Let the moon shine through the darkness.
Keadaan kelas 6 A UMS pagi itu agak huru-hara, Orange mendapat sejambak bunga ros di atas mejanya. Masing-masing sedang membuat andaian dan tekaan siapa gerangannya yang menghantar jambakan bunga tersebut.
Corina yang melihat Orange baru mahu melangkah masuk ke dalam kelas menerpa kearahnya. Tidak sabar untuk menanyakan hal tersebut. Dalam fikirannya ialah Noah, melihat mereka agak berselisih faham tempoh hari membuatkan instinctnya kuat mengatakan yang bunga tersebut dari Noah untuk memujuknya. Namun, Noah di belakang Orange juga kelihatan agak terkejut. Dia tidak meneruskan langkahnya untuk ke kelas, matanya tajam merenung jambakan bunga yang diletakkan di atas meja Orange. Atau dia hanya berlakon, kononnya bukan dia padahal minta runner yang hantar. Corina membuat andaian sendiri.
"Untunglah...awal pagi ada orang bagi jambakan bunga." Nancy yang duduk di barisan hadapan kelas bersuara cemburu.
Orange dengan muka bingungnya tidak menjawab apa-apa. Dia membelek-belek bunga tersebut, manalah tahu ada kad atau diselitkan nama pengirim di dalamnya. Namun, hampa.
"Is it Noah?"
Corina pula bertanya separuh berbisik. Orange menoleh sekilas kearah Noah yang masih berdiri di hadapan pintu kelasnya kemudian menggeleng.
"So? Wow, awak ada secret admire? Wah, i'm so proud of you Orange! Bukan alang-alang, terus jambakan bunga rose dia hantar." Corina bersorak excited. Umpamanya dia sedang menonton perlawanan bola sepak dan teamnya baru sahaja menjaringkan gol kemenangan. Orange menampar tangan sahabatnya itu lembut.
"Memandailah awak nie..." Dia memarahi. Corina tersengih seperti kerang busuk. Rakan-rakan kelas mereka yang lain mulai mengerumuni meja Orange. Masing-masing mahu melihat dan memeriksa, manalah tahu. Ada kad atau nota tersisip di mana-mana yang Orange sendiri tidak sedar.
Noah melangkah masuk ke dalam kelas dan mengambil bouquet tersebut.
"I'll take it." Ujarnya tenang sambil berlalu keluar kemudian berhenti seketika sebelum tiba di pintu kelas. "Jangan lupa rehat ini, datang ke kelas." Kata-katanya itu disambut sorakan pelajar lelaki di dalam kelas Orange.
"So sweettttttttt..." Kemudian mereka mula mengajuk cara Noah masuk dan keluar sampailah kepada cara dia bercakap denyan Orange.
Orange tidak mempedulikan mereka, dia sibuk memikirkan siapakah gerangannya yang sungguh romantik dan berani menghantar bunga tersebut. Tapi jauh di dalam lubuk hatinya, dia berasa sedikit bangga. Dulu manalah pernah ada perkara begini terjadi kepadanya. Dia hanya mampu melihat sahaja rakan-rakannya yang lain menerima kiriman daripada secret admire.
Ting!
Satu mesej masuk ke dalam telefonnya.
Jangan lupa belikan saya karipap rehat nanti
Ringkas pesanan Noah. Orange mencebik geram, rasanya dia sudah jelaskan sejelas-jelasnya tentang peranannya sebagai maid tapi Noah masih suka hati mengarahnya. Kini, alasannya dia terhutang budi dengan Noah sebab mengubah dirinya.
Ting!
Satu lagu mesej masuk.
Jangan layan sesiapa kalau ada yang menghantar mesej kecuali SAYA. Tell me if anyone give you anything.
Menyebalkan. Orange merungut di dalam hati. Suka hati dialah mahu melayan siapa pun, sibuk sahaja. Geram Orange terhadap lelaki itu kembali bertandang. Tidak sudah-sudah mengawal dirinya.
