webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · Teenager
Zu wenig Bewertungen
60 Chs

Bab 48

Banyak benda yang di rahsia.

Banyak yang ingin di perkata.

Tapi hanya berdiam.

Memilih untuk pendam.

Tak siapa faham.

Teringin untuk meluahkan.

Adakah takut?

Seperti tiada hak untuk bersuara.

Hanya diam tundukkan kepala.

-Tasya-

***

Ayahnya mula menggeledar satu bilik. Habis semua barang disepahkan.

"Ayah jangan!" Amaran Tasya tak di endahkan. Ayah mula mencari di almari baju. Di situ dia terjumpa satu kotak kecil bewarna putih. Satu-satunya tempat di mana Tasya menyimpan separuh dari gajinya di situ. Ayahnya tersenyum lebar melihat duit tersebut.

"Ni ape?! Kau ingat aku ni bodoh ke?!" Marah ayahnya bila Tasya menyembunyikan duit yang diminta olehnya.

"Jangan ayah... tu jek duit yang Tasya ade..." Tasya cuba mengambil duitnya kembali.

"Aaargghh! Kau boleh cari yang lainkan." Tasya di tolak kuat. Badan belakangnya terhentak oleh bucu meja akibat tolakkan ayahnya tadi. Satu-satunya harapan yang dia ada dengan duit tersebut. Dia sudah membuat keputusan untuk melarikan diri dari rumah puaka tersebut. Tapi tanpa duit itu, dia tak akan ke mana-mana melainkan perlu bekerja keras semula dari awal.

Tasya menangis memeluk tubuh. Memikirkan nasibnya tak sebaik orang lain.

Sejak sekolah lagi, Tasya sudah pun bekerja sambilan demi hidupnya sendiri. Dia tidak mahu lagi tinggal bersama keluarganya. Hari-hari hanya bertengkar dan memeras ugut. Kalau bukan ayahnya yang meminta duit, mak Tasya pula yang akan meminta duit darinya. Jika tak di beri, nyawa menjadi taruhan.

Kedua orang tuanya tidak pernah berfikir tentang anaknya Tasya. Mereka hanya mahukan kebebasan dengan berfoya-foya di luar. Malah sepanjang Tasya berada di rumah, mereka menganggap sebagai orang asing sahaja. Kadang-kadang ayahnya membawa perempuan lain masuk ke rumah. Kadang-kadang maknya pula yang membawa lelaki yang tak undang ke rumah.

Bila berbincang soal penceraian. Masing-masing berebut tentang Tasya. Mereka masing-masing inginkan Tasya untuk tinggal bersamanya. Itu sebenarnya bukanlah di sebabkan sayang terhadap anak. Tapi mereka inginkan Tasya sebagai orang gaji sahaja. Mereka inginkan Tasya bekerja mengerah tenaga untuk memberi duit kepada mereka.

Malah Tasya pernah di ugut oleh ayahnya untuk di jual pada tauke tempat judi kerana gagal melunaskan hutang. Tetapi Tasya jugalah yang menyelesaikan semua hutang ayahnya. Dari situlah ayahnya memikirkan yang Tasya berguna untuk dirinya demi menyelamatkan poket yang kehausan.

***

Tia termenung seketika. Memikirkan apa yang di katakan oleh Tasya. Betul ke dia dah tak kisah tentang aku? Perlahan-lahan air mata Tia mengalir. Terasa dirinya tidak mahu pulang. Kalau boleh dia ingin menetapkan dirinya di sini.

Hujan mula turun membasahi Pantai cenang. Tia bangun dan berdiri di luar untuk seketika waktu. Merasakan hujan menitis di tapak tangan membuatkan hatinya terlalu dekat dengan Zafril. Teringat dia satu puisi yang pernah di karang oleh dirinya sendiri.

'Hujan di febuari.

Menghulurkan tangan merasakan tititsan hujan.

Pertaman kali kami bertentangan.

'Hujan di febuari,

Lalu menghembuskan angin sebagai penambah rasa,

Titisan hujan turut terasa,

Dan terjadilah saat pertama kali bertentangan.

Tunduk.

Di bulan febuari kau tunjulkan diri,

Kami sama-sama mengenali,

kadang kau hilangkan diri,

Tetapi aku setia menanti.

Hujan di febuari,

Aku labelkan kau sebagai febuari,

Selalu muncul saat turunnya hujan,

Selalu membuatku tak keruan,

Ia berlaku pada setiap detik,

Ketika hujan di febuari.'

Itulah satu-satunya puisi untuk Zafril yang pernah Tia tulis. Labelkan Zafril sebagai febuari kerana bulan itu jugalah dia mula mengenali Zafril. Lalu hujan pula, saat pertama kali mereka saling bertentangan mata dan mula mengusik hati.

terlalu indah perasaan ketika itu. Hati mula tak keruan. Setiap masa jantung berdegup kencang. Tetapi di sebabkan perasaan itu jugalah kini berubah menjadi penderitaan.

Tia mula berdiri di tengah hujan yang semakin lebat. Menangis sambil di iringi titisan hujan. Menjerit di sambut dengan dentuman guruh.

"Mungkin ini kali terakhir aku labelkan kau sebagai hujan di febuari."