webnovel

DERITA BERAKHIR BAHAGIA

Mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah menengah, Tengku Arissa Mikael. Merupakan pelajar bermasalah di sekolah kerana ayah dan ibunya yang membenci dirinya yang menyebabkan dia menjadi gangster sekolah tetapi baik hati. Hidup Arissa lama kelamaan menjadi ceria apabila dia berjumpa dengan Haris merangkap anak pengetua sekolah tersebut yang sudi berkawan dengannya. "Aku tak sangka masih ada orang yang berkawan dengan aku. Tapi aku harap kau ikhlas cause semua orang yang pernah nak jadi kawan aku hanya sebab rupa dan harta. So... hope kau faham"- Arissa. "Saya janji yang aku tak akan jadi salah satu daripada diaorang. Lagipun, macam ada satu suara yang menyuruh saya berkawan dengan awak. Bagi saya, awak macam familiar dalam hidup saya walaupun kita tak pernah jumpa"- Haris. _____________________ Namun, hidup Arissa kembali terseksa apabila ayahnya sendiri mahu menyeksa dan membunuh dirinya. Arissa tidak tahu hendak berbuat apa melainkan pasrah sahaja. Apa akan jadi pada Arissa? Adakah dia terus mati begitu sahaja atau... keajaiban akan berlaku? Nak tahu jawapan, bacalah DERITA BERAKHIR BAHAGIA ini!

evvevrian27 · Teenager
Zu wenig Bewertungen
26 Chs

BAB 14

"ARIS, lama lagi ke? Abang dah penat dah ni" kata Aqzi kepenatan kerana bosan melihat Arissa dari tadi hanya membelek-belek sahaja baju di kedai itu. Beli tidak juga. Dia yang melihat merasa ingin sahaja mengambil semuanya. Borong semua. Habis masalah. Walaupun Arissa ni agak dingin tetapi bab memilih penempilan diri atau memilihkan pakaian untuk seseorang jika ada yang meminta, memang cerewet. Dia akan akur jika mama dan daddynya sahaja yang memilihkan. Jika orang lain, memang tidak akan sesekalilah.

"Eee... reti sabar tak? Kejaplah. Kalau penat, duduklah atas lantai tu" marah Arissa tetapi mata masih tertumpu kepada baju-baju yang tergantung.

"Sabar? Sabar? Haha... lawak. Abang dah tunggu selama satu jam 37 minit dan... 44 saat tahu tak? Ini baru satu kedai tau. And, baju-baju kat rumah tu banyak kan? Nak beli baju lagi ni kenapa?" dengus Aqzi sambil berpeluk tubuh tanda geram.

Arissa merengus lalu terus mengambil dua helai blouse yang agak labuh sedikit dan pergi ke kaunter pembayaran untuk menjelaskan pembayaran.

Selesai sahaja membuat pembayaran, Arissa terus keluar dan berjalan sehingga menjumpai sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis patung mainan. Yang penting, semuanya comel-comel. Tanpa memberitahu dahulu kepada Aqzi, kakinya terus sahaja melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Aqzi yang melihat tercengang dan sedikit hairan kerana Arissa tidak pernah-pernah lagi menjadi seorang yang kaki shopping. Selalu, jika satu jam sudah berlalu, dia akan cepat mahu balik dan akan memarahi dirinya walaupun Arissa tahu itu salah diri dia sendiri tetapi kali ini, dia makin galak hendak membeli. Mungkin Arissa salah makan ubat?

Walaubagaimanapun, Aqzi tetap menjadi peneman Arissa kerana dia tahu, pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Cukuplah sekali dia membuat kesilapan. Dia tidak mahu melakukan kesilapan yang lain pula. Dia hanya memerhati tingkah Arissa dari jauh. Sedang dia khusyuk memerhati, tiba-tiba dirinya dilanggar oleh seorang remaja lelaki.

"Eh. Maaf, bang. Saya tak sengaja. Abang tak apa-apa, kan?" kata remaja itu sambil mengibas-ngibas pakaian Aqzi.

"It's okay, it's okay. Abang tak apa-apa. Bangunlah, dik" kata Aqzi lembut walaupun sebenarnya dia tengah panas. Bukannya apa tetapi kerana dia penat.

