webnovel

Cinta Itu Bukan Satu Permainan

Kenapa awak salahkan Jungkook? Padahal dia tak tahu pun itu awak masa kejadian di belakang pentas hari itu! Jimin pula dipergunakan. Ego betul awak ni!

Blueberry_Army · Andere
Zu wenig Bewertungen
1 Chs

Bab 1 - Jangan Tuduh Sesuka Hati

Disebuah pentas terbesar artis-artis korea.

Ada seorang remaja perempuan yang paling muda dan bakatnya yang luar biasa, ia berasal dari Pulau Jeju yang bernama Choi Ya Na seorang penyanyi dan pelakon korea selatan.

Dalam perjalanan ke pentas untuk persembahan solonya, menuju ke bilik solekan, dengan memakai topeng mulut dan pakaiannya seperti peminat biasa agar tidak kecam oleh orang mengenalinya, dia tak suka orang menghormatinya seperti seorang permaisuri tapi tiba-tiba Yana terlanggar salah satu anggota kumpulan muzik yang terkenal seluruh dunia,

"Maafkan saya. saya tak sengaja" rayu Yana sambil mengengam tangannya.

"Hei!.. kamu buta ah?! macam mana kamu boleh masuk ke sini?!" jawab seorang itu.

Dengan kesabaran Yana untuk bertenang agar boleh buka topeng mulutnya tapi tak sangka membernya datang tepat pada masanya.

"Lebih baik kamu pergi sebelum kamu naikkan angin saya" ujar seorang tu lalu pergi. Yana rasa sangat marah kerana dia tak kenal Yana belum sempat lagi buka topeng mulut Yana.

Dengan senyuman kecilnya, Yana kenal siapa seorang tu yang akan kami temukan semula selepas persembahan di bilik tarian.

"Kamu tunggu ya, akan saya balaskan balik"

Selepas beberapa jam kemudian, Di bilik tarian kami menunggu satu kumpulan muzik. Dengan gayanya mereka datang didepan mata kami untuk perkenalkan diri.

"Hello.. kami adalah kumpulan BTS" ujar ahli-ahli kumpulan tu.

"Hello juga.. Choi Ya Na."

Mereka semua bertepuk-tepuk tangan tanda perkenalan

"Uh? adakah kamu Yana?" tanya J-hope.

"Ya.. saya Yana" sambil bersalam dengannya.

Jungkook yang ada dibelakang J-hope tersenyum melihatnya.

"Ok.. saya adalah Pengurus Dan Ho dari agensi StarShip, saya akan umumkan keputusan untuk kalian" ujar Dan Ho. semua yang berada disitu duduk masing-masing menunggu keputusan dari Dan Ho.

"Kalian menerima tawaran kami tempoh hari yang berkaitan dengan Yana untuk memeriahkan persembahan kalian dan kami sangat menyetujui keputusan kalian sepenuh hati kami dan Yana.. So.. Yana akan berhubung dengan kalian pada minggu depan" jawab Dan Ho. Semua ahli-ahli kumpulan terus bangun sambil bertepuk tangan.

"Saya tenang sekali dengan kalian" kata Yana sambil gembira.

Setelah Yana menempuhi banyak cabaran seorang diri dan kumpulan lain juga tetapi mampukah Yana menempuhi cabaran baru dengan kumpulan yang terkenal seluruh dunia tu? belum pasti lagi untuk melalui semua tu jadi Yana hanya melalui kehidupan hariannya terlebih dulu.

5 hari kemudian Yana dan member-member BTS sedang berlatih dalam bilik tarian. dengan gayanya member-membernya menari termasuk lah dirinya mempunyai bakat yang luar biasa.

"Wah.. Yana dah berjaya sekali melakukan perkara yang kita mahu" kata RM. jimin menepuk bahu RM.

"Saya rasa Yana berbakat sekali"

Yana menuju ke arah sofa sambil mengeluarkan telefonnya lalu baring. Skrinnya menunjukkan ada seseorang membuat panggilan kepadanya, Yana lalu bangun dari sofa tu.

"Kenapa dia telefon?" bisik hati Yana.

"Hey! Yana! kamu kenapa?" tanya Jimin. Yana terkejut lalu menyorok telefonnya dalam poket bajunya..

"Nothing.." jawab Yana dengan muka cemas. jimin berasa curiga dengan kelakuannya..

"Saya nak ke tandas sekejap." Yana tergesa-gesa pergi dari situ.

"Dia ada masalah ke?" tanya hati Jimin memandangnya dengan curiga.

Yana dalam perjalanan ke bilik tarian, tiba-tiba ada seseorang telefon..

KRINGGG! KRINGG!

