webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Teenager
Zu wenig Bewertungen
59 Chs

Bab 31

Keesokan harinya.

"Ok. Jadi tak lusa ni?" tanya Haizeq.

"Jadi!" jawab kami.

"Mia. Purse kering tak?" tanya Haizeq. Macam perli je.

"Tak. Hehehe..." jawabku.

"Eiman kau pergi tak lusa ni?" tanya aku.

"Pergi." katanya.

"Ok." aku tersenyum. Wah... tak sabar nak pergi sana lusa ni... Ye... Kitorang dah tempah dua bilik hotel dekat mana? Sabar lu. Next bab baru kita bagitahu kat mana. Satu bilik untuk boys. Satu bilik untuk girls.

Aku pulang ke rumah dengan ceria. Aku terlompat-lompat. Macam budak kecik tapi dah tua... Ok. Nak cerita sikit. Dulu, masa aku 'belum kurus', kejadian ni mesti terjadi setiap kali balik raya dekat kampung Kelantan. Aku dan sepupu aku, Alya akan jemput tetamu yang datang rumah nenek kami dekat depan pintu. Kitorang bersalaman lah. Tapi.... tapi tapi tapi.... Urgh geram pulak aku bila teringat kisah ni. Aku dan sepupu aku bersalam lah dengan tetamu tu. Ada seorang perempuan ni. Muka dan penampilan dia macam dah masuk U. Masa tu aku baru darjah 6. So, aku nak salam dia tau. Tapi, dia salam aku. I mean, dia cium tangan aku macam dia cium tangan orang yang lebih tua. What?! Are you kidding me?! Aku salam dia balik. Muka perempuan tu macam pelik jugak la bila aku salam dia. Lepas tu aku terus berlari masuk dapur. Alya tergelak terbahak-bahak. Ish... Geramnya aku! Aku nampak tua sangat ke? Aaaaaa.... Aku cerita dekat mama aku dan makcik aku, mak kepada Alya. Alya tak berhenti ketawa. Huhuhu.... Sedihnya aku... Ok. Kembali kepada realiti. Tengok. Bila aku bercerita mesti panjang lebar.

"Amboi... Happy nya Nayli..." tegur Qistina.

"Of course. Nak jalan-jalan kan. Mesti lah happy." kata aku. Peace! Hehehe...

"Ye... Kalau bab jalan-jalan Nayli lah nombor satu." kata Sarah. Aku tergelak kecil.

"Eh. Cepat lah bukak pintu ni, Sarah. Tak nak masuk ke?" tanya Qistina.

"Oh. Sorry, sorry." pinta Sarah. Dia membuka pintu. Kami melangkah masuk ke dalam rumah. Ah! Penatnya. Aku masuk bilikku. Terbaring. Rest kejap. Setelah selesai menunaikan solat, aku turun ke bawah. Aku join Sarah dan Qistina di ruang tamu.

"Korang. Jom shopping kejap lagi." ajak Sarah.

"Jom! Dah lama tak shopping..." kata aku.

"Ok. Pergi lah bersiap. Nanti lambat pulak. Mall tutup nanti." kata Qistina. Kami masuk ke dalam bilik masing-masing untuk bersiap. Aku membersihkan diri.

Aku mengenakan blouse yang berwarna light purple. Lebih kurang warna aiskrim keladi lah. Tak tahu lah korang tahu ke tak. Kemudian, aku match kan dengan skirt maxi dan shawl berwarna light grey. Aku mencapai sling bag aku yang berjenama Fendi berwarna putih. Huh... penat tau aku simpan duit beli beg tu. Aku ni bukan lah kaya sangat. Nak apa-apa mesti kena simpan duit dulu. Aku melangkah kaki ke bilik Sarah. Saja. Aku mengetuk pintu.

"Masuk!" jerit Sarah dari dalam. Aku melangkah masuk. Sarah kelihatan sedang melilit tudung di kepalanya. Sarah memakai t-shirt berwarna hitam dan jeans serta jacket berwarna biru muda. Dia memilih tudung bawal berwarna blue black. Dia menoleh kepada aku yang sedang duduk di atas katilnya.

