"WOAW... Aqzi. Birthday, bro. How are you?" tanya seorang rakan sekelas Aqzi merangkap rakan baiknya sehidup sekepala.
"Haha... I'm always fine. Well... ingat pun kau birthday aku. Aku dah tunggu dari pagi tadi. Tak ada siapa pun antara geng kita yang wish. Budak-budak lain yang set-set baik-baik tu, memang haramlah. Tegur aku pun tak berani" kata Aqzi sambil menepuk bahu rakannya itu.
Rakannya yang bernama Fiqri itu membalas kembali tepukan bahu Aqzi tetapi lebih kuat.
Aqzi sudah menggigit perlahan bibirnya sambil menjeling tajam tangan Fiqri yang sedap mendarat di bahunya itu. Rasa annoying pun ada. Entah kenapa dia rasa begitu. Mungkin sebab tiada siapa pernah buat begitu.
Fiqri yang dapat merasakan jelingan maut Aqzi terus mengalihkan tangannya. Faham sangat dengan perangai Aqzi yang sering berubah itu. Sentiasa menganggap di dunia ini hanya dia seorang sahaja yang betul. Semua orang salah. Nasiblah dapat kawan macam Aqzi.
"Dahlah. Jom gerak. Hari ni, aku beelanja semua orang" kata Aqzi lalu melangkahkan kakinya ke dalam club di hadapannya itu.
Sebaik sahaja Aqzi dan Fiqri berada di dalam, terus mereka menuju ke arah sekumpulan remaja 20-an yang berada di sebuah meja bulat. Semuanya sedang bermain kad. Sesiapa yang kalah, didenda menghabiskan secawan wain yang paling memabukkan di situ.
"Hoi! Bos kita dah sampai. Stop main, weyh" kata salah seorang dari mereka yang melihat Aqzi dan Fiqri sedang menuju ke arah mereka. Mereka terus tertunduk hormat apabila Aqzi dan Fiqri sudah duduk di situ.
"Haih korang ni. Aku kan dah cakap, stop call me boss. Aku 2 tahun lagi muda dari koranglah. Lagipun, aku malaslah nak ada anak buah. Aku cuma selamatkan orang setakat yang aku mampu aje. Dan aku malaslah orangg terhutang budi dengan aku. Dahlah. Sekarang ni, aku nak belanja korang so, korang cakap je nak apa, aku belanja. Tapi cepat sikitlah. Before pukul 12 malam, aku kena balik. Daddy aku dah warning " kata Aqzi sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan jam 2130.
"Ok. But, kitaorang tak nak kau belanja tapi nak kau main kad. Challenge, siapa kalah , habiskan dua botol minuman ni. Okey? Don't worry, ni tak mabuk sangat. Kalau segelas ajelah" kata Frady bersama gelak tawa di hujung ayat.
Aqzi menelan liurnya sendiri. Kelat. Tidak pernah lagi dia diajak bermain kad. Memang dia okey sahaja tetapi, jika dendanya minum, entah dia berani atau tidak.
"Lek Aq. Kalau kau kalah, mabuk, aku hantar kau balik. Motor kau, orang lain boleh bawakan. Don't worry lah. Try ea? Sekali je. Lagipun, aku tak pernah nampak kau main kad kad challenge. Selama ni memang tengok kau selalu kalah je tapi kalah, kalah gitu je. Tak de feel. Plus... birthday mestilah enjoy, bro. Kalau tak, bukan birthday namanya tu" goda Fiqri sambil memaut bahu Aqzi yang agak menggeletar. Dapat dia rasakan itu.
Aqzi memandang semua yang berada di situ satu-persatu untuk meminta kepastian. Agak gugup juga kerana selama ini dia hanya melihat orang lain minum dengan sebatang rokoknya sahaja ataupun dance bersama perempuan murahan yang ada. Tidak pernah lagi merasa air kencing syaitan itu walaupun nafsunya berkehendak.
"Come on, boy..." goda Fiqri lagi supaya Aqzi menerimanya.
Akhirnya Aqzi menerima juga.
Game start. Persaingan yang sangat sengit dan mendebarkan. Masing-masing tidak mahu kalah lebih-lebih lagi Aqzi. Yalah. Risau sekiranya dia kalah. Buat malu sahaja. Main dan terus main dan terus main dan akhirnya permainan tamat. Siapa kalah? Orang yang takut sangatlah. Siapa lagi jika bukan Aqzi.
"Aqzi, silakan. Dua botol tau..." kata Fiqri lalu menghulurkan 2 botol wain.
Aqzi melihat jamnya. 11.00 malam. Dia segera bangun.