"Aryan. Hishh... Menysahkan alonglah kau ni. Aku tahulah kau memang dah hafal selok-belok mall ni tapi kau kena sedar, kau pergi dengan aku. Hilang nanti macam mana? Haishh... Ni apa kau buat?" tanya seorang lelaki kepada remaja tersebut. Abangnya mungkin.

"Maafkan abang jika adik abang ada buat apa-apa dekat adik" kata lelaki itu memihon maaf kepada Aqzi kerana melihat Aqzi seperti muka yang sedang menahan marah.

Aqzi hanya tersenyum nipis sahaja. Dilihat muka dua orang lelaki yang berada di hadapannya kini sebelum dia sendiri terkejut dan terkedu. Nafasnya seakan-akan terhenti dan dia menampar perlahan pipinya menandakan dia tidak bermimpi.

Dua orang lelaki itu yang melihat pun terkedu juga.

"Abang... Ab... ang Aq? Abang Aq, kan?" tanya remaja itu bernada gembira.

"Aqzi..." kata lelaki itu pula. Kemudian, dirangkulnya Aqzi seperti tidak mahu dilepaskan.

Remaja itu juga turut memeluk Aqzi sepertimana lelaki itu buat. Orang yang lalu lalang langsung tidak dihiraukan. Biarlah orang lain berteka-teki asalkan dia dapat melepaslan rindu yang sekian lama terpendam.

"Abang... Jomlah balik... Daddy dengan mummy rindu abang... Diaorang nak sangat jumpa abang..." kata remaja itu lagi.

Mendengar sahaja perkataan daddy dan mummy, terus ditolak mereka berdua menjauhinya. Dia rasa sakit hati mendengar perkataan itu. Rasa geramnya masih ada walaupun hampir masuk tahun ke-6 juga peristiwa itu.

"Balik? Kau nak suruh aku balik setelah apa yang korang buat? Memang taklah! Kau fikir aku boleh dikutip balik setelah korang buang aku? Sampah mana boleh dikutip... Aku ni kan sampah. So, buat apa kutip aku balik? Lagipun, kau cakap orang tua tu rindu aku? Betul ke rindu? Kalau rindu, kenapa tak cari aku time aku langsung tak ada tempat bergantung? Sorrylah. Aku tak akan balik semula. Faham?" ucap Aqzi dengan benci di dalam nadanya.

"Aq... Please lah balik... Kita betulkan balik apa yang lalu... Jomlah..." rayu Ariq dengan bersungguh-sungguh.

Malangnya, Aqzi hanya buat endah tidak endah sahaja. Dia mengeluarkan phonenya dan didail nombor seseorang. Kemudian, dengan selambanya, dia berbual dengan rakannya melalui phone itu tanpa menghiraukan manusia yang berada dihadapannya kini.

Muka Aryan kelihatannya berubah kelat dan dia tersenyum nipis melihat perilaku

abangnya itu. Terselit sedikit rasa terkilan dan malu kerana merayu kepada orang yang pernah dia tak hormati.

Ariq pula menggigit kecil bibir bawahnya. Geram dan terasa ingin sahaja ditamparnya Aqzi seperti selalu tetapi apabila difikirkan kembali, Aqzi akan makin membenci dan akan lagi berkeras tidak mahu balik, dia membatalkan niatnya.

Selepas beberapa minit kemudian, Aqzi selesai dengan kerjanya. Disimpan kembali phonenya ke dalam kocek seluar dan memandang lagi manusia di hadapannya itu.

"Tak blah lagi? Apa yang korang nak hah? Aku dah cakap, aku takkan balik. Nak aku ulang? TAKKAN BALIK. So, blah lah. Aku rasa dekat sini tak ada semak" sinis sahaja kata-kata Aqzi terhadap dua insan yang pernah membesar bersama-samanya dahulu.

"Abang... Ar minta maaf, abang. Jomlah kita balik..." rayu Aryan lagi sambil memegang tangan Aqzi.

Aqzi menepis tangan Aryan lalu berpeluk tubuh. Dibuat smirk dan menjeling Aryan yang seperti kekurangan kasih sayang ini. Merayu seperti dia ini orang yang memang dikehendaki.

"Dahlah, Ar. Jomlah kita balik. Betullah apa abang Aq cakap. Kita dah buang dia, buat apa nak kutip balik. Jom... Nanti daddy marah pula balik lambat. Kan dah janji dengan daddy sebelum pukul 11 kita nak balik. Esok Ar nak sekolah,kan? Kata nak straight A+." pujuk Ariq supaya Aryan balik. Dia sudah berasa tidak selesa dengan pandangan orang lain tambahan pula Aqzi yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berbaik apatah lagi mengikut mereka.

