webnovel

Cinderella seorang Putera

Orange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampukah dia melepaskan diri daripada si putera atau The devil? Mampukah dia merealisasikan impian untuk bersama lelaki idamannya.

TheWhiteButterfly · Teenager
Zu wenig Bewertungen
33 Chs

Bab 19 : Closer

Ungkapan maaf tidak mampu untuk menyembuhkan luka dengan serta-merta. Ianya perlu disertai dengan keikhlasan dan kesungguhan.

Jantung Orange berdegup kencang melihat kereta Honda City hitam yang berparkir di luar halaman rumahnya. Dia kenal kereta tersebut. Dia bergegas masuk ke dalam rumah, hatinya tidak tenang. Apa yang dia cuba lakukan di dalam rumahnya? Sudahlah kereta sahaja yang ada. Pemiliknya?

Dari luar pintu, dia dapat mendengar suara mama dan adiknya bercerita dengan penuh semangat. Kadang terselit tawa dari keduanya. Peluh sejuk mulai mengalir di dahinya, apa yang perlu dia lakukan?

"Haa, panjang umur anak gadis mama!" Suara Pn.Amily bergema di ruang tamu apabila melihat Orange masuk. Noah menoleh sekilas, ragu-ragu dan serba salah. "Come and join us, dear. Your 'friend' is here." Ujarnya sambil tersenyum penuh makna.

Orange melirik memandang Noah yang sedang duduk di sofa dengan tenang. Perasaan geramnya bertandang kembali. Suka hati suka badan dia sahaja datang ke rumah tanpa diundang.

"Where are you going? I try to call you so many time." Selina bertanya. Orange hanya tersenyum kecil, tidak menjawab soalan Selina. Bukan dia tidak sedar akan panggilan Selina tetapi dia sengaja tidak menyambutnya. Tidak sangka pula Noah ada di rumah.

"Noah, lets go outside..." Dia mencuit bahu Noah sambil berlalu keluar. Pn.Amily dan Selina saling berpandangan tidak bersuara. Tidak mahu mengganggu pasangan sejoli tersebut. "And don't ever try to peek on us." Orange memberi amaran. Pn.Amily mengangkat tangannya pantas, kononnya mereka tidak akan melakukannya. Kemudian dia memandang Selina dan tersengih faham.

Orange mendahului Noah ke kereta milik Noah. Dia tidak mahu duduk di tempat yang terbuka. Nanti tidak pasal-pasal mama dan adiknya itu akan memasang telinga. Almaklumlah, mereka juga boleh di kira sebagai minah bawang.

Noah membiarkan enjin keretanya hidup, agar dia boleh memasang pendingin hawa dan juga radio. Hal tersebut untuk memastikan keadaan tidak tegang dengan sedikit alunan muzik.

"Kenapa datang ke rumah saya? Kan saya sudah bagitahu, just let me go. You can do whatever you wanna do with my diary. I don't care..." Orange memulakan bicara. Dia geram kerana Noah datang ke rumahnya dan berbual dengan mama serta adiknya tanpa rasa bersalah.

"I'm sorry..." Orange menoleh memandang lekaki itu dan merenungnya tajam. Boleh pula dia menikus, selama ini bukan main lagi dia dengan segala jenis ugutannya. Setahu Orange, Noah bukan seorang yang lembut hatinya.

"If you are sorry then please...jangan ganggu hidup saya lagi." Noah menggeleng pantas lalu memalingkan tubuhnya kearah Orange.

"I can't do that, Orange. I want you. I want you to be mine."

Orange terkesima seketika, dengan sinaran redup lampu jalan dia dapat melihat wajah serius lelaki tersebut. Now, what? Apa lagi jenis permainan yang dia mahu lakukan? Dia ingat saya boleh termakan kata-kata manisnya dengan mudah? Orange tertawa di dalam hati. No.

"Awak tak perlu mahu bergurau atau memasang perangkap lain untuk memperbodohkan saya, Noah. Enough is enough. Just stop it." Noah menggeleng lagi, kali ini dia mencapai tangan Orange dan menggenggamnya erat.

