"OI. Kau tak rindu keluarga kau ke? Sepanjang kau dah kerja dengan aku, aku tak pernah nampak kau try cari keluarga kau pun. Ke... kau masih menunggu keluarga kau cari kau. Hm?" tanya Encik Zaimee apabila melihat Aqzi hanya menunduk sahaja. Dia juga cuba untuk mengendurkan situasi tegang yang terjalin di antara dia serta Aqzi dengan bertanyakan apa sahaja yang terlintas di dalam hatinya.
Aqzi terkedu. Dia memandang muka Encik Zaimee lama dan kemudiannya memandang ke tempat lain. Entah kenapa dia rasa terlalu marah apabila ditanyakan soalan itu. Dia tidak suka isu keluarganya disentuh. Soalan itu teramat sensitif baginya. Ingatannya pada situasi tersebut masih segar walaupun sudah lima tahun berlalu.
Encik Zaimee menghebuskan nafas berat serta meraup mukanya secara kasar. Kenapa dia mesti menjadi punca kepada ketegangan? Asal situasi tegang mesti berpunca daripadanya. Asal daripadanya mesti situasi menjadi tegang. Haih... mulut yang menyusahkan.
"Amm... sudahlah. Lupakan fasal tu. Ni. Kau nak keluar hospital, bila?" dalih Encik Zaimee untuk mengelakkan situasi bertambah tegang.
"Maybe today or tomorrow. Yang penting,dalam masa terdekat," jawab Aqzi perlahan. Moodnya masih rosak untuk berbual.
Encik Zaimee sudah buntu kerana tidak tahu apa yang dibualkan lagi. Tambahan, melihat mood Aqzi yang agak kurang selesa dengan dirinya.
"Dahlah. Aku nak tengok Arissa balik. Nak ikut?" tanya Encik Zaimee lalu melangkah ke arah pintu selepas sahaja Aqzi menggelengkan kepalanya. Bukannya tidak mahu menjenguk tetapi kerana dirinya belum bersedia untuk tidak menyalahkan diri sendiri. Rasa seperti tidak tentu arah apabila melihat orang yang sakit berpunca daripada dirinya.
*****
Arissa berasa sungguh bebas kerana sudah dapat keluar daripada hospital. Kakinya juga sudah pulih sepenuhnya dan badannya juga sudah kembali seperti biasa. Kini, dia sudah berada di luar hospital bersama Puan Irdina. Sedang menunggu Encik Zaimee mengambil kereta. Almaklumlah, hospital mana ada tempat letak kereta VVIP.
Arissa berlari-lari anak seperti budak kecil di luar hospital itu. Jika dilihat dari jauh, kelihatan Arissa itu seperti orang gila tetapi dia tidak kisah.
Puan Irdina pula hanya membiarkan Arissa melayan perasaan kebebasannya itu. Malas mahu menegur kerana dia tahu Arissa tidak akan mendengarnya. Jika dikata 'jangan', pasti akan makin dibuat. Itulah Arissa.
Sedang Arissa gembira berlari, tiba-tiba, dia terlanggar seorang lelaki yang tinggi.
Lelaki tersebut terhenti lalu memandang Arissa. Sebaik sahaja melihat muka Arissa, dia tersenyum.
"Lah... dah keluar ke? Ingatkan masih kena tahan wad. Baru nak lawat. So, you dah okey?" tanya lelaki tersebut.
"Argh... kenapa asyik aku je yang jumpa kau?" tanya Arissa bernada memerli.
"Jodoh mungkin? Mana tahu, satu hari nanti kita disatukan, kan? Ehehe..." balas lelaki itu.
"Euww... dengan kau? No way! And... I'm not asking you to visit me." kata Arissa lalu berpaling daripada melihat lelaki itu.
"You said 'no way' but I will try it" balasnya.
"Urghh... Please stay away from me! And I warn you again, stop use 'I' and 'you' with me, Haieqal" kata Arissa dan berlalu pergi menuju ke arah Puan Irdina yang masih lagi menunggu di luar.
