Pintu bercat putih terbuka dari dalam sebelum dua orang gadis berpakaian serba hitam berdiri di depan pintu.
Tiga pasang kaki berkasut hitam berkilat dan berseluar slack hitam berdiri tegak di depan pintu. Menarik perhatian mereka yang baru sahaja hendak berjalan keluar dari bilik tersebut.
Perlahan-lahan kepala mereka naik dongak memandang ke depan.
"Sh*t!"carut Sarah dengan muka pucat lesi seperti vampire.
Sementara Zara di sisi memberi renungan kosong tanpa reaksi. Keningnya mencerlung tidak puas hati.
"Ingat dengan cara tu dapat buat kami percaya ke?"elaki bersut hitam pertama bersuara.
Zara berdengus tidak peduli.
"Saya tahu tu....tapi sekurang-kurangnya saya berjaya." balas Zara dengan senyuman sinis di bibir. Sikit pun dia tak takut. Mereka bertiga ni tak adalah apa sangat.
"Ikut kami balik sekarang."arah lelaki bersut hitam kedua pula dengan renungan tajam seperti hendak naik marah.
"Cik berdua patut berterima kasih sebab kami tak laporkan hal ni pada tuan."ujar lelaki ketiga dengan nada keras.
Zara mengetap rahang. Dia mengepal penumbuk menahan sabar.
"Sekalipun kau beritahu dia....kau ingat aku kisah ke?""Zara menarik lengan Sarah dan berlalu melewati mereka begitu sahaja. Mana mungkin dia nak ikut mereka?
Apa?Tak beritahu?Kalau mereka bertiga di situ, dah jelas-jelas orang tua tu tahu dia ada di sini!
"Zara...macam mana ni?"soal Sarah dengan muka cuak.
Zara tahu kalau tiga orang kuat ayahnya di situ itu bermakna gerombolan penyangak-penyangak pun pasti ada di situ!
Sambil berjalan pantas, Zara jalan melintasi meja jururawat begitu sahaja yang mana mengejutkan jururawat di situ.
"Lari secepat mungkin....balik terus ke hostel." arah Zara sewaktu mereka tiba di depan pintu lif.
Sarah memandang bingung ke arah Zara.
"Huh?Macam mana dengan kau?"soal Sarah seperti mahu menangis.
Zara memmegang kuat lengan Sarah dan mengetap gigi kerana geram.
"Balik. Aku tak apa-apa..."deram Zara dibalik ketapan gigi.
PING!
Sewaktu pintu lif terbuka, mereka berdua terkejut dan memandang saat pintu lif itu terbuka luas.
Wajah Sarah berubah reaksi dari ketakutan kepada kengerian. Air mata bertakung di kelopak mata sementara peluh dingin merintik di dahinya. Dengan erat dia mencengkam lengan Zara.
Enam orang lelaki bersut hitam berdiri dalam lif, tiga dari arah kanan empat lagi dari arah kiri.
"Zara...aku takut..."bisik Sarah yang menyorok di belakang Zara sambil bersandar di belakang badan Zara dengan rapat.
Ketakutan Sarah membuatkan gadis itu bergelatukan gigi.
Zara depakan tangan melindungi Sarah.
"Lepaskan dia...saya akan ikut awak."arah Zara.
"Maaf. Kami di beri arahan untuk bawa cik berdua." kata mereka dengan nada mendatar.
"Langkah mayat aku dulu!"deram Zara dengan marah.
"Cik tolonglah...beri kerjasama . Kami tidak mahu berkasar."
Zara mengepal penumbuk seeratnya. Bersedia hendak menyerang, tetapi sebelum sempat dia hendak bertindak, Zara dapat rasakan rentapan kasar dari kain bajunya sewaktu Sarah di tarik menjauh darinya.
"umph!"jerit Sarah di balik tekupan mulut sambil meronta. Zara bergerak mahu mendapatkan Sarah, tetapi dua pasang tangan muncul di bawah ketiaknya dari arah belakang.
"Mari kita balik cik Zara. Ayah cik sedang menunggu cik."