TAHUN 1989 - Pernampakkan wajah sebenar dari bangsa jin itu telah mendatangkan rasa takut dan gerun pada hati Zafran. Bagaimana tidaknya, apabila Jahil telah mengubahkan dirinya daripada bayangan wanita muda yang mempunyai paras jelita kepada wanita tua berwajah buruk, badannya bungkuk seperti nenek tua dan ianya berbau hamis bangkai binatang yang mati. Sekilas sahaja, Zafran merasa loya.
Pada bentuk mukanya yang Panjang dan berdagu tajam, ada kesan besar parut kulit yang mengelupas dan terbakar. Rupanya yang jelas-jelas buruk itu memiliki bentuk matanya yang cekil, sepet dan memanjang. Kedua-duanya cengkung ke dalam sehingga nampak bentuk tengkorak kepala dan tulang pipinya yang timbul. Malah, kedua-dua matanya itu merah menjala umpama darah, dan kelihatan hampir terjojol keluar. Sukar untuk dia menjelaskan satu persatu dengan bayangan tak dapat digambarkan dengan logik mata manusia.
Sangat-sangat buruk!
Buruk dan baunya yang meloyakan anak tekak. Rasa nak memuntahkan isi perutnya. Gambarannya seperti mayat yang hidup. Bakan, anak lidahnya yang panjangnya menyamai paras tangan terjelir keluar dengan bibirnya yang nipis melebar hingga ke cuping telinga. Ada loceng kecil dan besar tergantung-gantung di telinganya. Telinganya yang berbentuk seperti daun panjang, menyerong ke luar. Rambutnya jarang-jarang dan nipis di bahagian atas kepala. Panjang mengurai hingga ke kaki lantai.
Baunya yang sudah cukup busuk, dan saat dihembus nafasnya ke muka. Berbau daging mayat yang telah lama. Adakala seperti bau telur termelang.
Zafran yang loya, dan hampir memuntahkan isi perutnya berhenti bernafas. Dia terus memalingkan wajahnya ke sisi dari berdepan memandang rupa asal si jahil yang sedang berada tepat di hadapannya. Spontan gerakkannya itu. Matanya terus dipejam rapat. Bau yang dihembus Jahil, si bangsa di alam ngaib itu benar-benar busuk!
Bergemuruh jiwanya. Hanya Allah sahaja tahu, perasaannya kini. Dia cuba merangkul rasa ketakutannya, yang mengeluarkan sifat asalnya sebagai manusia dan hamba Allah. Dia akui, bahawa dia sedang ketakutan walaupun takut, hanyalah pada Allah. Ketakutan itu nyata, saat berdepan dengan mahkluk dari bangsa alam sana.
Perasaan takutnya, yang cuba di kawal seboleh mungkin walaupun ianya perlahan-lahan menjalar dan mula memakan keberaniannya sedikit demi sedikit. Sekuat mana, atau seberani manalah dia apabila berlawan dengan mahkluk di alam satu lagi yang mampu menjelma dan menghilang. Dia juga ketakutan. Jauh dari jangkauan penglihatan batas seorang manusia di alam nyata. Terasa dirinya, terkapar-kapar di atas daratan mencari kekuatan sendiri. Ketika jni, dia hanya mampu memohon kekuatan Sang Pencipta.
Ya..Allah yang menguasi langit dan bumi.
Jahil sengih dan ketawa nyaring dan terbang melayang-layang di udara tatkala Zafran tampak ketakutan di hadapannya. Kehebatan dan keangkuhannya itu, disorak dengan tawanya yang nyaring. Baginya, bangsa manusia bangsa yang rendah martabatanya kerana lemah dan tidak kuat.
Anak berusia belasan tahun itu, berani mencabar kehebatannya. Jika tidak kerana kehadiran Zafran, pasti dia sudah dapat mengoda manusia syirik yang sedang memuja-mujanya supaya terus berada dalam kesesatan. Dilemparkan matanya itu, ke arah Amin yang bangga dengan kejayaannya.
Bodoh!!
"Allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyụm. Lā ta`khużuhụ sinatuw wa lā na`ụm. Lahụ mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ." Bibir Zafran mengumam perlahan. Suaranya,tidak kedengaran namun mampu membuatkan bangsa dari alam sana berpaling memandang ke arahnya dengan riak wajah yang bengis.
