webnovel

Chapter 88

Di kawasan hutan belantara-malam.

Tdunghkk!! Ada sesuatu yang terjatuh dan tergolek ke atas lantai batu itu. Disebabkan bunyi yang kuat itu, Ainaa tersedar dari pitamnya.

Bau busuk, terus menerobos hingga wanita muda itu muntah air. Dia segera menahan nafas, dan tidak lama. Dia kembali mual apabila bau busuk itu menerpa. Dadanya yang perit, kesan dari ditumbuk Danish mulai terasa sakit. Matanya meliar dalam suasana gelap.

Aina cuba-cuba menbayangkan tempat dia dikurung. Mungkim, ianya di satu ruangan lama di sebuah bilik yang terletak agak terpisah di bangunan utama. Dengan pokok kayu hutan dan lalang tinggi yang tumbuh di kawasan itu telah menghalang bahagian runtuhan dinding yang telah runtuh sebahagiannya.

Ianya secara sengaja memilih kawasan itu untuk menghindari orang kampung yang lalu atau pada sesiapa yang mahu menjenguk ke arah dalam atau yang bagi sesiapa terperangkap di dalam untuk melihat ke arah luar. Bahkan, ianya mungkin mustahil untuk mereka tahu jika berkemungkinan ada orang yang terperangkap ke dalam bangunan kecil itu yang pada asalnya adalah binaan sebuah stor penyimpanan barang.

Waktu dia terjaga. Hari sudah malam.

Bunyi unggas kedengaran kuat seolah-olah malam berlalu tanpa masalah. Angin malam yang dingin, dapat dirasa dari celahan runtuhan dan sapaan daun yang menyisir. Pada orang biasa, tempat itu menakutkan jika bersendiri di waktu malam,  di tengah-tengah hutan. Tempat yang tidak di lalui manusia kecuali haiwan liar. Tetapi, pada Ainaa. Ianya tidaklah mendatangkan kegerunan padanya. Cuma, dia merasa lelah. Tidak makan dan minum seharian. Badannya dipukul dan diseret sehingga lebam hingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Yang menakutkan baginya, lelaki seperti Danish ini terlepas bergitu sahaja.

Sejak dia tekad untuk mencari dalang dari buatan pujaan seseorang. Dia sudah tahu, bayarannya. Nyawa!

Badannya yang berlecak dengan peluh, berdebu dan kotor itu terasa nyaman angin malam menerpa walau sesekali denyut lebam dan kesan tumbukkan dapat dirasakan memerit. Terlalu sedikit cahaya yang terbias masuk. Bahkan matanya yang membengkak itu tak dapat menyesuaikan pandangannya dari memerhati jelas ruangan dia berada.

Ainaa cuba mendudukkan diri dan mengesot tubuhnya yang melenguh dan pengal akibat dirinya yang tidak banyak bergerak. Dengan kudrat yang masih meniti nyawa, ingatannya teraih pada kelakuan Danish.

Sikap lelaki muda itu, sukar sekali dia meramal. Cuma,  adalah sekali dia menaruh syak wasangka pada lelaki itu. Sebab sangkaan utamanya adalah Rafael. Rupa-rupanya, sangkaan itu meleset. Saudara kembarnya itu, adalah kambing hitam.

"Uhh!! " Nyamuk yang semakin aktif terutamanya di waktu malam dalam menyerbu mangsa-mangsa mereka membuatkan Ainaa mengeluh dan terpaksa mengelak serangga itu menggunakan bahagian anggota tubuhnya yang lain, kerana kaki dan tangannya yang masih terikat. Ianya menyukarkan dia untuk lari dari serangan serangga itu. Anggota tubuhnya masih menjadi sasaran buat pencuri darah yang menempel pada tubuhnya yang kotor.

Derita itu terpaksa ditempuhnya, tanpa dia sendiri rela.

Ainaa mengeluh lagi. Bau busuk masih tak hilang, seperti menempel di lubang hidungnya. Sedari awal, sebaik sahaja dia tersedar. Dia sudah terganggu dengan bau busuk yang meloyarkan itu. Tetapi, apa yang mampu dia buat kecuali terima sahaja. Apa pilihan yang dia ada. Kerana bau busuk itu, dia terpaksa sesekali menahan nafasnya dari terus menghidu bau tengik memasuki ruang nafasnya. 

Kawasan yang gelap dan pengap itu, menyukarkan dia untuk mengamati ruangan sekeliling. Sehingga sukar dia menduga mana datang bau busuk yang menganggu sistem pernafasannya itu. Bangkaikah? Adakah lelaki itu sanggup membunuh orang?

Darahnya menyirap. Belakang tengkuknya, berpeluh dingin. Kelibat Danish kali ini tidak kelihatan di mana-mana. Mungkin barangkali, lelaki itu keluar memburu adiknya! Lantas, bayangan dua wanita itu datang, menghambat rasa kerisauan padanya. Jika adiknya ditangkap, maka semua solusi yang dia harapkan akan musnah bergitu sahaja. Sekiranya dia seorang sahaja yang ditangkap, dia tak perlu risau. Dia masih mempunyai harapan untuk selamat.

