webnovel

Liu Hao dan para pemain lain melihat nyawa Elementalist jatuh mendadak. Mereka tidak perlu mendengar jeritan He Ming untuk mengetahui yang situasi tidak kelihatan baik. Biarpun pasukan mereka ada Cleric, He Ming tidak berada pada jarak yang boleh dijampi, jadi Cleric tidak boleh berbuat apa-apa.

Untuk menjampi ilmu penyembuhan, Cleric bukan sahaja perlu berada berdekatan dengan sasaran, sasaran juga perlu berada dalam jarak pandangan Cleric. Ketika ini, He Ming telah dipisahkan oleh dinding dan tidak dapat dilihat oleh mereka. Zhang Jiaxin merenung dengan mata yang terbeliak tetapi tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian. Mendengarkan arahan Liu Hao, mereka bertiga keluar dari bangunan secepat yang boleh. Sebaik sahaja mereka sampai ke bumbung, ikon He Ming telah berubah menjadi warna kelabu. Ini menandakan dia telah mati.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com