"Ak... aku nak baliklah. Nanti sampai rumah pukul berapa pula. Lain kali, lah. Bye," kata Aqzi lalu kakinya melangkah takut-takut ke arah pintu. Namun, belum sempat sampai, Fiqri terlebih dahulu menarik tangannya dan didudukkan kembali.
"Minum, Aq. Sekarang! Kau dah janji. Kalau tak, aku..." kata Fiqri dingin lalu mengambil sebotol wain tersebut dan dibuka penutupnya.
Aqzi terus mengambilnya dari tangan Fiqri. Dia lebih rela minum sendiri daripada dituang ke dalam mulutnya secara paksa. Aqzi terus meneguk wain tersebut secara perlahan-lahan. Ketika tegukan ke dua, dia memuntahkan semula wain tersebut.
"Weyh... serius. Ak... aku tak boleh. Please. Lain kali ajelah... Tak... tak boleh masuk..." rayu Aqzi sambil meludah sisa wain yang berada di mulutnya.
"No excuse, Aq. No excuse. Kalau kau tak boleh telan, aku ada cara," kata Fiqri bersama senyuman yang sukar ditafsirkan oleh Aqzi. Kemudian, dia memetik jarinya.
Seketika kemudian, kelihatan dua orang lelaki keluar daripada belakang Fiqri lalu menuju ke arah Aqzi dan dipegangnya. Fiqri pula mengambil sebotol wain dan dituang ke dalam mulut Aqzi sehingga habis. Dia tidak menghiraukan raungan Aqzi yang agak kepanasan itu. Dituang lagi ke dalam mulut Aqzi sehingga habis kesemuanya.
"Okay, guys... I need to go now. Thanks sebab bagi aku show tadi. Setelah sekian lama, dapat juga aku tengok Aq mabuk. And thanks sebab ingatkan aku birthday dia. Dahlah. Cau dulu. Nak hantar dia balik," kata Fiqri lalu mencapai kunci keretanya dan keluar dengan memapah Aqzi yang sudah semestinya sedang mabuk itu.
"Aku bawakan motor Aq. Ar, bawa balik kereta aku. Nah kuncinya. Jangan bawa laju sampai kena saman ea? Kalau tak, aku cekik kau hidup-hidup (sebab tak ada orang cekik orang mati)"
*****
Aqzi bangun perlahan-lahan dari pembaringannya lalu memandang sekeliling. Bilik dia. Dia cuba untuk bangun dari katil tetapi terduduk semula. Kepalanya masih terasa berat. Mungkin kesan dari air kencing syaitan itu. Namun, dia tetap cuba untuk bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya yang sudah berbau masam. Hasil daripada muntahnya serta sisa wain yang terlekat di bajunya. Rasa nak muntah lagi pun ada.
Selesai sahaja membersihkan diri, aqzi turun ke dapur untuk mengambil sarapannya. Sarapan yang paling dia suka kerana sarapan itu dibuat oleh mummynya sendiri. Maklumlah Sabtu dan Ahad cuti kerja. Hari lain, orang gaji sahaja yang akan membuatnya. So, the taste is so different.
Ketika dia melintasi di hadapan bilik abangnya, tiba-tiba, abangnya keluar dan menepuk bahunya kuat sehingga hampir tergugur jantung.Hendak sahaja dia menampar abangnya itu akibat terkejut tetapi apabila diingat semula, itu bukannya kawan dia yang boleh suka-suka hati disepak terajang.
"Lek, lek. Jangan nampak sangat kau nak belasah aku. Nanti gaduh pula kang. Malas aku nak gaduh-gaduh ni. Nak cakap je ni memandangkan aku dah jumpa kau sekarang. Malam ni, ada meeting keluarga. So, malam ni tak boleh keluar. Lepas dah habis, keluar tak balik-balik pun tak apa," kata Ariq bersama senyumannya. "Arahan daddy. Tak boleh ingkar," sambungnya lagi.
Aqzi hanya mendengar sahaja.Otaknya ligat berfikir itu dan ini sambil berlalu ke dapur. Ketika di dapur, nak makan mestilah kena ambil pinggankan? Jadi, dia ambillah pinggan di kabinet. Tiba-tiba, ada seorang lelaki di sebelahnya turut hendak mengambil pinggan juga.
"Angah... b... buat apa kat sini?" tanya Aqzi setelah mengenal pasti siapakah lelaki tersebut.
"Nak tanam bunga. Tengah cari bekas ni. Rasanya, pinggan sesuai tak? Tapi aku rasa pinggan sesuai buat ketuk kepala kau, lah" kata Afendi lalu mengetuk kepala Aqzi dengan menggunakan pinggan plastik. "Bengap! aku kat dapur mestilah nak makan atau minum. Ambilkan untuk aku. Nanti aku basuhkan pinggan. Makan sama-sama," sambungnya lalu menghulurkan pinggan ke arah Aqzi.
