webnovel

DERITA BERAKHIR BAHAGIA

Mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah menengah, Tengku Arissa Mikael. Merupakan pelajar bermasalah di sekolah kerana ayah dan ibunya yang membenci dirinya yang menyebabkan dia menjadi gangster sekolah tetapi baik hati. Hidup Arissa lama kelamaan menjadi ceria apabila dia berjumpa dengan Haris merangkap anak pengetua sekolah tersebut yang sudi berkawan dengannya. "Aku tak sangka masih ada orang yang berkawan dengan aku. Tapi aku harap kau ikhlas cause semua orang yang pernah nak jadi kawan aku hanya sebab rupa dan harta. So... hope kau faham"- Arissa. "Saya janji yang aku tak akan jadi salah satu daripada diaorang. Lagipun, macam ada satu suara yang menyuruh saya berkawan dengan awak. Bagi saya, awak macam familiar dalam hidup saya walaupun kita tak pernah jumpa"- Haris. _____________________ Namun, hidup Arissa kembali terseksa apabila ayahnya sendiri mahu menyeksa dan membunuh dirinya. Arissa tidak tahu hendak berbuat apa melainkan pasrah sahaja. Apa akan jadi pada Arissa? Adakah dia terus mati begitu sahaja atau... keajaiban akan berlaku? Nak tahu jawapan, bacalah DERITA BERAKHIR BAHAGIA ini!

evvevrian27 · Teenager
Zu wenig Bewertungen
26 Chs
avataravatar

BAB 10

HAIRI membelek RM500 itu sambil menongkat dagunya. Sekarang, dia tidak tahu hendak buat apa dengan duit di tangannya ini. Tidak menyangka Arissa betul-betul membayarnya malah lebih dari apa yang dijangkakannya. Dia sengaja mahu mengganggu Arissa. Entah kenapa dia tidak boleh melihat Arissa bahagia. Dendam? Tapi... untuk apa?

Sedang sedap Hairi mengelamun, tiba-tiba, bahunya ditepuk oleh seorang rakan baiknya a.k.a Fazid. Rakan sekepala, sehidup dan semati sehingga ke jahanam! Ni pun seekor iblis yang sama macam Hairi. Perangai macam setan tapi kelas A. Cuma bukan pengawas jelah.

"Hoi, bro. Kau pergi mana rehat tadi? Aku... wait... woaw, woaw! Kaya nampak. Nak belanja aku ke ni? Duit mana ni?" tanya Fazid lalu duduk di kerusi budak meja sebelah Hairi dan membelek-belek buku yang berada di atas meja itu.

"Baik kau jangan usik barang budak tu. Marah dia nanti" kata Hairi masih di dalam posisi yang sama.

"Marah? Berani ke? Walaupun dia ketua pelajar, fikir aku takut?" tanya Fazid dengan lagaknya. Kaki sudah diletakkan di atas meja tersebut.

"Turun kaki kau! Dia tak marah malah tak berani nak tegur tapi, aku yang marah! Sekarang, kau blah! Tu, adik aku nak duduk and please, aku nak rest sekarang. So, stay away from me" marah Hairi sambil menolak tubuh Fazid dan memasukkan kembali RM500 itu ke dalam koceknya.

Fazid membuat roll eyes dan mengajuk semula kata-kata Hairi sebelum beredar dari situ. Ketika dia bertembung dengan Haris, dia melagakan bahunya kuat dengan Haris sehingga pinggang Haris terkena bucu meja salah seorang pelajar kelas itu.

Muka Haris sudah berkerut menahan sakit. Sudahlah penat baru lepas meronda, balik kelas dibenci pula. Apalah nasib. Dia berjalan ke arah tempat duduknya yang berada di barisan ketiga dalam keadaan menunduk sedikit bagi mengurangkan rasa sakit di pinggangnya itu. Sebaik sahaja dia duduk, dirinya dekerumuni pula pelajar-pelajar perempuan yang gedik dan acah cantik nak mateeyyy!

Adalah di antara mereka yang memegang tangan Haris tetapi Haris menepis. Dasar murahan. Adalah juga yang bertolak-tolak sehingga Hairi di sebelah pun turut tertolak juga.

