webnovel

DERITA BERAKHIR BAHAGIA

Mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah menengah, Tengku Arissa Mikael. Merupakan pelajar bermasalah di sekolah kerana ayah dan ibunya yang membenci dirinya yang menyebabkan dia menjadi gangster sekolah tetapi baik hati. Hidup Arissa lama kelamaan menjadi ceria apabila dia berjumpa dengan Haris merangkap anak pengetua sekolah tersebut yang sudi berkawan dengannya. "Aku tak sangka masih ada orang yang berkawan dengan aku. Tapi aku harap kau ikhlas cause semua orang yang pernah nak jadi kawan aku hanya sebab rupa dan harta. So... hope kau faham"- Arissa. "Saya janji yang aku tak akan jadi salah satu daripada diaorang. Lagipun, macam ada satu suara yang menyuruh saya berkawan dengan awak. Bagi saya, awak macam familiar dalam hidup saya walaupun kita tak pernah jumpa"- Haris. _____________________ Namun, hidup Arissa kembali terseksa apabila ayahnya sendiri mahu menyeksa dan membunuh dirinya. Arissa tidak tahu hendak berbuat apa melainkan pasrah sahaja. Apa akan jadi pada Arissa? Adakah dia terus mati begitu sahaja atau... keajaiban akan berlaku? Nak tahu jawapan, bacalah DERITA BERAKHIR BAHAGIA ini!

evvevrian27 · Teenager
Zu wenig Bewertungen
26 Chs

BAB 5

PAGI yang indah lagi cerah membuatkan Arissa menjadi bersemangat untuk melangkahkan kakinya ke sekolah. Tambahan pula dengan rakan-rakan yang mula rapat dengan dirinya walaupun dia berasa agak kurang selesa. Yalah. Sekolah-sekolah sebelum ini, dia mana ada kawan walaupun seorang tetapi apabila sudah mendapat ramai kawan hanya dalam satu malam, dia cuba untuk menyesuaikan diri. Dia tidak mahu menyakitkan hati sesiapa.

Sedang Arissa elok sahaja menyusuri koridor untuk ke kelasnya, langkahnya terhenti di hadapan kelas 4 Chafian. Ini kerana sekumpulan budak-budak lelaki nakal dari kelas tersebut menyekat jalan Arissa dengan membuat penghadang.

"What's wrong with you all? Aku nak jalanlah. Jangan halang laluan aku... Ke tepi" kata Arissa sedikit tinggi dan tegas dan dingin.

Mereka hanya tersenyum, tersengeh dan ketawa kecil.

"Boleh. Tapi, kena jawab apa yang saya tanya dulu. Boleh?" tanya Shahrizal a.k.a ahli group itu.

"Apa?" tanya Arissa malas.

"Mata kau tu, kenapa ea?" tanya Shahrizal. Yang lain sudah ketawa.

"Apahal dengan mata aku?" Arissa sudah mula pelik dengan pertanyaan Shahrizal. Dia meraba matanya sendiri. Manalah tahu ada benda tak kena ke? Tiba-tiba ada satu lagi mata atas dahi ke? Manalah tahu.

"Matamu melemahkanku..." balas Shahrizal dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.

Arissa tergamam seketika and then memandang sekelilingnya. Semua mata yang melihat hanya tersenyum. Mukanya sudah merah menahan malu+marah.

"Aku tak ada masa nak main-main sekarang. Ke tepilah!" marah Arissa lagi.

"Oklah. Ni betul-betul. Barang tu mana?" tanya Shazwan pula dengan muka yang serius.

Arissa tercengang. "Barang apa pula ni... Aku ada hutang apa-apa ke dari korang?" tanyanya yang kedengaran mulai penat.

"Barang apa? Barangkali ku jatuh cinta padamu. And yes... Kau hutang hati kau pada kitaorang" kata Shazwan dah disambut ayat 'cia cia cia' dari rakan yang lain.

"Erghhh! Tepilah!" tengking Arissa dengan suara yang penat.

Mereka terkejut lalu memberi laluan kepada Arissa. Tetapi di dalam hati, suka melihat muka Arissa marah.

Arissa terus menuju ke kelasnya dengan langkah yang laju. Hatinya yang asalnya mempunyai pelangi senja petang tiba-tiba menjadi ribut petir. Moodnya mati.

"Hati-hati awak. Nanti terjatuh macam mana? Terjatuh kat lantai, prince charming selamatkan. Kalau dalam hati saya?" sempat lagi mereka mengusik Arissa dan ketawa walaupun mereka tahu Arissa marah. Menempah batu nisan betul diaorang ni.

*****

Arissa tidak ke kantin pada hari ini kerana hendak menyiapkan kerja add mathnya. Nasib baik hanya tinggal satu soalan sahaja. Tidaklah terlalu tergesa untuk dia menyiapkan.