"Saya bukan buat lawak bodoh atau cuba untuk memperbodohkan awak, Orange. I am serious right now. I want you to be my girlfriend. I mean my real girlfriend and not the fake one. Bukan berlakon atau ada tujuan tersembunyi. No." Noah cuba untuk menyakinkan gadis tersebut. Dia tidak tahu, apa lagi yang perlu dia lakukan untuk menyakinkannya. Dia bukannya jenis yang bermulut manis atau tahu bermadah romantik. Sungguh, itu bukan dirinya.

Orange menarik tangannya daripada genggaman Noah. Dia tidak mampu untuk mempercayai lelaki itu lagi. Tidak selepas apa yang dia lakukan kepadanya. Walaupun sebelum ini, Noah tidak pernah mengisytiharkan bahawa mereka adalah couple sebenar. Namun, sebenarnya jauh di dalam lubuk hatinya dia mengatakan bahawa dirinya dan Noah adalah couple secara rasmi. Sebab itulah, dia sanggup menurut segala arahan dan kemahuan Noah walaupun kononnya dia memberontak. Lurusnya kamu Orange.

Kenaifannya dan kurangnya pengalaman membuatkan dia benar-benar meletakkan kepercayaan secara penuh kepada Noah. Dia tidak menyangka pula yang Noah akan menyakiti hatinya menggunakan wanita lain. Hatinya terluka. Dia tidak menyangka yang luka yang dia alami rupanya begitu dalam sekali.

"Look, Orange...Apa pun yang berlaku pada malam itu. Itu semua lakonan semata-mata. Its not real. Trust me." Noah mencuba lagi. Dia benar-benar ingin gadis tersebut memberikannya satu lagi peluang.

"Berikan saya sedikit ruang untuk berfikir, Noah. Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam masa yang singkat. Biarkan saya buat masa ini. Saya benar-benar tidak mampu untuk membuat sebarang keputusan." Hanya itu yang mampu Orange katakan. Dia benar-benar butuh dengan perasaannya saat itu.

Setelah beberapa minit keadaan sunyi senyap, Noah dengan fikirannya dan Orange dengan bingungnya, Noah memecahkan keheningan.

"Okay, saya tidak akan ganggu awak sehinggalah awak mampu memaafkan saya dan menerima saya. Tapi...saya ada satu permintaan. Atau dua atau..."

Orange menjegilkan matanya memandang Noah. Noah tersengih seperti kerang busuk.

"Emm...saya mahu awak tetap makan dengan saya waktu rehat. No, excuse." Orange mengerutkan dahinya. Eh, boleh pula dia masih memberikan arahan kepadanya tetapi dia mendiamkan diri, membiarkan Noah menyambung lagi kata-katanya. " Waktu pagi dan pulang, saya akan menjemput awak seperti biasa. Also, no excuse." Orange mulai geram, apa bezanya dengan sebelum ini? "Last but not least, awak tidak boleh rapat dengan mana-mana lelaki. Especially, Caleb."

Orange tidak tahu, adakah lelaki itu faham dengan maksudnya untuk membiarkannya dan tidak mengganggu dirinya atau pura-pura tidak faham. Perlukah dia menerangkan lagi dalam bahasa yang lain?

"Consider sebagai balasan kepada saya kerana mengubah diri awak menjadi Orange yang baru." Melihat wajah Orange yang was-was, Noah cuba untuk menjelaskan justifikasinya. Orange masih berdiam diri.

Balasan sebab mengubah dirinya? Apa kes? Dia ingat dia sahaja yang mampu mengubah dirinya?

Namun, bila difikirkan kembali. Familynya sudah bersama dengan dia sejak dia lahir tetapi dia tetap dengan Orange yang pelik. Begitu juga dengan Corina yang merangkap the only friend she has since birth (tidak termasuk mama, papa dan adiknya). Pelbagai cara mereka telah lakukan tetapi dia masih kekal dengan sikapnya yang pemalu tahap gaban dan tahap keyakinan yang sangat rendah.