Ting!
Mesej yang ketiga masuk lagi. Apa lagi yang dia mahu? Orange memarahi dalam hati. Ditambah lagi dengan suasana yang hingar-bingar dan namanya diseru berkali-kali. Mahu sahaja dia menyuruh mereka diam dan jangan menyibuk. Nasib baiklah dia mampu bersabar.
Do you like the bouquet? I hope you like it -Caleb-
Orange menelan air liurnya terdiam. Caleb? Dia yang menghantar bunga tersebut? Lebih penting lagi, bagaimana lelaki tersebut mendapat nombor telefonnya? Bukankah dia sudah menolak cintanya tempoh hari? Tidak berputus asa?
Dia membiarkan mesej Caleb tidak berbalas. Dia memadamnya cepat-cepat. Nanti tidak pasal-pasal Corina atau Noah melihatnya, tidak pasal-pasal Corina heboh lagi dan kalau Noah tidak pasal-pasal dia memarahinya lagi.
But, who cares? Dia dan Noah bukannya ada apa-apa. Mungkin tindakannya sebelum ini menolak Caleb adalah salah. Menyesal? Orange bermonolog sendiri. Tiba-tiba perasaan menyesal timbul di dalam hatinya sebab memadam mesej Caleb tadi, sepatutnya dia menyimpan dahulu nombor tersebut sebelum memadam mesejnya. Bodoh.
"Hei, mengelamun jauh nampak...Fikir Noah atau misteri bouquet tidak bernama?" Corina tersenyum nakal memandang Orange. Orange tidak mempedulikannya, dia pura-pura sibuk mengeluarkan buku dari dalam begnya.
"Pastinya bukan Noah yang menghantarkan...sebab dia nampak innocent. Tapi awak rasa siapa?" Corina tidak habis-habis dengan perasaan ingin tahunya.
"I don't know and i don't want to know." Orange menjawab acuh tidak acuh. Corina mengerutkan dahinya kemudian memalingkan kepalanya ke luar kelas.
"Eh, itu bukan Noah dan Caleb?" Dia bersuara tiba-tiba. "Mereka buat apa di taman belakang? OMG. Macam serius sahaja!" Orange menoleh pantas melihat ke luar. Degupan jantungnya hampir terhenti, melihat Noah mencengkam leher baju Caleb. Ini tidak boleh jadi.
Orange bingkas bangun dari duduknya dan bergegas keluar. Apa yang mereka sedang lakukan? Dia cuba untuk tidak mempedulikannya tapi langkah kakinya laju menuju kearah dua orang lelaki tersebut. Corina yang duduk disebelahnya tergamam seketika dengan tindakan Orange. What happen?
"I said she is mine. Awak boleh tak kalau jangan ganggu dia lagi?" Noah membentak marah, tangannya masih mencengkam kuat kolar baju Caleb. Caleb tersenyum tenang, membiarkan Noah.
"Selagi awak dan Orange tidak ada apa-apa ikatan yang sah, Orange bukan milik siapa-siapa untuk saya tidak berusaha dan berputus asa." Jawapan Caleb tersebut membuatkan marah Noah semakin membara. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia membelasah lelaki tersebut.
"Noah, stop! What are you doing?" Orange yang masih terkapus-kapus pantas menarik tangan Noah agar penumbuknya tidak sampai ke muka Caleb.
"Hi, Orange. Do you like the roses?" Caleb bertanya tenang sambil tersenyum manis.
Orange tergamam seketika memandang Caleb yang seakan tidak mempunyai sebarang perasaan diperlakukan begitu oleh Noah.
"Don't talk to her, Orange. Go back to your class." Noah memberikan arahan. Entah, mengapa ada perasaan seram tiba-tiba muncul di dalam hati Orange. Melihat senyuman Caleb. Something not right, seriously. It creep her. Dia mengundur setapak ke belakang Noah, kalau dulu mungkin dia akan rasa sangat teruja tetapi saat ini tiada rasa teruja langsung. Yang ada hanyalah rasa meremang. Tangannya masih erat memegang tangan Noah.
