webnovel

DERITA BERAKHIR BAHAGIA

Mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah menengah, Tengku Arissa Mikael. Merupakan pelajar bermasalah di sekolah kerana ayah dan ibunya yang membenci dirinya yang menyebabkan dia menjadi gangster sekolah tetapi baik hati. Hidup Arissa lama kelamaan menjadi ceria apabila dia berjumpa dengan Haris merangkap anak pengetua sekolah tersebut yang sudi berkawan dengannya. "Aku tak sangka masih ada orang yang berkawan dengan aku. Tapi aku harap kau ikhlas cause semua orang yang pernah nak jadi kawan aku hanya sebab rupa dan harta. So... hope kau faham"- Arissa. "Saya janji yang aku tak akan jadi salah satu daripada diaorang. Lagipun, macam ada satu suara yang menyuruh saya berkawan dengan awak. Bagi saya, awak macam familiar dalam hidup saya walaupun kita tak pernah jumpa"- Haris. _____________________ Namun, hidup Arissa kembali terseksa apabila ayahnya sendiri mahu menyeksa dan membunuh dirinya. Arissa tidak tahu hendak berbuat apa melainkan pasrah sahaja. Apa akan jadi pada Arissa? Adakah dia terus mati begitu sahaja atau... keajaiban akan berlaku? Nak tahu jawapan, bacalah DERITA BERAKHIR BAHAGIA ini!

evvevrian27 · Teenager
Zu wenig Bewertungen
26 Chs

BAB 3

"EMM... awak seorang je ke? Boleh kami duduk di sini? Tak ada orang kan?" tanya seorang pelajar bertudung. Disebelahnya pula, seorang pengawas bertudung juga.

"Tak ada. Duduklah tapi... wait! Kau orang ni budak yang kejut aku semalam ke?" tanya Arissa setelah betul-betul mengecam muka mereka berdua.

Zafirah dan Kyra hanya mengangguk dan tersenyum memandang Arissa.

Arissa berganjak sedikit dari tempatnya untuk memberi ruang kepada Zafirah dan Kyra.

"By the way... Boleh kita jadi kawan?" tanya Zafirah pula.

"Kawan? Ak.. Aku..."

"Don't worry. Kitaorang tak kisah pun awak siapa. Janji bukan alien" kata Kyra cuba untuk melawak.

Arissa berfikir sejenak lalu dia mengangguk setelah memikirkan masak-masak. Now, it's time to have friends, Arissa. You need to get along with the outside world. You need it!

"Saya Zafirah Zarliha binti Zainuddin. Dari kelas 4 Acrian. Yang ni, Kyra Amallia binti Azwan dari kelas 4 Brizian. Awak?" tanya Zafirah ramah bersama senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Comel dengan lesung pipit di sebelah kanan pipinya.

"Aku... Panggil je Aris dan aku dari kelas 4 Damian" jawab Arissa dingin.

Zafirah dan Kyra hanya mengeyakan sahaja kerana tidak tahu hendak membalas apa. Walaupun Arissa dah setuju hendak menjadi kawan mereka tetapi, situasi tetap janggal kerana Arissa juga merupakan seorang yang dingin. So, tahu-tahulah kan.

Arissa juga lagilah tidak tahu hendak kata apa. Tulah, siapa suruh dingin sangat. Nak bual dengan kawan baru pun susah... Hehehe...

"Emm... Aris. Kau sebelum ni pernah ada kawan tak? Maksud aku... Masa first time dulu masuk sekolah ni" tanya Kyra selepas merasakan suasana yang dingin dan janggal. Ditambah pula dengan suasana kantin yang makin sedikit pelajar.

"Tak sebab orang tak rasa aku wujud pun... Sebab tu tadi aku rasa korang tak patut jadikan aku kawan" jawab Arissa straight to the point. Malas nak sorok apa-apa.

Zafirah dan Kyra hanya menunduk sahaja. Rasa serba salah pun ada sebab risau membuatkan Arissa terasa. Yelah, manusia, siapa boleh jangka?

Sedang mereka melayan perasaan masing-masing, tiba- tiba seorang pengawas lelaki datang menghampiri mereka lalu menghentak meja kuat. Tak tahulah tangan dia sakit ke tak? Hentak meja batu kot...

"Korang nak duduk sini sampai pukul berapa? Sampai dah kena panggil dengan pengetua? Hah?! Masuk kelas sekarang! Kau Zafi, harap je pengawas tapi, sama je" kata pengawas itu.

