webnovel

Chapter 17 : Berbaik

Setelah selesai makan. Kami pun bersiap untuk keluar di bilik masing-masing.

*****

Aku menunggu Melisa di ruang tamu. Biasalah orang perempuan kan selalunya siap lambat. Aku dengan sabar menunggunya.

*****

"Dah you. Jom!" Ajaknya dengan semangat.

Kami pun gerak. Sesampainya di sana. Melisa betul-betul shopping. Banyak betul dia berlanja sampai nipis dompet aku. Tiba-tiba kami terserempak dengan Lyana bersama kawannya.

"Eh Ly. Kau buat apa kat sini?" Tanya aku sambil melihat Melisa yang memandang Lyana tidak puas hati. Alamak...jangan diorang gaduh kat sini dah la. Malu aku nanti.

"Aku saja keluar shopping dengan Diana. Kenalkan ni Diana. Diana....ni suami kitorang Adrian. Ni pula Melisa....madu aku." Jawabnya dan terus kenalkan kami dengan Diana.

"Ouh. Hai korang. Saya Diana, panggil Dian je." Diana memperkenalkan diri.

"Hai." Balas Melisa pendek.

"Saya Adrian. Ni isteri pertama saya Melisa. Lyana pula isteri kedua saya." Jawab aku sambil melihat Melisa sedang menahan marah.

"You apa khabar mel?" Tanya Lyana dengan santai kepada Melisa.

"Baik." Balasnya pendek.

"Mel jangan la marah I. I dengan Adrian akan bercerai tak lama lagi. Nanti dia jadi la milik Mel sepenuhnya. Hubungan kami nanti macam abang dan adik je. Lagipun kami lebih sesuai jadi adik beradik daripada suami isteri." Katanya dengan santai seperti tiada apa-apa yang serius.

"Ouh. Ok" Balas Melisa sepatah-sepatah dengan muka yang kembali ceria.

"Ni dah alang-alang jumpa. Apa kata kita makan sama-sama." Kata aku mengajak mereka makan bersama.

"Ly ok je. Melisa la ok ke tak? Kalau tak ok kitorang pergi dulu. Takut ganggu korang pulak." Jawab Lyana.

"Eh ok je. Jom la makan sama-sama." Melisa jawab dengan mesra.

Kami pun pergi ke restoran yang berdekatan. Sebaik sahaja sampai kami pun order makanan yang hendak di makan.

*****

"Ly betul ke nak cerai dengan Adrian?" Tanya Melisa.

"Ye betul Mel. Ly tak sanggup la tengok Adrian asyik fikir pasal Mel. Dia tak bahagia dengan I." Jawab Lyana.

"So, bila korang akan sah bercerai?" Tanya Melisa lagi.

"In shaa Allah..." Jawab Lyana belum habis cakap.

"Sayang! Dah-dah la pasal cerai. Kita makan dulu eh sayang. Bab cerai kita letak tepi dulu. Sekarang kita makan dulu. I dah lapar ni." Kata aku.

"You ni kan." Kata Melisa sambil mencubit aku.

"Aw. Sakit lah sayang." Kata aku sambil tertawa.

"Ish ish ish kau ni yan. Mengada betul." Kata Lyana sambil menggelengkan kepala.

Kami pun makan sambil berborak. Punyalah leka kami berborak sampai tak perasan hari dah semakin gelap. Kami masing-masing pun pulang ke rumah masing-masing.

*****

Setibanya di rumah, aku membuat permintaan pada Melisa.

"Sayang! Kita tidur sama-sama harini eh." Kata aku meminta pada Melisa.

"Jangan nak mengada. You tidur bilik you. I tidur bilik I. Kan you sendiri yang nak macam tu." Balasnya.

"Ala itu dulu la sayang. Sekarang lain." Kata aku.

"Oh ye?" Balasnya dengan mengangkat kening sebelah.

"Boleh eh sayang. Lagipun sayang tak nak ke bermadu kasih dengan abang. Harini first time tau sayang dapat em em dengan abang. Sayang tak nak ke. Abang akan buat dengan lembut je kat sayang." Kata aku dengan menggoda Melisa.

"Suka hati you la." Jawabnya dengan senyum-senyum malu.

Kami pun masuk ke dalam rumah dan bilik masing-masing. Aku mandi dan setelah selesai mandi aku pergi ke ruang tamu untuk menonton tv. Tiba-tiba Melisa mencium pipi aku semasa aku sedang menonton tv.

"Kenapa ni sayang?" Tanya aku.

"Takde apa. Ini first time I cium you. Kalau sebelum ni you tak bagi langsung. Jangan katakan cium. Nak duduk dekat pun susah." Jawabnya.

"Ala kesian sayang. Meh sini duduk kat abang." Kata aku sambil menarik lengannya. Lalu dia pun duduk di sebelah aku sambil memeluk aku. Kami pun menonton tv bersama-sama.

*****

Hari menunjukkan jam 9 malam. Tiba-tiba bibik datang mendekati kami.

"Tuan, puan. Makanan sudah siap." Kata bibik.

"Ok bik. Terima kasih. Bibik dah makan?" Jawab aku lalu bertanya.

"Sudah tuan. Kalau tak ada apa-apa lagi. Saya nak masuk tidur dulu." Katanya.

"Ok bik. Terima kasih. Malam ni biar kami basuh pinggan. Bibik tidur je dulu. Mesti penat bekerja seharian." Kata Melisa.

Kami pun segera makan dan setelah selesai makan kami membasuh pinggan bersama-sama.

*****

Melisa masuk ke dalam biliknya bersiap untuk tidur. Aku menutup lampu di bilik aku lalu masuk ke dalam bilik isteri aku. Aku melihat Melisa mengenakan lingerie. Sepertinya dia sedang menggoda aku.

"Wanginya sayang." Kata aku menggodanya.

"Takdelah wangi sangat. Dah jom tidur." Ajaknya macam terlupa sesuatu perkara penting.

"Sayang lupa ke. Malam ni abang nak jalankan tanggungjawab abang." Aku berbisik padanya. Dia pun tersenyum lalu menarik tangan aku.

"Sayang tak lupa. Abang buat sayang dengan lembut tau. Malam ni kita enjoy sampai puas. Kalau abang tak puas bagitahu sayang. Sayang nak abang puas dengan sayang malam ni." Katanya lalu mencium aku.

Kami pun berciuman lalu dengan tenang kami bermadu kasih pada malam ini.

BERSAMBUNG...