Noah, hanya dengan sekali strike sahaja. Dia sudah mulai mengubah sedikit demi sedikit sikap dan penampilannya.

Orange menarik nafas dalam-dalam. Kalau dia menerima syarat Noah, adakah itu adalah satu keputusan yang rasional dan terbaik? Jikalau dia menolak?

Kenapa perlu setiap jalan hidupnya menjadi semakin complicated dari hari ke hari?

"Okay. Accepted." Mahu tidak mahu, Orange terpaksa mengiyakannya dan seperti biasa, bila dia sudah membuat keputusan barulah dia menyesal sendiri.

Noah tersenyum lebar, laju sahaja tangannya mencapai tangan Orange lalu mengucupnya dengan excited.

"Hei !"

Orange menarik tangannya itu terkejut dengan tindakan Noah.

"Ops, sorry! Over reacted. I'm so sorry..." Noah meminta maaf. Apa yang awak fikirkan Noah? Boleh pula awak bertindak demikian. Ingat Orange seperti gadis-gadis yang lain? Mudah sahaja di sentuh tanpa batasan? Macam mana kalau dia tarik kembali kata-katanya? Bukan mudah dia mampu memujuk sedikit hati gadis tersebut. Walaupun belum 100% tapi dia percaya, tidak lama lagi Orange akan memaafkannya dan menerima dirinya.

"Boleh saya makan malam bersama keluarga awak malam ini?" Noah bertanya, bukan apa. Cuma dia tidak berteman di rumahnya saat ini. Bosan juga jika asyik makan sendirian sahaja. Sudahlah sendirian, menu pun sama sahaja setiap hari iaitu Maggie cup cuma perisanya berbeza-beza. Kadang maggie laksa, kadang maggie kari dan kadang maggie tomyam.

"No. Just go home and eat at your home." Orange menjawab tegas. Noah menarik nafas berat, baru sahaja dia mahu membayangkan ayam kari dan sayur tumis serta ikan goreng yang dimasak oleh Pn.Amily tadi.

"But i'm alone at home. Nobody cook for me." Dia mencuba nasib lagi. Orange menggeleng tetap dengan pendiriannya.

"Please...saya akan makan dengan senyap. Lagi pun, kata orang tua-tua. Tidak baik bila kita sudah diajak makan tapi tidak dituruti. Boleh kempunan." Noah memberikan alasan lain. Orange memandang ke luar tingkap. Okay, dia semakin mengada-ngada. Saya perlu menghentikannya sebelum semakin melarat.

Namun, belum sempat Orange mahu menjawab dan memberikan alasan yang kukuh. Kelihatan Pn.Amily berlari anak keluar dari dalam rumah dan menuju kearah mereka.

Noah menurunkan cermin tingkap di sebelah Orange.

"Jangan balik terus, okay. Come inside. Lets eat together, mama awak di luar negara kan. Kesian pula nanti awak makan seorang diri di rumah. Auntie masak lebih daripada cukup tadi. Orange, bring him inside." Selesai dengan kata-katanya, Pn.Amily kembali masuk ke dalam rumah. Orange terkedu, kalau mamanya sudah memberikan arahan. Dia tidak boleh melawan lagi, dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membawa Noah makan malam bersama mereka. Dia menoleh memandang Noah yang kelihatan sungguh gembira.

Tepat pada waktunya. Noah tersenyum riang. Orange di sebelah pula berwajah masam mencuka. Nasib baiklah, Pn.Amily muncul sebelum dia beredar balik.

"See, auntie ask me again. Apa lagi yang boleh saya katakan? Tidak baik menolak rezeki, apa lagi kalau rezeki di rumah bakal 'mentua'." Ujar Noah sambil mematikan enjin kereta dan keluar. Orange mencebik geram. Why mama?why?