Aqzi hanya menurut tanpa banyak kata. Lagipun, jika dia menolak, Afendi tetap akan makan bersamanya. Tambahan lagi, dia malas handak mencuci pinggan sendiri. So, dah dapat benda yang mudah buat apa hendak menyusahkan diri, kan?
*****
Selepas Afendi turun ke ruang tamu, meeting keluarga itu bermula. Mula-mula hanya buat lawak, sembang-sembang dan bual-bual biasa tetapi Aqzi dapat merasakan sesuatu apabila semua ahli keluarganya memandang serong kepadanya walaupun tidak terlalu nampak.
"Ok. Baiklah. Kita teruskan dengan agenda kita yang sebenarnya. Daddy nak tanya. Ariq! Seminggu ni buat apa? Dengan siapa? Dekat mana?"tanya Encik Azriq sambil menyandarkan badannya ke sofa dan meletakkan tangannya ke pemegang sofa tersebut dengan muka yang tegang memandang Ariq.
"Kerja macam biasa, dekat syarikat daddy dengan pemegang syarikat tulah. Lepas tu, pergi Gunung Lambak dengan kawan-kawan lama. Lagi... masuk rumah, masuk bilik, masuk dapur, masuk..."
"Masuk rumah, dapur, semua tu, tak payahlah. Kalau tak, sampai esok tak habis" kata Encik Azriq dengan membuat muka malasnya. "So, kerja dengan bercuti je lah ni?" tanyanya untuk meminta kepastian lagi.
Ariq mengangguk dengan yakin dan matanya merenung dalam mata hazel milik Encik Azriq untuk menampakkan keyakinannya.
Selepas itu, bergalih pula kepada Afendi, Aryan, Azqiah dan akhirnya Aqzi.
Aqzi yang pada asalnya berasa selamat kerana merasakan Encik Azriq melupakannya, berasa cuak kembali. Bagaimana dia boleh fikir begitu? Sebab Encik Azriq selalu sebut nama ikut urutan. Aqzi pula anak yang ketiga so? Dapat klu di situ readers sekalian?
"Jadi... Tengku Aqzi Hazarie, what are you doing this week?" tanya Encik Azriq dengan tangan disilangkan di dada.
"Pergi sekolah, studygroup dengan kawan dekat rumah Fiqri. Lepas tu, kem..."
"Kem atau club?" duga Encik Azriq.
Muka Aqzi sudah berubah makin kecut tetapi cuba disorokkan dan menganggap itu hanyalah gurauan daripada daddynya sahaja.
"Kem, lah... mana ada pergi tempat-tempat lain. Ada pun, lepak rumah kawan-kawan, Aq. Tu je," jawab Aqzi gagap.
"So... just your friend's houses? Guess what? Tak sangka aku bela anak dajjal yang menipu dalam rumah ni. Asalnya aku didik dia untuk jadi anak aku tetapi tak sangka lebih memilih untuk menjadi anak dajjal. Pergi mampuslah kau! Kau fikir aku tak tahu apa yang kau buat?! Aku tak bodoh macam yang kau sangka, lah!" tengking Encik Azriq lalu bangun dan menampar pipi Aqzi dengan kuat. Dengan perasaan geram yang masih tersisa, dia melemparkan satu sampul surat bewarna coklat ke arah muka Aqzi. "Tengok isi dalam tu, sekarang!"
Perlahan-lahan Aqzi membuka sampul itu. Sebaik sahaja dia melihat isi di dalamnya, dia berasa terkejut yang teramat kerana isi di dalamnya itu merupakan gambar-gambar dirinya di dalam club yang dikunjunginya. Semuanya gambar ketika dia sedang merokok, menari malah gambar dirinya meminum wain pada malam tadi juga turut ada.
"Daddy... I can explain it. Aq... Aq... kena paksa minum. Aq tak nak pun tapi kawan Aq tuang dalam mulut Aq. Time tu, Aq nak balik pun..." kata Aqzi dengan suara yang bergetar.
"Hakikatnya, kau tetap jejakkan kaki kau dalam club tu juga, kan?" duga Encik Azriq lagi.
Aqzi terus terdiam dan tertunduk. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Akhirnya rahsia yang dia simpan selama ini, terlerai juga.
"Kau tahu kenapa senang-senang aku bagi kau keluar padahal memang aku tak suka? Nak tahu kenapa? Sebab kau kata kau nak belajar. Nak dapaat result bagus. So, aku tak nak lah kau jadi bodoh. Aku nak kau pandai. Tapi tak sangka. Selama ni, kau dah pandai malah, kau yang memperbodohkan aku. Kecewa, Aq. Kecewa.
