webnovel

Bab 5 (Akhir)

Bab 5

Jenazah Fatin dan juga Jessy sudah diuruskan sebaik-baiknya dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing. Amira dan Zara memerhati dua kenderaan yang membawa jenazah sahabat-sahabatnya itu pergi. Air mata menitik laju. Esakkan dari Zara meruntun hati mereka-mereka yang melihat.

"Selamat jalan sahabat" ucap Amira perlahan. Air mata yang mengalir diseka.

"Kematian itu pasti. Sudah sampai janji mereka kepada penciptanya. Begitu juga kita. Cuma, kita tak pasti bilakah giliran kita menyusul mereka" perlahan sahaja suara Taj. Tapi cukup jelas untuk didengari Amira dan juga Zara.

Amira hanya berdiam diri. Zara pula terus menaiki tangga rumah Ustaz Rahil.

"Mira, sekejap lagi tunang aku datang nak jemput. Kau nak ikut sekali?" Soal Zara tiba-tiba.

Amira mengangguk kemudian dia menghampiri Ustaz Rahil dan juga Taj yang berada di beranda rumah.

"Ustaz, saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi membantu saya dan kawan-kawan saya. Kalau tak ada Ustaz dan Taj, tak tahulah apa akan jadi dengan kami berdua"

"Mira, pertolongan pakcik bukannya mengharapkan balasan. Ini kewajipan. Tanggungjawab untuk menyelamatkan manusia lain dari kejahatan dan kesesatan. Kami semua lega kerana kami laksanakan amanah kami" balas Ustaz Rahil panjang lebar.

"Ya Mira. Kami bantu kamu ikhlas. Usahlah difikirkan lagi hal itu. Semuanya sudah selesai. Dan satu sahaja kami mahu ingatkan.. jangan kamu anggap ianya satu bebanan atau masalah pada kamu. Ianya adalah anugerah Allah buat kamu. Maka kamu sepatutnya bersyukur kerana kamu adalah insan yang terpilih. Allah mungkin punya alasan mengapa DIA memilih kamu dan bukannya orang lain. Bantulah insan lain dengan kelebihan yang Allah berikan itu, semoga ianya mendatangkan manfaat buat yang lain. Ingat ya, Mira"

Kata-kata itu begitu dalam di hati Amira. Dari umurnya 5 tahun dia sudah mendapat anugerah itu. Berpunca ketika dia mengalami demam panas yang teruk. Sejak itu dia menganggap dirinya manusia aneh dan sering bersendirian. Bermain tanpa teman. Hanya seorang sahaja temannya iaitu Nini. Teman khayalan yang selalu ibunya sebut-sebutkan. Apabila menginjak dewasa, kehidupan yang dilalui Amira lebih mencabar. Dia di pulaukan kerana anugerah itu dan di gelar penipu sehinggalah Amira berpindah dan bertukar sekolah. Di sekolah baru itulah dia menemui Fatin, Zara dan juga Jessy. Pertemanan mereka kekal sehingga kini. Namun, anugerah itu hanya Fatin sahaja yang tahu dan sekarang giliran Zara pula yang mengetahui rahsia dirinya.

Dari arah jalan raya, masuk sebuah kereta berwarna hitam. Zara melangkah keluar dari pintu utama membawa dua buah luggage dan sebuah bag galas.

"Amira, Naim dah sampai tu. Jom kita pergi"

"Apa pun, terima kasih untuk semuanya Ustaz. Semoga kita berjumpa lagi jika diizinkan Allah." Ujar Amira sambil tersenyum dan bingkas bangun dari silanya. Dia mengambil alih bag pakaiannya lalu turun ke bawah.

Di dalam perjalanan pulang ke Muar, fikiran Amira asyik teringat akan dua sahabatnya. Rindu mencengkam sanubarinya ketika ini dan sekali lagi, matanya basah kerana air mata.

"Semoga persahabatan kita ini terjalin terus sehingga ke syurga. Tunggu kami di sana ya" bisik hati kecilnya.. " Sebak..

Hari di mana Jessy di bunuh..

Jessy mengikuti langkah Jasmin dari belakang menuju ke bilik wanita itu.

Pintu dibuka perlahan. Jasmin memberi laluan untuk Jessy masuk ke dalam terlebih dahulu. Bau busuk tiba-tiba sahaja muncul dan ianya semakin kuat. Sesekali Jessy menggosok-gosokkan hidungnya kerana tidak tahan dengan bau yang menusuk.