"Maaf, Tengku. Kitaorang tak perasan dah pukul berapa. Kitaorang masuk kelas sekarang" kata Zafirah sambil menunduk meminta maaf lalu menarik tangan Kyra dan Arissa untik pergi dari situ.

"Wait! Just Zafi and your friend. Kau, tunggu sini" kata pengawas itu sambil menunjuk ke arah Arissa.

Zafirah hanya mengangguk lalu mengajak Kyra untuk masuk ke kelas dan meninggalkan Arissa bersama anak Tengku itu. Dengan langkah yang cepat, mereka pergi dari situ.

Selepas kelibat dan bayang mereka menghilang, pengawas itu merenung muka Arissa lama dan bertanya. "Kau kenal aku siapa?"

Arissa hanya tersenyum sinis seraya berkata "Haris. Okay... I already know it. Why? I did any mistake? I bothered you?"

Haris menjegilkan matanya memandang Arissa. Jika bukan Arissa pelajar baru yang masih mentah dan daif tentang sekolah ini, pasti dia sudah membuli Arissa. Not physical but mental. Dia terus mendekatkan sedikit jaraknya dengan Arissa untuk berkata dengannya.

"Listen carefully. Dalam sekolah ni, kau tak boleh sesuka hati panggil aku dengan nama. Kau kena..."

"Okey... Aku panggil kau setan ya, syaitan. Dahlah. Aku nak pergi. Bye" kata Arissa memintas kata-kata Haris lalu ingin berlalu pergi.

Haris berasa geram lalu menarik rambut Arissa untuk menghalang Arissa dari pergi dari situ. Dia merentap rambut Arissa sehingga ada yang gugur sedikit.

Arissa memegang kepalanya yang sakit. Dia terduduk dan menunduk. Bukannya takut tetapi dia hampir pitam sebentar tadi. Rambutnya yang direntap tadi, cukup untuk membuatkan kepalanya berpusing.

"Hoi perempuan. Kau dengar ni baik-baik. Tiada siapa yang boleh panggil nama aku kecuali kepada family aku, anak Tengku, Raja or what else yang berpangkat besar tu dan juga kawan-kawan aku! Orang lain just kena panggil aku Tengku! Kau faham?! And one more, aku tahu kau tu gengster sekolah tapi... Heh! Senang cerita, kalau aku tahu kau buli pelajar lain, aku tak tetagak-agak untuk beritahu pengetua so, take care. Hah!" kata Haris lalu pergi meninggalkan Arissa yang masih kesakitan.

Selepas beberapa minit, Arissa cuba untuk bangun lalu menuju ke kaelasnya. Agak berdenyut kepalanya tetapi dia tidak menghiraukan. 'Aku akan membalas dendam pada kau satu hari nanti, Haris. Kau tunggu! Aku tak lemah macam yang kau fikirkan!' bisik hatinya.

*****

Kyra dan Zafirah menunggu Arissa berkemas untuk pulang ke rumah. Mereka juga ingin tahu apa yang terjadi kepada Arissa kerana ketika Arissa melintas di hadapan kelas mereka, muka Arissa sedikit merah dan srmbab. Tapi diaorang tak tahu itu cuma fake semata-mata.

Selepas Arissa siap semuanya, dia terus keluar mendapatkan rakan-rakannya di luar. Terselit rasa bersalah lalu cepat-cepat meminta maaf kepada mereka. Disebabkan dirinya, mereka berdua pun turut lambat juga.

"It's okay lah. Lagipun, kitaorang balik jaln kaki so, tak ada sesiapa pun tunggu kitaorang. Dah, jom balik. Nanti terserempak dengan Tengku tu, susah pula. Dia tuduh kita macam-macam pula" kata Kyra lalu berjalan mendahului Zafirah dan Arissa.

Arissa hanya tersenyum hambar menakala Zafirah pula hanya menggeleng perlahan melihat kelakuan Kyra yang seperti budak-budak itu.Always happy.

"Dahlah. Jom, Aris! Kitaorang hantar kau balik ea? Boleh kitaorang tahu rumah kau" kata Zafirah sambil menarik lembut tangan Arissa.

Arissa hanya mengikut. Lagipun, tiada siapa yang mengambilnya hari ini. Daddynya ada meeting. Tetapi dia tahu sahaja Encik Zaimee lunch dengan Puan Irdina. Biarlah. Bukan selalu.Private driver pula, Arissa tak nak minta tolong sebab merajuk.