"Come on...makanan tidak sedap bila sudah sejuk. Lagi pun tidak baik membiarkan auntie and Selina menunggu lama." Noah membukakan pintu Orange. Walaupun hatinya berat tetapi Orange terpaksa keluar dan membiarkan Noah mendahuluinya masuk ke dalam rumah.

Kenapa dia dapat rasakan yang tempoh tunjuk perasaannya dengan Noah sudah tamat? Termasuklah syarat-syarat yang dikemukakan oleh Noah sebentar tadi, mereka seperti kembali ke masa lalu sebelum dia bertekad untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Noah lagi.

********

Setelah menghantar Noah ke keretanya (selepas dipaksa oleh mamanya) Orange membantu mamanya untuk mengemas meja. Tadi, Noah menawarkan diri untuk membantu dengan mencuci piring-piring yang telah digunakan tetapi Pn.Amily berkeras untuk melarangnya. Kalau ikutkan hati Orange mahu sahaja dia membiarkan Noah mengemas semuanya. Namun, oleh kerana mamanya yang membuat keputusan. Tidak pasal-pasal dia pula yang terpaksa melakukan semua kerja. Seperti biasa, Selina dengan tugasnya untuk mengelap meja sahaja. Easy.

"Orange, mama nampak Noah tue baik orangnya. Awak perlu layan dia baik-baik. Tidak banyak anak muda sekarang yang boleh bersikap rendah diri dan bergaul dengan orang tua tanpa masalah. Mama likes him." Hampir pecah tawa Orange mendengar pujian mamanya. Baik? Rendah diri? Wth. Biar betul apa yang dia dengar sebentar tadi.

"Dia seperti papa awak waktu muda dahulu. Gentlemen." Pn.Amily menambah lagi. Orange tidak menjawab, dia tahu kalau dia memburuk-burukkan Noah saat itu, sudah pasti dia yang akan menjadi mangsa dibebel mamanya. Benda yang paling tidak masuk akal adalah mamanya menyamakan Noah dan papanya. Jauh panggang dari api.

"Next time, ajak dia datang lagi makan bersama kita. Especially, when your papa balik dari Out-station. Mama akan masak makanan kegemaran dia. Lupa pula mama tanya tadi, awak tanya Noah nanti, okay. Kalau boleh, ajak mama dia sekali datang pun boleh." Orange menjeling memandang Pn.Amily. Seriously? Apa juga yang mereka bualkan sebelum kedatangannya tadi sampai beria sangat mamanya menyukai Noah.

"Mama...we just friend, okay. Tidak lebih dari itu. Tidak payahlah mahu jemput makan segala, dengan mamanya pula tue. Mereka bukan tidak boleh makan sendiri di rumah pun." Giliran Pn.Amily pula menjeling tajam kearah Orange.

"Orange Esmeralda Philip." kecut perut Orange mendengar nama penuhnya disebut. Dia salah cakap ke? Bila Pn.Amily sudah memanggil nama penuh mereka bermakna dia benar-benar marah dan itu bukan perkara yang selalu terjadi.

"Apa yang mama selalu cakap dengan Orange? Hormat orang lain, be good. Supaya orang lain juga baik dengan kita. Faham...jangan malukan mama dengan sikap kamu seperti tadi. Mama bukan saja-saja berhenti dari karier mama untuk menjadi suri rumah. Mama mahu awak dan Selina membesar dengan baik dan disegani masyarakat dengan sifat yang baik-baik. Sebab itulah, mama mengasuh dan membesarkan kamu berdua sendiri tanpa mengharapkan orang lain." Pn.Amily memberikan nasihat panjang lebar. Orange mengangguk akur, itulah siapa suruh celupar sungguh mulut. Tidak pasal-pasal mendengar ceramah sambil mencuci piring. Ini semua salah Noah. Kalau bukan kerana lelaki itu dia tidak akan dibebel oleh mamanya. Oleh itu, Pn.Amily tidak habis-habis membebel sehinggalah semua kerja mereka selesai.