Hairi sudah tidak tahan lalu menghentak mejanya dengan kuat.

"Boleh masuk kelas masing-masing tak girls?! Sedar or not he is my younger? Tak payahlah nak pegang-pegang bagai. Kalau nak sangat, pergi club sanalah! Rimas aku tengok orang yang terkejar-kejar orang yang tak nak ni! Cinta to the hell adalah. Heh!" sinis Hairi sambil memandang tajam ke arah pelajar-pelajar perempuan di sekelilingnya serta Haris. Tapi dia hanya pandang sekejap. Tidak ingin dia menatap orang pakai baju jarang ni. Yang free hairnya lagi. Bermake-up pun ada. Macam mana boleh lepas pun tak tahulah.

Tiba-tiba seorang perempuan yang berada di sebelah Haris terus mengambil tangan Haris dan diletakkan di pipinya. "You... you kata kembar you ni tahu kita couple... you kata dia tak kisah. Kenapa dia marah sangat ni?" rengek perempuan itu.

Haris menepis kuat dan mencengkam kuat tangan perempuan itu.

"Sara, please. Kalau you terlalu dahagakan kasih sayang, maka bapak you ada. Kalau you dahagakan duit, boleh try find a good job for you and kalau you dahagakan belaian lelaki lain selain your family, just go with a guy that I find him with you at the mall last night. Now, go away from me or maybe I should report this situation to our principal?" kata Haris dingin lalu melepaskan cengkamannya.

Sara memegang pergelangan tangannya yang sakit dan merah itu akibat dicengkam oleh Haris sebentar tadi. Dengan perasaan bencinya, dia menampar pipi Haris dan Hairi dan berlalu pergi. Pelajar perempuan yang lain pun sudah beredar kerana gerun dengan situasi itu tadi.

"Baik ah perempuan tu. Nak mati awal ke apa? Nasib baiklah bukan kelas ni dan dah blah. Kalau tak... eee... malang nasib dia. Pakai baju dahlah nipis, jarang and pendek. Tak sedar diri tu saiz L, bukannya S lagi... Gila betul" kata Hairi dengan perasan lubuk paling dalam. Lah sangat...

Haris hanya tersenyum sinis sambil mengemas-ngemas sedikit barang-barang di atas mejanya yang agak bersepah akibat fans-fans tidak bertamadun sebentar tadi.

"Well... makin jahat ea kau sekarang. Sejak baik demam masa tu, terus suka balas balik ea?" usik Hairi sambil bermain dengan sebatang pen.

"Mana ada. Aku pertahankan hak aku je. Aku kan dah biasa dari sekolah rendah. So, aku berani sikit ah nak melawan. Macam tak biasa pula. Aku tak ada pukul dia pun. Lainlah kalau aku ada tampar dia... tu baru namanya berubah" balas Haris diselangi dengan gelak tawanya dan Hairi.

Tidak berapa lama kemudian, Khairul selaku ketua kelas, masuk ke dalam dengan membawa buku-buku para pelajar 5 Acrian.

"Hari ni, cikgu-cikgu meeting. Maybe sampai balik. So, cikgu kata senyap, jangan merayau dan jangan main. Yang ni, kerja yang masa tu. Tengok-tengoklah mana yang salah tu" kata Khairul lalu memberi satu-persatu buku-buku yang berada di tangannya itu kepada empunya nama.

Sampai sahaja buku Haris ditangannya, pada waktu itu juga, budak perempuan meja hadapan Hairi berpusing ke belakang lalu menghentak kuat meja Hairi.

"Apa ni? Kau ajar aku apa? Apahal salah?" tanya perempuan itu sambil merenung muka Hairi.

"Hoi, bala. Yang ajar kau tu, Haris. Tengku Haris Mikail a.k.a Harisson Dylan Louivies. Bukannya akulah. Dah berapa tahun hidup dengan kitaorang pun masih tak boleh beza ke? And one more thing, jangan suka hati mak, bapak, atuk, nenek kau nak hentak meja aku lah" balas Hairi lalu berpeluk tubuh.

Haris yang dengar namanya disebut terus memandang ke arah perempuan tersebut lalu tersengeh dan menutup mulutnya dengan buku tadi.