"Noah, let him go. Lets go back to our class." Suaranya seakan tidak mahu terkeluar. What happen to her?
"I hope you like it, Orange. I'll give you some more if its not enough." Noah yang sudah mahu melepaskan kolar baju Caleb, kembali mencengkamnya erat. Geram dengan lelaki tersebut. Dia sengaja mencabar saya. Noah membentak di dalam hati.
"Noah..."
Orange menarik lagi tangan Noah agar membiarkannya. Noah menarik nafas dalam-dalam sambil menolak tubuh Caleb hingga terdorong ke belakang.
"I warn you, jangan ganggu Orange lagi atau nahas awak saya akan kerjakan!" Dia memberikan amaran kepada Caleb yang masih tenang tidak mempedulikannya. Matanya tertumpu kepada Orange di belakang Noah.
"I'll see you later, Orange. Take care." Ujarnya sambil berlalu pergi. Noah mengetap bibirnya marah tapi dia tahan, dia tidak mahu mengikut perasaan. Setelah beberapa minit bertenang, barulah dia memalingkan tubuhnya kearah Orange yang masih memegang erat lengannya.
"I'm okay now. Awak boleh lepaskan tangan awak tue tapi kalau masih juga nak pegang lama-lama, i okey saja."
Orange yang seakan baru sedar dari lamunannya cepat-cepat melepaskan tangannya. Pipinya merona merah tiba-tiba. Dia sebenarnya tidak menyedari yang dia masih berpaut pada lengan Noah tadi. Perasaan kurang senang dengan senyuman Caleb tadi benar-benar mengganggu fikirannya. Dia hanya tersenyumkan, nothing extraordinary pun. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri.
Noah membongkokkan tubuhnya sedikit, almaklumlah tingginya 185cm dan gadis itu hanyalah 160cm. Dia merenung wajah gadis tersebut seketika tanpa berkata apa-apa kemudian tersenyum.
"Risau juga awak dengan sayakan..." Ujarnya sambil mencubit pipi Orange. Orange cepat-cepat menundukkan kepalanya. Alahai, malu pula! Ingat ini melodrama ke mahu cubit-cubitan segala.
"Nasib baik awak menerpa kearah saya, saya tidak dapat bayangkan kalau awak menerpa kearah Caleb. Saya pasti akan kecewa dan terluka." Noah menambah lagi. Orange diam seribu bahasa, dia tidak mampu mencari kata-kata yang sesuai untuk dia ucapkan. Mahu marah atau risau? Dia tidak dapat membuat keputusan. Sejujurnya? Dia memang risaukan Noah. Untuk meluahkannya? Dia tidak dapat mencari ayat yang paling sesuai agar tidak dikatakan mengada-ngada.
"Okay, i can see Pn.Angel masuk ke dalam kelas awak dah. Go back to your class, jumpa waktu recess nanti." Ujar Noah sambil berlalu balik ke kelasnya. Orange yang terpinga-pinga seakan hilang arah seketika. Dia pergi begitu sahaja? Thats all? Dia kemudiannya cepat-cepat melangkah pergi ke kelasnya dan dia dapat melihat Corina serta rakan sekelasnya yang lain sudah bersiap sedia untuk menyerbunya untuk bertanya pelbagai soalan. Nasib baiklah Pn.Angel sudah bersiap sedia di hadapan untuk menerangkan tugasan mereka yang seterusnya.
Semoga gurunya itu tidak menyedari tentang peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Bukan part dia dengan Noah tapi part Noah dan Caleb hampir bergaduh. Semoga juga rakan-rakan kelasnya yang lain tidak membuka mulut tapi dia tahu kalau hal-hal berkaitan dengan Noah mereka tidak akan berani membocorkan rahsia. Mereka tahu siapa Noah dan apa yang boleh dia lakukan jika dia tidak berkenan orang tersebut. Cari nahas namanya.