Dalam kegelapan yang pekat itu. Dia cuba mengedipkan matanya membiasakan pandangannya namun, dia masih tidak mampu melihat apa-apa. Tiada biasan cahaya yang masuk ke dalam ruangan itu. Terlalu gelap, hitam pekat. Seperti dia duduk di dalam kotak hitam. Dadanya berombak, diserbu dengan sedikit ketakutan.

Nafasnya deras dan otaknya ligat memikirkan hal yang bersalahan. Jika tadi, dia mampu menyindir sinis lelaki itu. Namun, kali ini dia terasa dirinya dimakan kegelapan sedikit demi sedikit dan ketakutan perlahan-lahan menengelamkannya ke dasar. Dadanya terasa sesak. Nafasnya berat!

Jangan!! Jangan! Aku masih perlu..aku masih perlu!

 "Bangsat!!" 

Ainaa tersentak. Mengigil tubuhnya hingga badannya melurut ke sisi. Tengkingan Danish membuatkan semangatnya seperti terbang dan terhapus.

"Bangsat!!! "

Marah Danish seperti amarak api yang membakar. "Engkau kata mereka bakar semua azimat itu, tadi!"

Satu cahaya merah hitam seperti bebola api yang terbakar, berpusing-pusing dan terapung di udara di keliling Danish. Lelaki yang marak dengan api kemarahan itu, menendang apa sahaja di kelilingnya. Wajahnya bengis.

"Siapa ketuanya!"

Ainaa yang lemah di atas lantai simen kotor itu, memerhati tingkah Danish dari jauh. Seperti ada sesuatu yang membuatkan lelaki itu marah besar.

"Zahra!" Danish memaling wajahnya ke arah Ainaa. Anak mata hitamnya penuh, merenung tajam ke arah Ainaa. "Bangsat!! Anak celaka! " Danish menghayun kakinya ke arah Ainaa. Rambut wanita itu ditarik kasar.

"Arghhh!! "Ainaa mengerang sakit. Sakit yang lama masih terasa berdenyut-denyut sakit. Kini, rambutnya direntap kasar. Dia juga terkejut, tatkala nama ibunya terungkap.

Danish mencerlung ke arah Ainaa. "Aku akan gunakan adik kau sebagai korban pemujaan. Kau lihat sana!" unjuk Danish, memaksa Ainaa melihat ke arah satu sudut di ruangan bangunan itu. Matanya membuntang, lalu tanpa semena-mena dia memuntahkan isi perutnya.

Beberapa anggota tubuh manusia yang tergantung, telah membusuk. Ada beberapa tulang dan tengkorak serta beberapa cebisan daging yang tercerai, jatuh ke atas lantai. Berulat dan membusuk sehingga dia tak mampu menahan loyar di tekaknya. Jika dia dapat meneka baunya, adalah bangkai. Tetapi, saat Danish menceritakan hal sebenar. Bau busuk itu tak mampu ditahannya sehingga dia memuntahkan isi perutnya.

"Haish!!" Danish melepaskan pengangannnya serta merta. Tanpa ditahan-tahan dia melepaskan suara ketawanya yang terbahak-bahak. Seolah-olah geli hati melihat Ainaa yang terkejut dengan anggota tubuh manusia yang tergantung di sudut ruangan itu.

"Kau pembunuh.. " bergetar suara Ainaa.

Lelaki di hadapannya itu seperti tak gerun dengan azab Allah. Dosa membunuh, balasannya dasyat di sisi Allah dan jika di bawa ke pengadilan pun. Kemungkinan lelaki ini akan di jatuhkan hukuman mati.

Danish ketawa galak. Selepas reda tawanya, dia memisat air matanya yang meleleh kerana ketawa yang kuat. "Kau ingat tak budak kecil yang comel itu...,yang kecoh satu negara. Hilang di tasik itu. Kau ingatkan dia. Itu badan dia. Kalau kau hiduplah nanti. Kalaulah.. Jangan lupa, angkut mayatnya." tawa Danish seakan gurauan yang tak henti. "Itupun,  kalau kau hidup." sambungnya dengan tawa yang tak bersisa.

Terdiam Ainaa seketika. Bergenang air matanya. Dengan pandangan yang agak terbatas, sudut itu direnung seketika. Dadanya berombak, diasak rasa marah dan dendam. "Aku.." bibirnya mengigil. "Aku akan bunuh kau walaupun aku dah mati!" pekiknya, memandang Danish dengan amarah yang meluap-luap. Darahnya mengelegak untuk menghabiskan riwayat lelaki di hadapannya. "Aku bunuh kau binatang!"

Danish senyum sinis. Ketawanya tadi, hilang. "Kau yakin, dapat bunuh aku?"

Bersambung...