Puan Irdina yang melihat perubahan drastik anaknya itu berasa pelik tetapi dengan sikap biasanya itu, dia hanya membiarkan sahaja.
Seketika kemudian, Encik Zaimee pun sampai dengan sebuah kereta Audi bewarna hitam. Puan Irdina dan Arissa terus masuk ke dalam perut kereta sebelum kereta itu pergi dari perkarangan hospital. Well... where's Aqzi? Dia berada di rumah dan diamanatkan oleh Encik Zaimee untuk menjaganya. Itu pun kerana Encik Zaimee berasa risau perkara yang sama akan berulang kembali. Tambahan pula, Aqzi baru sembuh dari penyakitnya so, biarlah dia berehat.
*****
Hari ini, Arissa masuk ke sekolah seperti biasa setelah sekian lama menjadi asam di hospital. Langkah sahaja di perkarangan sekolah, dia dapat melihat ada di antara rakan-rakannya yang asalnya gembira bertukar masam lebih-lebih lagi perempuan. Ada yang biasa-biasa sahaja, ada yang geram dan ada juga yang gembira. Tetapi... Arissa tidak kisah pun. Dia hanya bereaksi biasa dan berjalan menuju ke kelasnya.
Sebaik-baik sahaja Arissa duduk di tempatnya, dia terperasan terlalu banyak sampah kertas di dalam laci mejanya. Yang berlipat, yang direnyukkan, yang dikoyakkan menjadi cebisan-cebisan pun ada. Dia terus memandang Haieqal yang berada di sebelahnya. Dipandangnya tajam seperti hendak ditelannya.
"What? It's not me. Itu semua your haters and fans. Janganlah salahkan aku. Aku adalah nak tolong buangkan tapi nanti kau cakap mengganggu privacy kau pula so, aku biarkan jelah..." kata Haieqal seolah-olah mengerti maksud pandangan mata Arissa.
Arissa berasa makin geram kerana Haieqal buat endah tidak endah sahaja. Tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Kertas-kertas itu diambil dan dibaca satu-persatu sebelum dibuang. Khuatir jika ada yang penting.
Sedang dia ralit mengambil kertas-kertas yang ada, tiba-tiba, hatinya tertarik kepada satu kertas bewarna kelabu atau lebih tepat lagi, sekeping surat bewarna kelabu. Diambil dan dibaca isi di dalamnya.
ժҽɑɾ íղՏɑղ վɑղց ԵҽӀɑհ ʍҽղϲմɾí հɑԵíƘմ,
ՏҽՏմղցցմհղվɑ... ɑհ, ɑվɑԵ ƒօɾʍɑӀ ՏɑղցɑԵ. ɑƘմ ϲմʍɑ ղɑƘ ϲɑƘɑԹ վɑղց Ƙɑմ íɑӀɑհ օɾɑղց ԹҽɾԵɑʍɑ վɑղց ʍɑʍԹմ ʍҽղϲɑíɾƘɑղ հɑԵí ɑƘմ վɑղց ƘҽɾɑՏ ʍɑϲɑʍ ҍɑԵմ ղí. յմյմɾ ɑƘմ ϲɑƘɑԹ, ҽղցƘɑմ ՏɑղցɑԵ ҍҽɾҍҽՀɑ ժҽղցɑղ ԹҽɾҽʍԹմɑղ Ӏɑíղ. աɑӀɑմԹմղ Ƙɑմ ҍɑժցíɾӀ, ҍմԵ í Ƙղօա ԵհɑԵ վօմ'ɾҽ ɑ Ƙíղժ ԹҽɾՏօղ. ՏԵɾɑíցհԵ Եօ Եհҽ ԹօíղԵ, í Ƙղօա íԵ'Տ íʍԹօՏՏíҍӀҽ ƒօɾ վօմ Եօ հɑѵҽ ɑ ҍօվƒɾíҽղժ ҍմԵ... ϲɑղ í ҍҽ վօմɾ ϲӀօՏҽ ƒɾíҽղժ? ƘɑӀɑմ վɑ, ՏíʍԹɑղ Ƙɑժ ղí ժɑղ ɑƘմ ɑƘɑղ ҍɑցíԵɑհվ ՏíɑԹɑ ɑƘմ. ƘɑӀɑմ ԵɑƘ, íԵ'Տ մԹ Եօ վօմ. ɑƘմ ԵɑƘ ԹɑƘՏɑ օɾɑղց.