Sedang tenang-tenang Arissa membuat kerja, dirinya disergah oleh seorang pengawas. Ketua pengawas. Siapa? TENGKU HARIS!

Haris elok berdiri di hadapan meja Arissa sambil memeluk tubuhnya.

"Bestkan langgar peraturan sekolah? Best jugalah kan kalau kena buang? Betul tak, budak bermasalah Mrs. Arissa?" tanya Haris uang betul-betul menaikkan api amarah Arissa.

Arissa bangun lalu dengan pantas menarik dan mencengkam kolar baju Haris dengan kasar. Ingin sekali dia menumbuk wajah sinis Haris itu tetapi disebabkan Haris merupakan seorang pengawas, dia membatalkan niatnya. Apa fikir Arissa ni macam school's gangster yang lain ke? Yang tak hormat pada pengawas dan guru- guru?

"Why tak tumbuk? Takut ke? Ke sebab wajah handsome aku?" tanya Haris sambil mengangkat keningnya sebelah. Sengaja ingin menguji tahap kesabaran Arissa.

Arissa menggigit bibir bawahnya untuk menahan api kemarahannya yang memuncak. Terasa seperti mahu menumbuk, menengking, menendang dan mencincang Haris 180 kerat dan diberi makan kepada anjing-anjing yang sering berkeliaran di luar rumahnya.

"Wow... Cuba nak goda aku ke? Sorry... Tak tergoda pun. Oklah. Aku tahu muka aku handsome but, janganlah goda aku macam tu. Kalau teringin sangat nak badan aku, bagitahu rumah kau, aku jumpa bapak kau and kahwin. Dahlah. Nama... Arissa Mikael, kan? Dan kesalahan kali ke-2. So... You can go out now" kata Haris sambil menunding jarinya ke arah pintu keluar kelas 4D.

Arissa menjadi semakin geram dengan suruhan Haris. "Pleaselah. Badan kau ni, bagi sekor anjing makan pun aku rasa dia tak puas. And kau dah tulis nama aku baru kau nak suruh keluar? Apa masalah kau? Apahal asyik nak ganggu hidup aku? Pergi blahlah! Aku..." kata Arissa dingin tetapi menggantungkan ayatnya kerana dia tahu, jika dia berkata lagi, dia akan melenting.

"Aku? Ganggu hidup kau? Hei, betina. Aku jalankan tanggungjawab aku lah. Buta ke? Dan kau sedar tak kau tengah tengking siapa? Hotstuff and ketua pengawas sekolah ni lah. So, nak keluar atau tak?" tanya Haris sambil mengangkat kening sebelah. Berlagak berkuasa di sekolah ini.

Arissa melihat jam tangannya lalu tersenyum sinis lalu duduk dan menyambung kembali aktiviti yang tertangguh tadi. Dia buat kerjanya dengan selamba tanpa menghiraukan amaran Haris Si Gila. Baginya, keluar dari kelas pun tidak berguna kerana...

Kringg! Kringg! Kringg!

Loceng tamat waktu rehat bagi tahap 2 berbunyi menandakan murid-murid perlu masuk ke kelas masing-masing.

"So... Mr. Haris? Can you go, now? Go back to your class. This is my class, 4 Damian and not 5 Acrian. Goodbye" kata Arissa sambil menunjuk ke arah pintu. Mengajuk apa yang telah dibuat kepadanya sebentar tadi. "Go or wait until my friends come back? You can choose" sambungnya lagi untuk menyakitkan hati Haris. Ternyata, menyakitkan hati orang lebih mudah dan boleh meninggalkan kesan yang lebih lama berbanding bertumbuk yang boleh meninggalkan kesan yang sekejap.

Muka Haris mula naik merah. Entah malu, entah marah atau kedua-duanya sekali. Terasa seperti jawatan ketua pelajarnya di renyuk-renyuk, dikoyak- koyak dan dipijak-pijak. Sebab apa? Arissa. Dia terus keluar dari kelas itu dengan muka masamnya. Nasib baik pelajar lain baru hendak naik ke kelas. Jika tidak, pasti dituduh bukan-bukan memandangkan mereka pun hanya berdua.

*****

Haris menuju ke bilik pengetua pada waktu balik. Tidak ramai pelajar yang masih mentah tahu mengapa termasuklah Arissa, budak yang termasuk di dalam list road to bullynya itu.

"Pa, nak phone." minta Haris kepada pengetua- Encik Tengku Arieff Shahruddin.

"Tak payah. Dekat rumah je. Papa tak bawa" kata Encik Arieff tanpa memandang muka Haris sambil mengemas sedikit mejanya yang bersepah.