"Apa yang bau busuk sangat ni? Macam bau benda reput. Ada kucing mati ke?" Soal Jessy tanpa menoleh ke belakang. Dia meneruskan langkahnya lebih jauh ke dalam.

Soalan Jessy tidak berjawab dan dibiarkan sepi.

"Nak minum?" Soal Jasmin.

"Kenapa gelap sangat ni?" Tanya Jessy lagi. Matanya pula meliar ke segenap ruang. Walaupun dalam keadaan gelap. Jessy masih lagi nampak walaupun pandangannya agak terbatas. Di hadapan matanya ada beberapa batang lilin yang berdiri di atas sebuah meja bersama dengan beberapa objek yang tidak dapat dipastikan apa.

Jessy bangun dari tempat duduknya dan perlahan berjalan menghampiri meja tersebut.

Dengan bantuan lilin yang ada, Jessy dapat melihat sedikit apa yang ada di atas meja tersebut.

"Tengkorak?" Sebutnya perlahan.

"Ya..tengkorak. tengkorak untuk aku lakukan pemujaan. Salah satu barangan yang menjadi pelengkap ritual aku." Beritahu Jasmin sambil tersenyum sinis.

"Kau..apa yang kau puja? Untuk apa?" Jessy mula menjauhkan diri. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepadanya.

"Untuk keabadian. Kecantikkan dan kemudaan yang mutlak. Kau tahu kenapa aku jemput kau datang ke bilik aku malam ni? Untuk aku jadikan korban. Aku perlukan darah kau dan aku perlu jadikan kau santapan untuk makhluk yang aku pelihara. Tapi kau jangan takut, kau takkan merasa sakit sedikit pjun kerana Aku akan lakukannya dengan sepantas yang boleh."

"Apa? Maknanya aku?" Terbuntang mata Jessy setelah mengetahui niat jahat Jasmin terhadapnya. Jessy berusaha untuk melarikan diri. Tetapi dia merasa kakinya amat berat untuk melangkah. Di cuba berkali-kali, masih juga gagal.

"Tolonglah jangan bunuh aku. Aku merayu.. tolong jangan" air matanya merembes laju. Wajahnya pula sudah dibasahi keringat. Kedua tapak tangannya di satukan untuk merayu belas ihsan dari Jasmin.

Wanita itu hanya ketawa melihat ketakutan mangsanya. Rayulah macam mana sekali pun gadis itu tetap akan dibunuh. Takdirnya sudah ditentukan.

"Tolong jangan.. aku masih mahu hidup. Lepaskan aku." Kaki Jasmin di sentuh dan dicium. Jessy sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa menyembah. Asalkan dia di lepaskan. Tetapi malangnya rayuan Jessy cuma sia-sia.

Jasmin mengangkat parangnya yang tajam lalu di hayun dengan pantas.

"Zzzaaappppp!" Tepat di batang leher Jessy. Bergolek-golek kepala itu di lantai.

Darah memancut-mancut ke serata ruang. Jasmin mengangkat kepala Jessy lalu darah yang menitik di dihalakan ke dalam mulutnya. Rasanya nikmat tidak terhingga. Lalu kepala Jessy di campak sahaja ke lantai usai darahnya di hirup kering.

Tubuh Jessy di tarik lalu dengan menggunakan tenaganya yang tidak setanding tenaga wanita biasa, dia menggantung tubuh Jessy secara terbalik dengan kaki di atas. Kemudian, sebiji mangkuk di letak betul di bawah tubuh itu untuk menadah darah yang sedang mengalir. Setelah mangkuk pertama penuh, mangkuk kedua pula menyusul.

"Ini untuk kau! Minumlah sepuas-puasnya. Selepas ni aku perlukan jasadnya untuk aku puja bersama dengan darah pertama. Aku mahu keluar dan uruskan yang lain. Malam ini adalah malam bertuah kita" ujar Jasmin sambil tertawa. Senyuman sinisnya tersungging dihujung bibir.

Satu makhluk kecil berkepala botak dengan wajah cengkung menyeringai dihadapan Jasmin mempamerkan barisan gigi-giginya kecil yang tajam.makhluk itu terus sahaja menelan mangkuk yang penuh berisi darah Jessy. Lidahnya yang panjang dan bercabang rakus menjilat seluruh mangkuk tersebut.

"Nikmatilah santapan mu.. hahahaha"

Tamat