ƒɾօʍ,
ՏҽϲɾҽԵ ɑժʍíɾҽ վɑղց ՏҽղԵíɑՏɑ ʍҽʍҽɾհɑԵíƘɑղʍմ.
Arissa mengambil buku diarinya lalu diselitkan kad itu di celah buku itu. Dia merasakan dia tahu siapa pengirimnya cuma tidak pasti siapakah ia. Yang penting, dia menerima manusia itu sebagai kawannya. Walaupun orang itu tidak bersemuka dengannya, dia tidak kisah sangat. Lagipun, mungkin orang itu mahu berterus terang tetapi dia tidak datang masa itu? Tidak kisahlah.
*****
Seperti hari persekolahan yang biasa, Arissa menuju ke kantin bersama Kyra dan Zafirah walaupun berlainan kelas. Di dalam perjalanan, tiba-tiba Arissa terlanggar seseorang. Seseorang itu seperti biasa, Hairi pelakon terbaik.
Zafirah dan Kyra terlopong melihatkan itu. Terus ditarik lengan Arissa supaya berada di sebelahnya.
"M... maaf Tengku. Dia tak sengaja. Jangan buat apa-apa dekat dia" kata Zafirah gugup bagi pihak Arissa apabila melihat muka Hairi berubah masam.
"Apa maaf-maaf? Kau fikir, dengan minta maaf, aku lepaskan ke? Kau fikir, baju aku ni murah ke? Gantilah balik!" jerit Hairi betul-betul di hadapan muka Arissa.
Kyra yang mendengar berasa geram lalu memarahi 'Tengku' itu.
"Helo, Tengku. Baju Tengku tak apa-apa pun. Renyuk pun tak. Nak suruh orang ganti apa? Keasan calar yang tak ada dekat kain? Hm?" kata Kyra bernada perlian.
Zafirah sudah kecut. Yalah. Setakat ni, yang dia tahu hanya Haris dan rakan sebatch Hairi sahaja yang berani memerli Hairi secara berdepan. Itu pun, dimarahi. Ini pula, budak bawah? Oh, hell!
"Hei, perempuan. Aku tak cakap dengan kau pun. So, better you shut up your mouth or... I will kiss you, maybe" kata Hairi dengan suara diperlahankan di ayat yang paling hujung.
Kyra serta-merta senyap dan menutup mulutnya menggunakan kedua belah tapak tangannya. Menandakan dia betul-betul tidak akan bersuara lagi.
"Pandai pun tutup mulut. So, you..."
Arissa berasa geram lalu mengambil dompetnya dan mengeluarkan sejumlah wang.
"Cukup? Kalau tak cukup, nah aku tambah lagi. Kalau tak cukup lagi, bagi aku akaun bank kau. Balik ni, aku pergi bank in" kata Arissa lalu memasukkan duit tersebut ke dalam kocek baju kemeja Hairi.
Mata Hairi, Zafirah dan Kyra sudah terbeliak. Mana tidaknya, duit yang berada di dalam kocek Hairi itu RM 500. Bukan jumlah yang sedikit bagi di sekolah. Banyak.
Arissa dengan segera berlalu dari situ. Ke arah yang bertentangan dengan kantin. Perutnya sudah kenyang melihat muka sombong Hairi itu. Menyampah pun ada. Jika bukan kerana Hairi pengawas, sudah lama ditumbuknya. Tetapi hairan juga. Bagaimana orang yang berperangai dajjal seperti itu boleh jadi pengawas? Sihir kot... Entahlah.
*****