Sudahlah! Mulai sekarang, TENGKU AQZI HAZARIE, bukan lagi anak kepada TENGKU AZRIQ AIMAN dan HAZWANI AZIRA! Anak kami hanya Tengku Ariq Hayyan, Tengku Afendi Hanafie, Tengku Aryan Hazis dan juga Tengku Azqiah Azmiera. Sekarang, kau boleh blah dari rumah ni. Ambil semua harta yang kau ada. Baju pun yang hanya guna duit kau! Dan jangan sesekali pijak kawasan yang menggunakan harta aku termasuk sekolah. Boleh pergi sekarang dan jangan tunjuk muka kau depan aku lagi kalau kau masih nak hidup" kata Encik Azriq lalu duduk kembali di sofa sambil memandang jijik ke arah anak dajjal sesat itu.
Aqzi hanya menurut. Tanpa suara, tanpa kata, tanpa rayuan, dia terus naik untuk mengambil bajunya. Selepas selesai kesemuanya, dilihat setiap inci bilik itu yang akan ditinggalkannya entah berapa lama. Mungkin... selamanya?
Sedang dia mengimbas memori-memori di bilik itu, datang dua orang lelaki atau lebih tepat lagi orang suruhan Encik Azriq untuk mengheret Aqzi keluar dari rumah besar itu. Dia tidak boleh berbuat apa-apa melainkan pasrah sahaja. Mungkin, inilah balasan untuk dirinya kerana menipu orang tuanya selama ini.
Aqzi ditolak ke tepi jalan dan dicampak begnya. Kini, tinggallah Aqzi bersendirian tanpa teman dan pembakar semangatnya.
*****
Encik Zaimee berjalan dengan begitu tergesa-gesa kerana dia mempunyai temu janji dengan seseorang. Sedang dia berjalan, dia terlanggar seseorang.
"Ma... maafkan saya, encik. Saya tak sengaja," rayu Aqzi.
Encik Zaimee dengan pantas terus bangun dan menepuk-nepuk kotnya untuk menghilangkan debu yang melekat di kotnya. Sedang dia ingin melangkah pergi, tiba-tiba telefonnya berdering minta diangkat.
"Maaf, awak dah tunggu lama ke?" tanya Encik Zaimee apabila telefonnya diangkat.
"....."
"Ouh. Minggu depan? Okay," balas Encik Zaimee lalu menamatkan panggilan itu.
Sebaik-baik sahaja telefonnya di letakkan di dalam poket, terus dia meraup mukanya kasar dan melepaskan satu keluhan berat. Kakinya terus diatur untuk pergi ke arah sebuah restoren namun, tiba-tiba terasa seperti kotnya ditarik perlahan.
"Encik, dompet encik terjatuh" kata Aqzi lalu menghulurkan dompet kepunyaan Encik Zaimee.
"Ouh. Terima kasih. Emm... kalau aku tanya, harap kau tak terasalah. Kenapa keadaan kau macam tak terurus ni, budak? Have a problem? Or a big problem?" tanya Encik Zaimee sambil melihat ke arah budak di hadapannya itu.
Aqzi teragak-agak untuk menjawab sebelum Encik Zaimee terlebih dahulu memintas apa yang hendak diperkatakan oleh Aqzi dengan mengajaknya ke arah sebuah restoren yang berdekatan disitu. Dibelanja Aqzi makan sebagai tanda simpati serta juga terima kasih kerana memulangkan dompetnya kembali.
Selesai sahaja makan, Encik Zaimee terus mendesak Aqzi untuk menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kepada diri Aqzi yang kelihatan agak berserabut itu itu.
Pada asalnya, Aqzi tidak mahu bercerita langsung tetapi apabila sudah didesak beribu kali, akhirnya dia mengalah dan menceritakan kesemuanya dari A-Z.
"So... the conclusion is, kau kena buang keluarga dan sekarang kau tengah cari kerja untuk sara hidup kau? Gitu?" tanya Encik Zaimee.
Aqzi mengangguk perlahan mengeyakan kata-kata Encik Zaimee.
"Maca, nilah. Kalau aku tawarkan kau jadi driver and bodyguard for my daughter, do you agree it? Aku bagi kau tempat tinggal, makan, minum, everything" tanya Encik Zaimee.
"But... saya masih tak ada lesen kereta,?" jujur Aqzi di sudut hatinya.
"It's okay. Aku boleh bawa kau buat lesen kereta. Semua bawah tanggungan aku," tarik Encik Zaimee.
Setelah berfikir panjang, akhirnya Aqzi setuju dengan itu. Asalkan dia ada tempat tinggal pun dah kira okey. Dia tidak kisah jika dia tidak dapat gaji tetapi asalkan dia mendapat keperluan hidup.
*****