"Alaa... Papa janji nak bawakan kalau Hairi pergi sekolah. Papa ni" rajuk Hairi lalu duduk di sofa di dalam bilik itu. Dia terus membuka stokin, tie serta tiga butang atas kemeja birunya. Tag nama TENGKU HARIS pula diletak ke dalam kocek kemejanya. "Jom balik pa" ajak Hairi sambil membuat muka comel.

(*celah mana pula datang nama Hairi ni? Just continue your reading...)

"Papa pengetua bukan untuk sesi pagi je. Petang sekali walaupun sesi petang pelajarnya kurang. And one more, papajanji kalau kalau Hairi pergi sekolah, jadi baik and tak buli pelajar dengan menggunakan jawatan Haris. Kamu hanya pengganti tanpa rela sesiapa sahaja. Bukan ketua pelajar betul, pun" kata Encik Arieff sambil duduk menyandar pada kerusi yang didudukinya sambil memandang Hairi dengan muka psikonya.

Hairi diam dan tidak membalas kembali pandangan mata Encik Arieff. Seram je rasa. Terasa seperti berada di kutub utara.

"Ma...mana ada Hairi buli pelajar. Hairi pun tak guna jawatan Haris lebih-lebih" kata Hairi sambil menunduk memandang lantai.

"Serius ni tak ada? Habis tu, yang aku nampak dalam kelas 4D tu siapa? Bukan kau? Papa tak salahkan dia sebab papa tahu Hairi memang suka cari gaduh dengan orang. Sebab tu papa tengok je dari jauh" kata Encik Arieff dengan nada perlinya.

"Memanglah Hairi buli dia sebab dia yang buat Haris sakit!" balas Hairi kembali dengan suara yang meninggi.

Encik Arieff menepuk tangannya satu-persatu lalu mendengus kasar dan terus berpusing menghadap mejanya. Dia kesal mempunyai anak seperti Hairi. Adakah ini maksudnya what you give, you get back and more? Inilah dia. Bongkak, sombong, pemarah, pembuli dan gila kuasa. Salah dirinya ke kerana tidak mendidik Hairi dengan betul? Padahal, dia beri semua kasih sayang sama rata kepada 4 orang anaknya. Itulah salah satu sebab mengapa dia tidak mahu menjadikan Hairi ketua pelajar. Baginya, Haris lebih baik walaupun dia seorang yang lembut, baik, manja dan adakalanya mengada-ngada tetapi Haris juga seorang yang berdisiplin, tenang, pandai mencari jalan penyelesaian dan lebih matang berbanding Hairi walaupun Hairi lahir 10 minit awal. Haris tidak besar kepala walaupun dia hotstuff sekolah.

"Hairi, stop menyalahkan orang lain dan stop menyamar jadi Haris. Papa tahu Hairi dengki dan nak jatuhkan air muka Haris. And the last, stop suruh orang lain panggil Hairi dengan gelaran Tengku. Kita hanya rakyat biasa yang berketurunan diraja. Tak ada apa-apa pun. Faham?" kata Encik Arieff panjang lebar. Terselih rasa kesal dalam nadanya itu.

Hairi hanya dengar secara acuh tak acuh. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Baginya, dirinya layak digelar dengan gelaran Tengku itu.

"Dahlah. Hairi nak balik. Panaslah kat sini. Nak phone pa. Nak call abang" kata Hairi lalu bangun untuk meminta smartphone daripada Encik Arieff.

"Heh! Kawan dah tak ada, baru ingat pada keluarga? Tak payahlah, Ri. Balik jelah dengan kawan-kawan sana. Hairi mana ada keluarga, kan? Kalau kawan dah balik, jalan kaki jelah. Janhan risau, takkan hilang punya kaki tu" perli Encik Arieff lalu tersenyum kemenangan. Dia suka melihat muka Hairi geram dan dia rasa puas.

Muka Hairi berubah bersalah. Dia memandang Encik Arieff yang sedang membuat kerjanya. Menyemak satu-persatu kertas dan fail yang bertimbun di atas meja. Dia lihat, papanya langsung tidak memandangnya. Adakah Encik Arieff terasa dengan perlakuannya selama ini ataupun hanya gurauan kasar? Dia buntu tambahan pula dengan muka Encik Arieff yang tiada perasaan. Dengan rasa bersalah yang membaluti hatinya, dia melangkah menghampiri Encik Arieff untuk cuba menarik perhatiannya.

Encik Arieff yang tahu apa yang Hairi hendak lakukan hanya meneruskan kerjanya. Dia sudah lali dengan perangai Hairi. Nasib baiklah hanya Hairi seorang sahaja anak yang bersikap begitu. Jika tidak, pasti dirinya berada di hispital mental dan bukan di sekolah.