"Kau abang kembar dia, kan? So, kau patut kena" kata perempuan itu lalu mengetuk kepala Hairi dengan buku limanya. "Dan yang satu lagi ni, sebab kau panggil aku bala. Nama aku Hafriena, lah!" sambungnya dan meluku kepala Hairi lagi.

Hairi menggosok-gosok kepalanya dan membuat mimik muka sedih. Selepas itu, dia memandang dan terus mencekik Haris. Hanya cekik gurau.

Haris menarik tangan Hairi supaya melepaskan lehernya. Sebaik sahaja tangan Hairi lepas, dia membetulkan rambut serta tienya lalu terus mengambil buku Hafriena. Dia melihat dahulu kesalahan yang ada. Sebaik sahaja melihat kesalahannya, dia ketawa.

"Sorry, Rien. Actually... aku bagi formula yang salah. Sorry... janganlah marah. Aku fikir, kau tahu ni salah sebab tu aku biar. Jangan marah ea? Please..." rayu Haris sambil membuat muka comelnya. Boleh cair hati bagi perempuan yang melihatnya namun, bukan bagi Hafriena. Baginya, itu muka minta pelempang sebesar telinga gajah.

Hafriena geram lalu mengambil pencil case milik Hairi dan tepat mengenai muka Haris. "Baru aku maafkan" kata Hafriena lalu merosakkan rambut Haris.

"Rien... Kau bernasib baik tak kena marah dengan aku walaupun aku tengah panas ni. Kau bernasib baik sebab kau tu adik-beradik susuan aku! So, please... jangan buat aku sakit mata. Aku baru perli budak tadi... ha... jangan sampai... mulut aku tangah ringan sekarang ni..." potong Hairi sambil memandang tangan Hafriena yang berada di atas kepala Haris.

Hafriena memasamkan mukanya lalu menarik tangannya. Kemudian, dia mengambil semula bukunya dsn duduk di tempatnya seperti sediakala. And then, dia mengambil kertas dan menulis sesuatu di atasnya. Yalah. Orang tu marah... so, buat kerja sendirilah...

Hairi meraup mukanya kasar lalu memandang Haris yang sudah memandangnya dengan kening diangkat sebelah.

"Ris, please... aku tak pandai bab-bab macam ni..." kata Hairi separa merayu.

"No! Kau buat, kau..."

Tiba-tiba, dua orang pengawas form 4 masuk ke kelas itu dan meluru ke arah Haris tanpa Haris sempat menghabiskan kata-katanya.

"Ris, ada orang gaduh dalam kelas 4D" adu salah seorang pengawas itu.

"What?! And then, go over to me?! Kenapa mesti aku? Mana pengawas yang jaga?!" tanya Haria geram kerana entah kali keberapa dia dipanggil kerana perlu selesaikan kes. Kadang, kes yang pelajar biasa boleh settlekan.

"Kitaorang dah cuba tapi, diorang degil. Habis Aqil terkena sekali. And now, dia dekat bilik rawatan" jawab yang seorang lagi pula.

"Sekejap! 4D tu, siapa yang bergaduh?" celah Hairi tiba-tiba apabila dia merasakan seorang budak sahaja yang berani melakukannya. Sebenarnya ramai tapi dia hanya target seorang sahaja.

"Amm... Arissa Mikael budak kelas 4D dengan geng HAZ²S dari kelas 4C. Bergaduh besar, Tengku. Geng HAZ²S guna pisau" balas pengawas itu gugup kerana Hairi memandangnya dengan pandangan yang tajam seperti dia yang bersalah.

Hairi menumbuk mejanya lalu bengun dan bergerak keluar kelas bersama dua orang pengawas tersebut. Now, targetnya hanya satu. Arissa Mikael. Budak yang ingin ditendangnya dari sekolah itu.

Bagaimana dengan Haris? Diakan ketua pengawas? Ya, memang ketua pengawas tetapi Hairi menggantikan tempatnya kerana Hairi tahu pergaduhan itu bahaya bagi Haris. Maklumlah, Haris kan jenis yang lembut. (Bukan lembut sotong ea?) Hairi pula jenis yang kasar so, Hairi jelah yang suka settle kes ni. Haris? Pujuk Hafriena.

*****