"Hey!.. kenapa kamu call?".

"Eleh buat-buat tak tau pula kamu ni..." kata yerin sambil mengusiknya.

"Eh? Kak Yerin!.. Saya ingatkan nombor ni dari abang saya.." sambil tertawa..

"Macam mana dengan rancangan kamu buat tu? dah mulai?" tanya Yerin. Jimin yang sedang berjalan di situ terdengar bualan Yana dengan seseorang lalu dia menyorok diri dan ingin mendengar perbualan Yana.

"Hmm.. belum lagi tapi ada sebab perlukan seseorang untuk bantu saya membalas dendam kepada salah satu ahli kumpulan ni" Jimin terkejut dengarnya lalu jerit

"Yana!" jerit Jimin dengan kuat, Yana terkejut lalu melepas panggilan kawannya.

Di bilik tarian. member-membernya baru saja masuk kecuali Jimin dengan Yana.

"Eh.. mana Yana? bukan ke dia yang paling awal datang ke sini?" Tanya seokjin.

"Entahlah.. Jongkook? cuba kamu telefon Jimin" kata suga, belum sempat lagi Jungkook mengangkat panggilan Jimin pun datang.

"Sorry.. saya ada urusan tadi" ujar Jimin.

"Yana mana?" tanya taehyung. Jimin mengeleng kepala.

"Saya tak tau dimana Yana"

"Ok,, kalau macam tu jom kita berlatih dulu, mungkin Yana ada hal" Ujar RM. semua pun memulakan latihan.

30 minit sebelum tu. Di bilik solekan

"Apa yang kamu rancangkan?!" marah Jimin sambil menghulur jari terunjuknya ke arah muka Yana.

"Saya tak rancang apa-apa kecuali yang saya perlu lakukan sesuatu." Jawab Yana..

"Habis tu siapa seorang tu dari kumpulan kami?" Yana terkejut dengan soalan Jimin.

"Ok...biar saya bagitahu kamu secara peribadi tapi kamu harus berjanji jangan bagitahu siapa sekalipun."

Yana meluahkan rasa syaknya terhadap Jungkook , dia berpendapat bahawa Jungkook yang telah membunuh abangnya, Jimin pun berfikir berapa saat lalu menyetujuinya setelah Yana bagitahu semua segala masalahnya pada Jimin.

"Saya rasa tak masuk akal lah pula kalau kamu mahukan semua ni diteruskan tapi kenapa Jungkook adalah puncanya? Yang aku percaya dia takkan buat macam tu. Dia tak buat perkara bodoh...!" kata Jimin.

"Ya.. memang tak masuk akal tapi saya suka masalah ni.. tapi kalau macam tu kamu boleh bantu saya tak?" Yana tersenyum sumbing.

"Tak mahu! Dia maknae kami!" jerit Jimin tak setuju.

"Kamu nak duit? Atau apa-apa yang kamu nak?" Yana membuat tawaran.

"Tak nak!" Jimin cuba melangkah pergi namun Yana memegang lengan Jimin agar tidak terlepas.

"Kalau macam tu.. macam mana dengan borang aku terima?"

Soalan Yana itu membuat tindakan Jimin terhenti, matanya membulat dan membayangkan tawaran yang diterima oleh pengurus Dan Ho bukan sedikit, malah mengambil masa yang sangat lama diterima kerana jadual Choi Ya Na sangat padat untuk menyertai mana-mana kumpulan untuk persembahan pentas yang unik.

"Kamu nak aku batalkan? Atau tolong aku?" Yana cuba mengugut Jimin untuk melakukan rancangannya kerana sudah terlibat.

"Tapi.."

Yana mengeluarkan telefonnya, skrin itu menunjukkan borang pembatalan tawaran.

"Nak aku tekan?"

"Hmm.. Saya rasa boleh tolong tapi kalau sampai terlibat dalam masalah kamu yang bukan berkaitan dengan saya tu kamu harus bertangungjawab." jawab Jimin.

"Yela.. saya nak kamu jadi boyfriend saya dan ikut arahan saya ok?" Jimin terkejut lalu menyetujuinya tanpa ragu-ragu.

Subete for you~ kotae nante~...

Jungkook menyanyi saat sedang berlatih tiba-tiba Yana datang dengan membawa minuman untuk member-membernya.

"Wah... eh? Yana pergi mana tadi?" tanya seokjin.

"Maaf saya ada urusan tadi" Yana tersenyum.

"Yana sibuk juga ni!" usik Jhope tertawa kecil.

"Hahaha.. tak ada lah" balas Yana, dia terus memerhatikan Jimin dan mereka berbalas pandangan, hati Jimin merasa serba salah terpaksa terlibat rancangannya.