"Ye, kenapa?" tanya Sarah. Dia memandang cermin semula.

"Takde apa-apa. Saja." kata aku.

"Cantiknya. Nak pergi mana ni cik adik manis?" tanya Sarah, memandang aku. Dia tersengih.

"Nak keluar pergi blind date..." jawabku selamba. Sarah mengekek ketawa. Pintu bilik Sarah dikuak dari luar. Kami memandang ke arah pintu itu. Qistina menjenguk kepalanya disebalik pintu itu.

"Masuk lah." ajak Sarah. Qistina melangkah masuk dan mengambil tempat di sebelahku. Qistina mengenakan blouse, pleated skirt dan tudung bawal berwarna pink. Uwu.....

"Wah... pink!" kata aku sambil menilik ke arah Qistina.

"Yeah. Terasa nak pakai warna pink hari ni." kata Qistina.

"Dah siap. Jom." ajak Sarah.

"Wow... Sarah... Cantiknya." puji Qistina.

"Sarah kan... Stylo selalu..." kata aku. Sarah hanya tersengih.

________________________

Tiba di mall. Yeah yeah. Girls night date. Hohoho... Lama jugaklah tak shopping. Kami menjejakkan kaki ke butik H&M. Aku mencapai sehelai baju yang rekaannya sangat cantik. Phone aku berbunyi. Menandakan ada notification masuk. Sedang aku leka;

"BAH!!!" jerit Sarah dan Qistina. Aku terjerit kecil.

"Ah kau meletop!" latahku. Hmm... Biasa lah Nayli. Terkejut sikit melatah. Habis aku terlepas baju yang aku pegang tadi. Masalahnya sekarang, aku geram sebab phone aku pun terjatuh. Huhu... Menangis setahun kalau phone aku crack. Sarah dan Qistina mengekek ketawa. Ada seseorang lelaki mencapai baju yang aku terlepas tadi dan phone aku. Dia memberi kedua-dua barang itu kepada aku. Aku memandang mukanya. Wait. Dia?!

"Nayli, right?" tanya dia.

"Yeah. Wait, I'm sorry but what is your name again?" tanya aku. Aik? Asal aku tak takut pulak dengan mamat ni? Pelik, pelik...

"Asyraff..." katanya, tersenyum.

"Oh, yeah. Sorry." pintaku. Aku menggaru kepala.

"Nah... It's okay." balasnya. Oh... baiknya! Tak macam dalam mimpi!

"The third time we meet. Is this a fate?" tanya Asyraff. Aku tergelak kecil. Wait, Nayli. Kau tak takut ke? Kenapa kau baik dengan dia? Sampuk otakku. Entahla... Sarah dan Qistina berdehem. Aku dan Asyraff memandang ke arah mereka berdua.

"Oh. These two girls is my BFF. Sarah, Qistina." aku memperkenalkan mereka. Mereka berbalas senyuman.

"Em, korang. Ni Asyraff." kata aku.

"Nice to meet you." ucap Sarah. Qistina hanya tersenyum.

"Nice to meet you guys too." balas Asyraff.

"Umm... Thanks tau." kata aku sambil menunjuk ke arah baju tadi dan phone aku.

"Oh, no problem. Bye, Nayli. My friends is waiting. See you again, Nayli, Sarah and Qistina!" ucapnya.

"Oh. Ok. Bye!" aku melambaikan tangan ke arahnya. Dia membalas lambaianku. Aku memandang Sarah dan Qistina. Muka diorang macam minta penjelasan.

"Hey, Nayli! Ada boyfriend tak bagi tahu!" kata Sarah. Dia menampar lenganku. Huh! Minah ni... Sikit-sikit pukul... rungutku dalam hati.

"Eh. Mana ada boyfriend!" bantahku. Huh... Main tuduh je...

"Then who is that handsome guy?" tanya Sarah. Qistina juga menunggu jawapanku.

"Err... Sebenarnya, dia lah orang yang muka and suara dia sama dengan lelaki dalam mimpi yang kita cakap hari tu!" kata aku.