Aryan hanya akur bersama muka yang kecewa. Mana taknya. Dia risau SPMnya akan susah disebabkan seorang abangnya yang pernah dibencinya. Dia tidak mahu itu berlaku.

Aqzi berjalan ke arah Arissa yang sedang membayar di kaunter. Rasa malas hendak menghadap muka orang yang menyakitkan hati walaupun dia tahu Ariq dan Aryan sudah mahu pergi.

Ariq hanya mampu melihat dengan menghela nafas beratnya. Rasa bersalah, kecewa, sakit hati, geram, semuanya bercampur sehingga hampir-hampir dia menyalahkan takdir. Dengan langkah yang berat, dia terus keluar dari mall itu dan pulang sahaja ke rumah.

Di rumah, Ariq mahupun Ariq hanya senyap sahaja tentang keterserempakan mereka dengan Aqzi kerana mereka tahu, jika bercerita kepada mummy dan daddy mereka, pasti daddy mereka akan menyuruh anak buahnya menarik Aqzi untuk balik ke pangkuan mereka. Dan itu pasti akan merumitkan lagi keadaan.

*****

Arissa dengan gembiranya terus keluar dari kedai patung itu bersama dua buah beg kertas yang berisi dua kotak hadiah di dalamnya.

Aqzi hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Rasa gembira melihat Arissa gembira. Rasa tenang je. Dan dia sedar, Arissa pasti melepaskan dendamnya kerana sudah lama bosan ketika duduk di hospital ketika itu.

Tanpa amaran, Arissa terus menarik tangan Aqzi ke arah lif dengan laju.

"Aris... apa ni? Main tarik-tarik tangan abang pula. Lepaslah" kata Aqzi dalam nada yang perlahan.

Arissa tidak membalas malah makin laju menarik tangan Aqzi. Beg kertas dipegang di tangan satu lagi. Sebaik sahaja masuk ke dalam lif, dia hanya memegang lengan Aqzi kuat sambil menunggu pintu lif terbuka. Sampai sahaja lif di aras yang ingin ditujui Arissa, Arissa terus keluar dan berjalan dengan tangan masih lagi menarik tangan Aqzi. Bezanya, kali ini dia hanya berjalan.

Aqzi pula hanya menjadi seperti robot yang rosak. Membiarkan Arissa melakukan apa sahaja terhadap dirinya. Hatta memarahinya di tempat public sekali pun kerana dia sudah malas mahu mencari gaduh.

"Abang Aq... makan dulu jom! Dan Aris nak ni..." kata Arissa sambil menunjuk ke arah sebuah restoran. Bukan restoran apa pun... Restoran KFC je...

Aqzi memandang Arissa dengan muka tidak percaya. Punyalah tarik tangan dia kuat seperti berlaku gempa bumi, rupanya semata-mata hendak ke restoran KFC? What the...

Arissa membuat kitty's facenya itu yang sememangnya boleh mencairkan hati bagi semua para lelaki termasuklah juga Aqzi.

Aqzi terus memalingkan mukanya dan mengeluh. Kemudian, dia memandang kembali muka Arissa dan mengangguk lalu melangkahkan kakinya ke arah kaunter restoran KFC itu.

Arissa pula mencari tempat duduk untuk dua orang sementara menunggu Aqzi membuat pesanan. Jumpa sahaja tempat duduk yang diinginkannya, terus dia duduk di situ. Main phone dulu memandangkan Aqzi lama lagi handak membeli. WhatsApp dibuka.

IOW'S BATCH FOREVER

Zafirah

Weyh korang. Projek sains tu buat apa, hah? Aku lupalah...

Khairil

Buat moke-up sistem suria. Lepas tu... buatlah kertas kerja. Hantar minggu depan.

Zafirah

Thanks weyh...

Aqil

Perhatian kepada kesemua pengawas, bayar duit pengawas cepat-cepatlah. Nanti setiausaha pengawas kesayangan korang bising... Bukan bendahari, ya? Abang Tengku kita mengamuk nanti. Nak aku senaraikan siapa belum bayar???

Zafirah

Jangan berani kau! Aku dahlah belum bayar lagi...