Nasib baik jugalah hanya kelas mereka sahaja yang bersebelahan dengan taman tersebut, maknanya rakan kelasnya sahaja yang melihat kejadian tadi. Orange menarik nafas lega.
********
Tengah hari itu, sebelum balik ke rumah Noah dengan mengada-ngadanya meminta agar Orange membelikannya barang di mall. Lagi menyebalkan apabila lelaki itu menyuruhnya pergi seorang diri dan dia pula bersenang-lenang di kereta. Orange pada awalnya berkeras tidak mahu turun akhirnya terpaksa menyerah kalah apabila diugut oleh Noah.
"Why should i go? Perfume awak yang habis, why me? Pergilah beli sendiri." Orange tetap dengan pendiriannya. Dia bertekad untuk tidak mahu mengikut arahan lelaki tersebut.
"I need to call mama. Leceh kalau tengah calling mama, sanalah juga saya kena buat pilihan. I need to concentrate." Orange menjegilkan matanya marah. "Then no need to go. Selepas habis call your mama barulah pergi. Atau kalau malas sangat, tomorrow sajalah or next time." Noah menggeleng tidak mahu. "Susah sangat ke nak faham?" Dia bertanya sambil memandang gadis tersebut serius. "What? Faham apa? You don't have money? Saya boleh pinjamkan." Orange menjawab lurus. Noah menarik nafasnya dalam-dalam, geram dengan Orange yang semakin petah berkata-kata menjawab setiap katanya.
"I want you to choose the best perfume for me."
Orange diam seketika.
"Kenapa? Deria hidu awak ada masalah? Tidak boleh menghidu?"
Kalau tadi tahap geram Noah masih pada tahap 10% sahaja. Kini sudah meningkat secara mendadak kepada 80%. Gadis ini memang bengap atau pura-pura bengap?
Dia sengaja mendekatkan tubuhnya kepada Orange yang duduk di sebelahnya. Orange yang tadi tenang membidas semua kata-katanya, terundur ke pintu kereta. Nasib baiklah ada tombol gear yang menghalang di tengah-tengah. Kalau tidak, sudah pasti dia akan lebih rapat lagi dengan Orange.
Wajah Noah kini tinggal beberapa inci lagi dari muka Orange. Membuatkan Orange dengan pasti dapat merasakan hembusan nafas lelaki itu di wajahnya. Pelbagai jenis bayangan mulai muncul di benak Orange. What if...he kiss me just like in a K-drama? Dia gementar tiba-tiba seperti ada rama-rama yang sedang berlegar-legar di dalam perutnya. Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Menyerah sahaja atau cuba melarikan diri atau menampar lelaki tersebut atau apa?
"Do you want to go or..."
"Okay, i will go!" Orange memotong kata-kata Noah sebelum dia berjaya menghabiskan kata-katanya sambil memejamkan matanya erat-erat. Hampir sahaja tawa Noah pecah melihat tindakan Orange. Tahu takut...Dia kemudiannya mencuit hidung mancung gadis tersebut.
"Now, go..." Noah memberikan arahan kemudian membetulkan duduknya. Puas hati kerana berjaya mengenakan Orange. Namun, tanpa dia sedari degupan jantungnya turut tidak keruan. Dia hampir hilang kawalan sebentar tadi, nasib baiklah dia masih berfikiran waras. Bibir mugil Orange membuatkan dia hampir gila. Luckily, imannya masih kuat dan sedar akan siapa Orange.
Kali ini Orange sudah tidak banyak songeh, dia menurut tanpa berkata apa-apa. Gejolak di dalam hatinya tidak menentu. Apa yang Noah cuba katakan tadi? Kenapa dia takut sangat? Dan bagaimana dia boleh membayangkan Noah akan menciumnya? Oh, that gross. Kemudian terlintas di fikirannya, saat Noah mengucup dahi Elisya tempoh hari. Dia menghentikan langkahnya, hatinya tiba-tiba terasa sakit. Dasar lelaki miang. Dia menyumpah di dalam hati. Marah atau cemburu?