*****

Kyra dan Zafirah melambaikan tanganmereka sebaik sahaja Arissa melangkah menuju ke arah pintu rumahnya. Kali pertama mereka melihat luar rumah Arissa seperti istana. Belum lagi lihat di dalam. Entah boleh terkeluar biji mata mereka.

Sebaik sahaja Arissa masuk ke dalam rumah, dua orang pembantu rumah rumah terus membawanya ke dalam bilik.

"Tengku, nanti jangan lupa turun makan, ya? Lepas tu, Tengku kena makan ubat" kata salah seorang dari pembantu tersebut lalu dia terus keluar setelah meletakkan beg Arissa di dalam almari beg.

Arissa hanya mengangguk tanpa memandang wajah pembantu rumahnya itu. Selepas mereka keluar dari bilik, dia terus menuju ke arah bilik air. Dia perlu mandi sekarang. Risau dia jika tertidur akn membuatkan Encik Zaimee berang.

Selesai sahaja mandi, Arissa mengenakan pakaian yang bewarna kelabu hitam. Selepas itu, dia menghadap cermin meja soleknya lalu memakai sedikit bedak serta jaket berhoodienya sambil tersenyum sinis. Dia menatap lama mukanya sendiri tetapi di layarnya terbayang muka Haris.

'Heh! Haris. Kau fikir, kau sorang je ke anak Tengku? Aku sekali lah. IC yang kau tengok tu, IC palsu. Aku tak pernahlah letak IC betul aku dalam purse. ' bisik hati Arissa lalu terus keluar dari bilik untuk mengambil makanan tengah harinya.

*****

"Teng... Tengku. Encik Zaim pesan, siapkan semua kerja sekolah Tengku petang ni juga sebab malam ni Encik Zaim nak bawa Tengku dengan Puan Irdina makan di luar" kata seorang pembantu itu. Her name is Hazwani and Arissa call her, Mama Wani. Seorang lagi Arissa memanggilnya Umi sahaja. Ada ramai lagi tetapi dua orang ini sahaja yang dia rapat.

"Okey" balas Arissa sepatah. 'Kenapa daddy nak bawa aku makan kat luar? Baru jumpa 7 lautan emas ke apa ni? Arghhhh! Lantaklah. Yang penting, aku pandai jag adiri aku, sudahlah' bisiknya di dalam hati.

Arissa membuang semua benda negatif yang berada di dalam fikirannya. Bukan sebab hendak bersangka baik tetapi kerana mengelakkan dia migrain kembali. Jika dia migrain, semua yang dia buat, pasti ada yang tidak kena. Makan pun, tidak selera yang boleh membuatkan dirinya gastrik. Haih... Macam-macam penyakit.

Selesai sahaja Arissa makan, dia terus kembali ke dalam bilik untuk menyiapkan kerja. Tidak terlalu banyak tetapi terlalu susah. Add math... Lagipun, itulah subjek bagi Arissa yang merosakkan pemikirannya.

Tidak berapa lama kemudian, terdengar bunyi mesej masuk bertalu-talu dari phone miliknya. Pada awalnya, Arissa hanya membiarkan sahaja kerana memang time begitu, wi- fi rumah baru dibuka tetapi dia sudah tidak tahan lagi apabila notification mula masuk satu persatu. Arissa mengambil phonenya lalu membuka app WhatsApp. Semua mesej dari nombor yang tidak dikenali. Dia terus membuka yang pertama.

Unknown

Assalamualaikum. Arissa, kan? Ni aku, Zafirah.

Bluetick. Arissa terus membuka yang kedua pula. Sebelum tu, macam mana Zafirah boleh dapat nombor Arissa? Arissa bagilah time perjalanan balik tadi.

Unknown

Hi, babe. Ni aku, Kyra. Ingat lagi tak? Kalau tak ingat, kau memang jahat.😭😭😭

Arissa

Of course aku ingat. Aku bukannya macam nenek tua yang baru seminit lepas berkenalan, lupa. Apalah. Tak yah nangis-nangis lah.😸

Arissa tersenyum saat dia membalas mesej daripada Kyra. Kyra seperti tidak mahu dirinya bersendirian. Selepas itu, dia membuka pula mesej dari nombor terakhir yang banyak mesej masuk darinya.

Unknown

Hi, Arissa

Know me?

Sentiasa ada dengan awak.

Budak meja sebelahlah.

Balas lah mesej ni.

❤️ U

'Haieqal? Macam mana dia boleh dapat nombor aku? Dia dapat dari mana? Siapa yang bagi dia?' tanya Arissa pada dirinya sendiri. Kepalanya sudah mulai serabut memikirkan. "Harghh! Semaklah dia ni!" marah Arissa untuk melepaskan serabut di dalam kepalanya.