Aqil

Kantoi tak bayar lagi... Padahal, aku tak tahu pun siapa tak bayar... Hahaha🤣🤣🤣...

Zafirah

Kuang ajo mu...🔥

Haih... Nasib baik kau manusia... Kalau kau lembu, dah lama aku buat korban untuk raya haji nanti...

Ni bulan 5... Lagi berapa bulan je...

Asyraf

Aduh... Aqil!!! Pahallah kau bangkitkan fasal mamat sombong tu... Jap! Mamot sombong... Baru betul... Dahlah aku baru jumpa dia dekat mall ni. And now, aku jumpa Haris and his brothers pula. Arissa pun... Aris... Pandanglah belakang...

Arissa terkedu. Dia terus memalingkan mukanya ke belakng dan terlihatlah Asyraf yang sesang melambaikan tangan ke arahnya. Dia hanya tersenyum dan kembali memandang hadapan. And... dia lihat Haris di situ. Betul-betul di meja hadapan tempat dia duduk.

'Aishh... Depan dia dahlah kosong... Agaknya, dia pandang depan, perasan tak aku ni siapa? Dia ni, memang akan sentiasa diperlihatkan di hadapan aku ke apa? Arghh... mampus dialah sana ' bisik hati Arissa dan terus kembali bermain phonenya. Fasal Haris, diketepikan. This night for enjoy not to think about any problem.

Asyraf

Aris... Macam lama sangat je tengok Haris. Cinta pandang pertama ke...

You

Arghh... Memang taklah... Nak cinta pandang pertama ke benda. Dah lama aku nampak dia. Lebih sebulan kot... Ngada-ngadalah kau Asyraf...

Kyra

Dia tu memang... Otak biul nak mampus.

Asyraf

Ehehe... By the way... aku tak nampak pula Hairi. Mana dia ea?

Arissa pelik. Di dalam hatinya, dia tertanya-tanya siapakah Hairi itu. Tetapi hanya bersangka baik dan menganggap itu hanyalah typo.

Dalam beberapa minit selepas minit itu, Aqzi datang dengan membawa dua set-D  Super Jimat Box (Sis tak ingatlah apa nama dia) bersama dua cheezy twister.

"Ni kan? Betul tak?" tanya Aqzi lalu meletakkan pinggan yang berisi set-D itu di hadapan Arissa.

"Emm... Thanks" balas Arissa lalu meletakkan phonenya di tepi. Pinggan di hadapannya itu ditarik menghampiri dirinya. Bun diambil dan dimakan sedikit demi sedikit sehingga habis. Itu pun mengambil masa 5 minit untuk dihabiskan. Sambil-sambil itu, matanya tak henti-henti memandang Haris di sebelah. Kali ini, di hadapan Haris sudah ada orang. Teringin juga dia hendak tahu siapa tetapi, lain kali ajelah. Tidak penting pun.

*****

Sedang Haris rancak berbual dengan Hairi, tiba-tiba, matanya tertacap kepada satu figura. Seperti familiar tetapi tidak ingat siapa.

Hairi yang perasan Haris seperti memandang sesuatu di belakangnya turut melihat juga arah tuju pandangan mata Haris. Lihat sahaja ke arah tujuannya, alangkah terkejutnya dia. Ya... musuh tidak berdaftarnya... Jika Arissa melihat mereka berdua, kantoilah rahsianya yang disimpan selama ini. Tetapi, nasib baiklah kali ini Arissa sedang menikmati makanannya. So, terselamatlah dari satu masalah.

'Wait. Comel juga ea dia ni. Lagi-lagi tepi mulut dia yang comot tu. Arghh... dah kenapa dengan aku ni? Janganlah angau Hairi oii...' bisik Hairi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Oi! Dah kenapa tergeleng-geleng. Sasau ke apa? Tu! Abang panggil. Pergilah. Jangan cuci-cuci mata sangat. Ingat pesan papa. Nak kena cungkil biji mata ke?" ujar Haris sambil menepuk meja kuat.

Hairi memandang Haris kecil besar, kecil besar je. Suka hati mak bapak atuk nenek dia je nak main sentak-sentak. Sama sahaja seperti Hafriena. Fikir apa?! Tapi... malas nak panjangkan keadaan, dia jumpalah abang-abangnya yang duduk selang tiga meja daripada diaorang. Entah setan apa yang merasuki diaorang sampai nak duduk asing-asing. Orang fikir gay, baru tahu.

*****