Orange meneliti setiap perfume yang ada di dalam kedai perfume tersebut. Rasanya dia yang akan bakal tidak mampu menghidu tidak lama lagi gara-gara terlalu banyak perfume yang dia hidu. Namun, perfume jenama chanel iaitu Bleu de Chanel itu menarik perhatiannya. Aromanya yang segar membuatkan dia jatuh cinta dengan aroma tersebut.
Dia tidak kisah jika Noah tidak menyukainya. Padan muka. Dia juga yang terhegeh-hegeh menyuruhnya tadi. Yang penting dia mahu lelaki itu membayar duitnya kembali, ingat duit boleh dipetik dari pokok.
"Remember, besok saya datang ambil awak awal pagi." Noah mengingatkan Orange sebelum gadis tersebut turun dari dalam kereta. Orange hanya mengangguk malas untuk menjawab.
Merajuk kerana Noah tidak mempedulikan perfume yang dengan susah payah dia pilih. Ingat senang ke pilih perfume? Dengan pelbagai jenis suggestion daripada promoter yang ada di situ. Terpaksa dia memerah otak untuk memastikan pilihannya itu sesuai dengan citarasa Noah.
"Orange, wait!" Noah menahan Orange yang sudah membuka pintu kereta untuk turun. Orange menoleh memandang Noah, menanti apa lagi arahan Noah yang seterusnya. Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal, kemudian cepat-cepat keluar ke boot keretanya dan perlahan-lahan dia menuju kearah Orange yang setia menanti di tempat duduknya.
"This is for you." Dengan bersahaja Noah menghulurkan sejambak bunga rose merah kepada Orange. Eh, ini bunga yang Caleb beri tadi ke? Orange tertanya-tanya.
"I bought this for you...bunga 'misteri' tadi saya sudah buang. Just in case, awak naik angin nanti sebab bunga 'crush' awak dibuang."
Orange sedikit terkejut mendengar kata-kata Noah. Noah memberikannya bunga? Sungguh? Serius?
"I hope you like it." Noah menyambung kata-katanya tapi matanya meliar memandang kearah lain. Kemudian berlalu masuk kembali ke dalam kereta. Orange tidak mengatakan apa-apa tetapi tangannya memeluk erat jambakan bunga tersebut. Dia sebenarnya terharu dan agak terkejut dengan tindakan Noah sehingga tidak mampu untuk mengucapkan apa-apa.
"See you tomorrow and thank you." Setelah lama menyusun kata-kata barulah Orange dapat mencari kata-kata yang sesuai. Noah cuma mengangkat tangannya tapi tidak menoleh kearag Orange yang sudah berada di luar kereta. Entah mengapa dia tidak mampu untuk memandang gadis tersebut. Malu? Mungkin juga. Xavier pasti akan mentertawakannya jika dia tahu yang dirinya memberikan sejambak bunga kepada Orange.
"I love roses. I hope you will like the perfume that i choose for you too." Selesai dengan kata-katanya, Orange berlalu masuk ke dalam rumah. Dia sempat menoleh sekilas memandang Noah di dalam kereta dan dia pasti yang dia melihat senyuman terukir di wajah lelaki itu. Is he happy? Orange turut tersenyum sendiri.
Telinga Noah merona merah, dia hampir lupa dengan perfume yang dibeli oleh Orange. Pilihan Orange. Dia akan ke sekolah memakai perfume yang di pilih oleh Orange. Mereka sudah seperti sepasang kekasih sebenar. Usaha tangga kejayaan. Noah tersenyum sendiri kemudian menekan pedal minyak keretanya perlahan selepas memastikan Orange selamat masuk ke dalam rumah.