Mama Wani yang terdengar jeritan anak majikannya terus bergegas naik ke atas untuk melihat apa yang berlaku. Risau sekiranya Arissa bertindak di luar kawalan.

"Kenapa ni, Tengku? Apa yang jadi?" tanya Mama Wani sebaik sahaja dia membuka pintu bilik Arissa. Terlihat olehnya Arissa yang sedang menyandarkan dirinya pada kepala katil sambil memeluk bantal. Dia terus mendekati Arissa untuk menenangkannya.

"Mama, kenapa semua orang asyik nak kacau Aris? Kenapa asyik nak buat Arissa serabut? Aris penat, lah" adu Arissa lalu berbaring di atas katil bersama juraian air mata.

"Amm... Tengku dah makan ubat? Belum kan? Tengku makan ubat and then tidur ya? Kerja sekolah tu, kalau dah tenang, buat. Tengku berehatlah. Tenangkan fikiran. Biar kosong semuanya " kata Mama Wani sambil mengusap lembut rambut Arissa. Kemudian, dia mengambil ubat Arissa yang berada di dalam laci meja belajarnya lalu menghulurkan ubat tersebut kepada Arissa.

Arissa mengambil huluran ubat tersebut. Dengan perasaan yang masih berkecamuk, dia terus menelan ubat itu lalu tertidur.

Mama Wani yang melihat Arissa sudah tidur dan yakin tidak akan terjaga lagi, membelai perlahan rambut Arissa dan kemudian terus keluar dari bilik itu. Di dalam hatinya, berasa amat bersyukur kerana Arissa kali ini tidak terlalu agresif dan tidak mencederakan sesiapa.

*****

Malam itu, Arissa memakai baju blouse bewarna biru tua berbunga kecil beserta seluar palazzo hitam. Itu pun kerana Umi yang memberikannya baju itu. Selepas itu, private drivernya, Aqzi atau panggilan Arissa: Abang Aqzi, menghantarnya ke sebuah restoran mahal di mana Encik Zaimee memberitahunya petang tadi. Encik Zaimee sudah pergi bersama Puan Irdina kerana mereka tidak balik ke rumah. Mereka membeli baju di mall dan check-in di hotel untuk bersiap.

"Tengku, hati-hati ya? Restoran macam ni selalunya jadi sasaran penjahat sebab diaorang tahu ramai orang berada (kaya) dekat dalam ni. Kalau Tengku rasa ada orang ikut, rasa terancam atau rasa macam tak sedap hati, Tengku terus lari masuk dalam restoran. Emm... Encik Zaim tak datang lagi. Dia kata, 10 minit lagi baru sampai so, Tengku take care, ya? Please, kali ni, ikut cakap abang. Dah. Jangan merajuk lagi..." kata Aqzi sambil memandang sekeliling. Risau.sekiranya ada orang yang memerhatikan yang mempunyai niat jahat terhadap Arissa. Maklumlah jarak antara restoran dengan tempat dia meletakkan kereta ini jauh. Lebih kurang, 300 meter.

Arissa hanya mendengar apa yang dikata oleh Aqzi. Dia tahu, Aqzi bukan risau pada dirinya kerana amanahnya tetapi disebabkan Aqzi mempunyai perasaan terhadapnya. Dia tahu itu kerana selama ini dia perasan sahaja yang Aqzi curi-curi tengok dirinya tetapi nasib baiklah Aqzi tahu batas.

Arissa membuka pintu kereta lalu keluar. Dia berjalan dengan laju ke arah restoran itu tanpa memandang lagi ke belakang. Risau juga dirinya jika ada orang mengekori. Lebih-lebih lagi dia tengah bersendirian waktu ini. Tiba-tiba, dia berasa sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Entah disebabkan kata-kata Aqzi, akalnya yang berfikiran negatif atau memang betul perasaannya. Dia sendiri keliru.

'Hishh... Masalah lah restoran ni. Kenapalah buat parking kereta jauh sangat. Dahlah gelap, jauh, tak ada guard pula tu. Restoran je besar, mahal. Luarnya? Hampeh!' omel Arissa sendirian. Itu pun kerana hendak mengelakkan perasaan tidak sedap hati itu.

Kira-kira 100 meter lagi Arissa mahu sampai di hadapan restoran tersebut, tiba-tiba, tangan kasar seseorang menekup mulut serta hidungnya yang membuatkan dia tidak boleh bernafas lalu pengsan.

*****