webnovel

Chapter 8

Masa kini,

Hospital Besar Kuala Kangsar,

 

BIASAN CAHAYA dari lampu LED menerangi waktu malam yang menyilaukan itu, telah mengejutkan dirinya dari alam mimpi. Garisan kedutan di dahinya, yang membentuk lapisan garis yang berkerut-kerut terbentuk, disebabkan cahaya lampu yang membolosi pandangannya. Bibirnya mengumam dengan rungutan.

"Ibu..?!"

Mata Puan Zahrah, yang masih tertutup kedua-duanya, terjaga. Terkedip-kedip matanya sebelum memalingkan wajahnya ke arah lain, ke sisinya. Suara yang kedengaran di pendengaran, membuatkan dia ingin tahu siapakah yang memanggilnya.

Adakah anak-anaknya, Ainaa dan Sofea sudah pulang?

Tetapi, sakit kepalanya, kembali terasa di antara dua matanya. Berdenyut-denyut tak berhenti. Ada kalanya, sakitnya itu dirasakan semakin kuat mencengkam urat kepalanya. Matanya, cuba dibuka perlahan. Mencari pemanggil yang memanggil namanya.

"Ibu...!" Panggilan yang didengarinya, berterusan memanggilnya. Namun, sebaik matanya dapat dibuka sepenuhnya. Pandangannya menjadi, bergerutu dan kelabu. Berkerut-kerut otot di sekeliling matanya bertekanan, mengecam kelibat yang memanggilnya. Daya yang tak berkudrat itu hanya, mampu merenung jasad yang berdiri di sampingnya. Dia masih terlantar kaku di atas tilam.

Setelah diamati lama, suara pemanggil. Harapannya berkecai. Perasaan sebak, menempel tangkai hatinya. Dia kecewa. Tetapi, dia tetap berusaha untuk bereaksi tenang, memujuk hatinya sendiri.

"Nak.." Panggil Puan Zahrah, mengiringkan tubuhnya. Supaya dirinya senang untuk berbicara walau dalam pandangan, dia tidak dapat mengenal pasti orang yang berada di sisinya.

Bukan sekali dua, matanya kabur tidak dapat mengecam orang. Tanda-tanda yang dia dapat adalah disebabkan penyakit migrain. Penyakitnya itu makin terasa saat, setelah dia kehilangan anak-anaknya.

"Ibu, mujur Kak Hasnah ada waktu ibu pitam. Kenapa ibu balik rumah sana, tak ajak saya." ujar Waziff, kesal. Tangan ibu mentuanya, dielus dalam pengangannya.

Puan Zahrah tersenyum, cuma.

Harapannya yang mengunung, untuk bertemu semula dengan anaknya yang hilang terasa berkecai, apabila suara menantu yang kedengaran. Tetapi, hatinya tersentuh dengan kerelaan hati menantunya itu yang mahu menemaninya ke rumah agam itu sedangkan rumah itulah, Ammar mulai jatuh sakit. Dia tidak mahu menantunya itu, jatuh sakit lagi.

"Kamu masih dalam rawatan. Ibu, tak nak susahkan kamu. Lagipun, ibu risau kalau ada apa-apa yang berlaku pada kamu pula." balas Puan Zahrah, panjang. Dia cuba mendudukkan dirinya, sambil dibantu Waziff.

"Kamu tahukan, apa sebabnya ibu pindah keluar." sambungnya. Bahu menantunya, ditepuk lembut layaknya sebagai seorang ibu. Waziff tidak menjawab, kerna ibunya telah beritahunya asbab-asbab mereka pindah keluar.

"Ibu..kalau nak pergi sana. Sekurang-kurangnya bawalah teman. Tadi, doktor ada pesan. Banyakkan rehat, dan jangan stres-stres. Macam mana dahi ibu luka macam ini." Waziff mengeleng. Air putih yang dibeli, di kantin hospital dituang ke dalam gelas. Lalu, dihulur kepada Puan Zahrah.

Huluran anaknya, diambil. Kemudian gelas berisi air putih itu diteguk perlahan-lahan. Tekak yang kering, terasa dingin buat seketika. Puan Zahrah, melebarkan senyuman. Menenangkan dirinya. Matanya dikatup perlahan. Merehatkan diri, dalam keadaan dia bersandar.

Waziff, bangun lalu membetulkan katil ibunya. Manaikkan posisi katil, supaya Puan Zahrah dapat berehat dengan lebih selesa. Usai sahaja, dia kembali duduk bersebelahan ibunya.

Telefon pintar, yang baru dibeli oleh Puan Zahrah. Dibuka. Sengihannya, menghiasi bibirnya tatkala permainan yang dimain di dalam aplikasi telefonnya meraih kemenangan. Dan ada ketika, dahi luasnya berkerut-kerut ketika dia mengalami kekalahan. Nampak keseronokkan di raut wajahnya sehingga dia tidak sedar, dua kuntuman bunga mawar berada di atas meja di hadapan katil Puan Zahrah.

"Waziff..kamu beli bunga untuk ibu?" dua kuntuman bunga, berlainan warna itu, di raih dari jauh. Agak terkial-kial dia mengambilnya, apabila dia tidak dapat bergerak bebas. Penglihatannya sudah jelas, setelah emosinya tenang. Mungkin, penglihatannya kabur disebabkan tekanan yang di hadapinya.

Bunga mawar hitam dan mawar putih itu, diambil. Lantas, wajah anaknya dipandang. "Apa maksud dua bunga ini?"

Waziff yang terpinga-pinga, mengeleng sebagai jawapan. "Tak..Siapa punya?" tanyanya pula

"Ada dia atas meja ini. Bukan kamu yang beli?" Puan Zahrah juga kehairanan. Dua kuntuman yang menarik perhatian itu, diberikan kepada menantunya.

"Bunga ros dua warna, hitam dan putih. Hitam adalah kematian, dan putih adalah kelahiran." suara yang mencelah, menarik perhatian dua beranak.

Pudar wajah Zahra. Matanya dikelipkan agar dia dapat melihat gerangan yang bersuara. "Kenapa ros hitam membawa maksud kematian?? Apa salahnya warna itu? Kenapa..kenapa…" Soal Puan Zahrah tidak senang. Air matanya merembes tanpa sedar.

"Ibu??" Kalut Waziff memujuk ibunya.

"Maaf??" Suara yang mencelah, terkejut.

"Maaf, maaf." Waziff menunduk pada pesakit di katil sebelah. "Ibu saya sensitif sikit. Maaf, ya." Utaranya, dengan senyuman nipis. Ibunya dipujuk lembut. Puan Zahrah tenggelam dalam emosinya. Kehilangan anaknya, masih memberi kesan padanya. Walau dia cuba berpura-pura di hadapan menantunya. Hakikatnya, dia tak mampu.

Anak-anaknya itu hilang. Kedua-duanya sekali dan jika mati sekalipun anaknya. Mana jasad mereka? Mana mayat mereka?? Ini, kubur yang tiada jasad. Mengapa!! Mengapa dia diuji seperti ini. Ya Allah!! Hati Zahra merintih. Di bahu menantunya, dilepaskan tangisannya.

Mungkin…tak. Bunkan mungkin, tetapi Insya-Allah. Insya-Allah mereka berdua akan pulang ke pangkuannya dengan selamat. Panjatnya di dalam hati.

 

Bersambung...