak ke atas dan berkata...

"Alamak! dia terbanglah!"dengan wajah terkedu kebingungan bercampur tidak sangka yang bahawa raksasa burung yang sedang dilawan boleh menerbangkan diri ke udara.

Kemudian raksasa burung itu menghayunkan ekornya ke arah Rihisna

KEDAMMMMMMM!....bunyi hempasan yang kuat akibat terjatuhnya Rihisna.Tanah kelihatan retak sedikit.

"Berani kau!"kata Rihisna dengan reaksi wajah berang bercampur serius.

Rihisna terus bangun serta terbang ke utara.

TAPPPPPPP..piechhh...pukulan terkena pada sayap kiri raksasa burung.

Earkkkkkk! Raksasa burung meraung kesakitan

Sekali lagi raksasa burung mengeluarkan bebola api dari paruhnya tetapi kali ini dia berada di udara manakala Rihisna berada di bawah tergamam melihat raksasa burung tanpa berbuat apa-apa.

Shuhhhhhhhhh,mengumpulkan api TUFFFFFFFF! melepaskan bebola api ke arah Rihisna yang berada di bawah

BOMMMMMMFFFFFFMFMFMFMFM....

Bunyi letupan bebola api terkena tepat kearah Rihisna.Kelihatan tanah pecah berhamburan dan terbakar dengan marak.

"Kan aku dah kata..ianya tak akan berkesan!"kata Rihisna sambil menunjukkan wajah yang agak serius.Pedinding yang dibuat Rihisna melindungi dirinya.

Rihisna membuka telapak tangan kiri dan mengarah tangan kiri ke raksasa burung

"MANTRALANA!"suara yang lantang dapat didengari daripada Rihisna

TIUUUUUTFFFF

Suatu bola yang berwarna ungu kehitaman terhasil diwujudkan oleh Rihisna daripada tangan kirinya.

ZIUZZZZZZZZTTT! TIUDFFFFFFFF! bola itu menuju kearah raksasa burung dengan laju.

PAFFZFZFFFFFzFFZF!

Justeru bola itu terkena sayap kanan raksasa burung lalu dia tersungkur jatuh secara perlahan.

"EIKKKKKKKKK"suara yang lantang kesakitan daripada raksasa burung.

"Macam mana dah serik ke belum haa?"kata Rihisna dengan wajah pertanyaan.

Raksasa burung mengangkat sayap kirinya lalu mengibas ke belakang dan terus bergerak ke depan dengan lajunya

ZUUFFFFFFFFFFF!

Rihisna terkejut dengan tindakan raksasa burung dan tidak sempat untuk mengelak.Rihisna tertangkap oleh raksasa burung.Dia menggunakan kakinya memegang Rihisna bersama pendidingnya terus naik ke udara yang agak tinggi dan menghempas Rihisna ke tanah

"Belum habis lag!"Rihisna mendepakan tangan kirinya

TAPPPPPP! Piechhhh! pukulan kali ini kena tepat pada badan raksasa burung dan terus jatuh ke tanah dengan laju.

BERHHHHHHRRRK! bunyi hentakan akibat terjatuhnya raksasa burung dari udara.

SIUFFFFF

Rihisna turun secara perlahan ke permukaan tanah tetapi tidak mencecah tanah,ia bagaikan mengapungkan diri.Kelihatan raksasa burung sangat lemah akibat hentakan dan hentaman yang diberi oleh Rihisna.

DUP! DUP!

Bunyi dekupan jantung Rihisna begitu kencang dan kuat dapat dirasai oleh Rihisna secara tiba-tiba.Dia menghulurkan tangan kirinya kearah raksasa burung dengan jari yang terbuka luas.

MANTRALANA!...suara yang kuat dan lantang terhasil daripada Rihisna dengan secara tidak sengaja.

Screching!...sreching...bunyi bagaikan rantai terhasil daripada tangan Rihisna dan terkeluarlah rantai yang mempunyai lima bilangannya.Terus menuju kearah raksasa burung dengan tidak teragak-agak dan laju.Justeru mengikat sayap kiri dan kanan,leher,serta kedua belah kaki raksasa burung.

"EIKKKKKK"raksasa burung menjerit dengan begitu kuat.

"MANTRALANA! resapan iktas!"nada ucapan kalimat daripada Rihisna diucapkan.

ZEFFFFFFFFSSTTSTT

Bunyi resapan yang sangat kuat dan bercampur angin kencang menuju kearah tangan Rihisna kesemuanya,ianya bagaikan rantai yang meresap masuk sumber tenaga raksasa burung dengan laju.Sehinggakan mata kiri Rihisna bertukar warna ungu kehitaman keseluruhannya.Serap! Serap! dan terus Serap! sehinggakan raksasa burung mengecil saiznya.

ZIUTTTT! BTOOOOMMMMMMM!

Letupan yang sederhana terhasil apabila resapan telah habis dibuat.

"Haaaa haaaa haaaa"suara kelelahan dan hembusan nafas Rihisna sambil terapung di udara.Rihisna terlihat banyak kelipan bagaikan bintang berguguran di merata udara.Demikian,Rihisna melihat kelibat tubuh manusia sedang terapung perlahan ingin menjunam ke bawah.

ZAFFFFF! dengan laju Rihisna menuju ke tubuh manusia yang ingin jatuh menjunam itu.Hampir dan hampir!

PAM! TEDUPP

Rihisna berjaya mendukung tubuhnya.Kelihatan ianya seorang gadis yang cantik dan manis apabila dipandang.Rihisna terkejut melihat bercampur perasaan tidak sangka yang bahawa ada seorang gadis yang manis wajahnya berada di tempat yang penuh kepanasan.

"Tak mungkin,raksasa burung yang aku lawan telah hilang,tapi setelah itu muncul gadis ini"kata Rihisna di dalam hati berbisik.

Rihisna turun ke bawah dengan secara perlahan sambil mendukung gadis itu.

BETUFFFFFF! SIUHHHHHH! wujud sebuah portal entah datang dari mana secara tiba-tiba di depan Rihisna.Angin yang kuat terhasil daripada portal.Di dalam portal terdapat kelibat seseorang,badannya berotot sasa serta tubuh bersaiz XL.Ianya menghampiri kepada Rihisna

TAP! TAP! TAP! bunyi langkah kaki yang sedang berjalan menghampiri Rihisna.

"Hmmmmm,mari ikut aku,bawa sekali gadis itu"suara seorang lelaki yang mukanya agak serius dipandang memerintahkan Rihisna untuk mengikutnya.Rihisna tidak memikirkan apa-apa serta berfikir panjang,terus mengikut perintah.

ZUFFFFFSSSSS! portal tertutup dengan sendiri.Membawa Rihisna dan gadis yang diselamatkan bersama.