"Hah?!" Sarah dan Qistina terjerit kecil. Haih... kecoh betul geng kitorang. Orang pandang lah! Tak reti malu ke?

"Kenapa awak nampak macam happy je jumpa dia?" tanya Qistina. Belum sempat aku nak jawab persoalan Qistina, Sarah menyampuk.

"Eh. Bagitahu Haizeq awak curang." ugut Sarah secara tiba-tiba. Ye. Tibeh...

"Curang kepala otak kau." balasku. Sarah dan Qistina tergelak.

"Nayli ni. Tak cukup Haizeq dengan Eiman. Asyraff tu pun awak sapu..." perli Sarah. Heh Sarah ni. Memang nak kena dengan aku!

"Nak penampar ke nak penyepak?" tanya aku, geram.

"Hehe... Gurau je..." kata Sarah. Aku memandang Sarah dengan geram. Sarah hanya tersenyum dan peace.

"Eh, Qis. Apa awak tanya tadi?" tanya aku kepada Qistina.

"Umm... Kenapa awak nampak macam tak ada apa-apa je jumpa Asyraff tu? Awak cakap muka dan suara dia sama..." tanya Qistina.

"Haah lah Nayli. Awak tak takut ke?" tanya Sarah pula.

"Entah lah. Kita tak tahu lah kenapa bila kita jumpa dia kali ni tak rasa takut pulak..." kata aku.

"Awak suka dia?" tanya Sarah. Haih... tibe lagi.

"Err... tak." kata aku. Baru jumpa tiga kali takkan dah jatuh cinta kot...

"Apa lah Sarah tanya macam tu. Kesian Nayli. Saja je Sarah ni..." kata Qistina. Huhu... my protector! Sarah hanya tersengih.

"Tapi kan Nayli... Awak tinggal je lah Haizeq dengan Eiman tu. Better Asyraff kot daripada diorang." cadang Sarah. Aku ternganga.

"Amboi Sarah... Macam mana awak tahu Asyraff tu better daripada diorang?" tanya Qistina.

"Entah. Kita rasa je..." jawab Sarah.

"Eh... stop lah. Jom lah sambung shopping." aku menukar topik. Sebenarnya, aku tak sanggup tinggal Haizeq dan Eiman! Ehehehe...

"Okay!" jawab mereka. Kami memilih pakaian. Aku nak beli baju tadi. Jadi. Cantik sangat! Aku memilih lagi dua baju. Kami ke kaunter dan membuat bayaran setelah selesai memilih.

"Um, korang. Jom masuk Fendi tu..." ajakku sambil menunjuk ke arah sebuah butik Fendi yang berdekatan.

"Boleh je. Jom." mereka setuju. Aku memandang ke sekeliling.

"Hmm... Yang ni mesti kes terpengaruh dengan Jackson Wang ni..." kata Qistina.

"Hehe... Pandai!" balasku.

"Hmm... Kitorang tahu lah..." kata Sarah.

Aku membeli sandal. Aaa! Cantik! Hehe... Dah lama aku nak beli sandal ni. So, duit belanja bulan lepas ada banyak lebih, aku guna lah sikit untuk beli sandal ni! Yang baki selebihnya aku guna untuk pergi bercuti lusa ni. Kami pulang ke rumah setelah penat ber shopping.

Aku terbaring di atas katil. Aku tersenyum teringatkan Asyraff. Aku rasa dia tak macam dalam mimpi tu. Kawan je lah dengan dia! Haizeq dan Eiman tak lupa, okay? Hehehe... Mana boleh lupa... Sorang tu crush aku. Sorang lagi tu first love aku... First love?

Hi guys! Sihat? Hehe... how? Okay kan bab ni? Siapa yang Nayli maksudkan 'first love' tu? Korang tahu tak? Korang comment lah apa-apa. Next chapter coming soon! Stay tuned, stay safe. Thank you sebab sudi baca cerita saya! Love you guys forever! Bye! ❤️❤️❤️

missmiaacreators' thoughts