"Pa... Hairi minta maaf, pa. Pa... Tengoklah Hairi. Janganlah buat Hairi rasa bersalah. Hairi janji tak dengar cakap kawan je, Hairi tak lepak dengan kawan, Hairi tak balik lewat, Hairi tak lawan cakap abang dengan papa lagi. Tolonglah pa. Tengok Hairi. Hairi takkan buat lagi." rayu Hairi sambil menarik hujung baju Encik Arieff. Dia berlutu di tepi Encik Arieff sambil memandang mukanya.

Encik Arieff langsung tidak tersentuh dengan rayuan anaknya itu. Rayuan kosong sahaja. Telinganya sudah cair mendengar janji Melayu itu. Entah sudah kali ke berapa. Bukan makin baik, makin teruk. Jika ditanya, diberi alasan 'sehari je'.

Hairi sudah berputus asa. Jika dirayu, bukannya dilayan. Dirinya penat. Dia terus keluar dari bilik itu dan berjalan-jalan di sekitar sekolah. Niatnya untuk balik ke rumah telah berbatu nisan dah setelah papanya memberikan perlian pedas tadi. Boleh sahaja jaln kaki tetapi sekarang ni tengah panas dan jarak dari rumahnya ke sekolah sejauh 25km. Boleh pengsan di tengan jalan.

*****

"Amm... Tengku nak keluar jalan-jalan? Dah beritahu Encik Zaim ke? Abang risau kalau Encik Zaim naik angin kalau Tengku tak beritahu dia" kata Aqzi gugup apabila anak majikannya ini menyatakan hasrat ingin keluar berjalan-jalan.

Arissa membuat muka comelnya sambil mengangguk tanda menginginkan apa yang dikata dan juga mengeyakan.

Aqzi mengeluh kecil lalu mencapai kunci kereta. Niatnya untuk melelapkan mata diketepikan demi memenuhi permintaan Arissa. Lagipun, dirinya juga merupakan bodyguard dekat kepada Arissa. Mana mingkin dia membiarkan Arissa bersendirian walaupun di luar sana Arissa sudah mempunyai berpuluh-puluh bodyguard.

"Cepatlah siap. Abang tunggu dalam kereta. Mesti siap dalam masa 10 minit ea?" beritahu Aqzi lalu berlalu ke kereta.

"Dah siap pun. Aris tahu yang abang takkan menolak apa yang Aris minta sebab tu Aris siap dulu baru bagitahu abang" ucap Arissa sambil berjalan beriringan dekat Aqzi menuju ke kereta Audi A8 yang elok terpakir di garaj. "Jap. Abang jangan panggil Aris dengan gelaran Tengku ea? Aris tak suka, lah. Tau? Kalau boleh, SAMPAI BILA-BILA!" jerit Arissa di telinga Aqzi yang membuatkannya menutup telinga.

Aqzi menahan geram di dalam hati. Nasib baiklah Arissa ini anak majikannya, anak orang, adik angkatnya dan juga ada keluarga. Jika Arissa merupakan anak yang lahir dari pokok, sudah lama disepak-sepaknya hidup-hidup. Dan nasib baiklah dia hanya menumpang makan, minum, hidup dan berlindung di situ. Dia terus memasamkan mukanya.

Arissa ketawa kecil melihat muka masam Aqzi. Comel seperti budak 6 tahun merajuk tidak dapat gula-gula. Hanya jika Aqzi chubby sedikit salah. Banyak. Pasti dicubitnya. Dia hanya melihat sahaja Aqzi dari sisinya.

"Dah. Tak payah tengok lama-lama. Tahu abang ni, handsome. Nak pergi mana ni?" tanya Aqzi lalu memandu kereta keluar dari perkarangan rumah.

Arissa membuka waze di dalam kereta itu lalu menetapkan lokasinya.

"Aris... Cakap jelah nak pergi mall. Abang ni bukan jahil sangat, bukan mudah lupa jalan ke mall yang selalu Aris ajak abang. Matikan. And jangan main phone ea? Nanti kalau termuntah, abang juga yang susah" kata Aqzi tetapi tidak memandang Arissa kerana fokus pada pemanduannya. Tetapi, akalnya menerawang ke tempat lain. Hatinya mengatakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Sesuatu yang boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk.

Arissa yang perasan Aqzi hanya senyap berasa pelik. Yalan, selalu Aqzi akan mengajaknya berbual atau bermain sesuatu tetapi kali ini hanya senyap sahaja. Dia memandang ke luar tingkap untuk mengelakkan kebosanan. Mungkin boleh cuci-cuci mata?

Tiba-tiba, dia dapat merasakan kereta ini makin ke tepi- memasuki lorong yang bertentangan. Dia memandang ke hadapan dan melihat kereta.....

Pooonnnnn!!!!

"Abang!!!"

*****