Jahil memaling, terkejut. Dia yang sedang melayang-layang di udara, mulai menlayang tidak tentu arah. Dia dapat merasa kulitnya meriding dan kepanasan seperti percikkan halus dari bunga api. Terbakar kulitnya dengan kesakitannya yang kian terasa. Matanya yang berdarah itu, mencerlung tajam ke arah Zafran. Lalu, matanya melingas ke arah Amin yang membongkak dunia memerhati dirinya. Jika dia berputus asa, lelaki syirik itu akan merendah-rendahkan dirinya.
"Kau!!!!!" suaranya nyaring memekik. Apabila seluruh tubuhnya dirasakan membahang. Zafran tidak berhenti. Dia meneruskan bacaan ayatul kursi.
Lehernya tiba-tiba dirangkul dengan keras oleh dua tangan ngaib. Zafran yang membuka mata, berasa sukar bernafas, tetapi kalini dia tidak berhenti. Semakin sempit kerongkong pernafasannya, semakin tekad dia mahu menghabiskan kalimat dari Al-Quran. Bagai ada satu semangat yang membakar dalam jiwanya. Andai sebentar tadi, dia diselimuti rasa ketakutan. Kini, dia terasa dirinya di bakar dengan rasa kekuatan yang luar biasa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang ada di bumi dan di dalam hati manusia. Sesungguhnya Dia Allah, Penakluk dan Raja pada ciptaanNya.
"Panas!!!!!!!!!!!!!" Di baris terakhir, Jahil yang sudah tidak mampu melawan kekuasaan Sang Penguasa Alam, telah menghilang dengan pekikkan nyaring. Berkepul-kepul asap, keluar dan berterbangan di atas udara malam. Ianya busuk!
Zafran jatuh terduduk di atas tanah basah. Mengigil kakinya, hingga dia tak mampu berdiri buat seketika. Mata putihnya hampir kelihatan, dan tona warna kulit di kawasan tengkuknya mula menampakkan kesan-kesan lebam. Tercungap-cungap dia seketika mengambil nyawanya.
Amin mencerlung pandangannya di satu sudut, jauh di belakang Zafran. Kelibat yang sama, masih memandangnya. Baju seragam Melayu itu, sangat menyerlah dengan tengkolok di atas kepala. Kelibat itu, tidak pernah luput dari ingatannya. Bahkan, hatinya di jentik sedikit ketakutan. Amaran dari lelaki itu, di ingatinya dengan jelas.
"Kau juga syirik!!" marahnya pada Zafran.
Zafran memandang Amin dengan wajah yang keliru. Apa tanggapan kawannya itu hingga mengelarkan dirinya syirik. Dia tidak bergantung, selain dari Allah. Apa fitnah yang cuba di tabur oleh Amin, terhadapnya. Kudratnya kini, rasa melumpuh. Dia tak mampu untuk berdiri, dan hanya dapat melihat Amin dari jauhyang mulai mengatur langkah ke arahnya.
"Jikalau dari awal, kau bagi tahu aku yang kau menggunakan jin macam aku. Kita boleh lawan, siapa yang paling kuat."
Zafran yang mendengar setiap bait yang dilontarkan kepadanya, mula di sapa baran. Membahang hatinya apabila ditunduh menyirikkan Allah. Satu-satu perkara yang dia sangat menjaga, adalah tidak menyekutukan Allah. Dadanya terasa terbakar. Jika dia dapat, melayangkan penumbuknya pada Amin. Ya! Dia mahu, melayangkannya dengan sekeras mungkin. Kakinya yang lemah, tak menghalangnya untuk bangun. Dia mengagahkan diri, dengan tenaganya yang lemah. "Kau nak lawan, dan tengok siapa paling kuat?"
"Kau takut??!" cabar Amin.
Zafran menarik nafasnya dalam. Bergetar hatinya, saat dia melihat kea rah Amin. Bukan kerana takut. Tetapi lelaki ini sudah terlalu sesat dari jalan yang benar. Kawannya itu, semakin terpesong dari akidah yang betul. Mencari kekuatan pada bangsa yang di cipta oleh Allah, adalah kekuatan yang sia-sia. Sesungguhnya kuasa dan kekuatan yang kuat, datangnya dari Allah. Meminta pertolongan selain dari Allah, adalah perbuatan syirik dan terkutuk.
"Aku berlindung dari kesesatan yang nyata. Yang paling kuat itu, Allah." Tegas, bicaranya pada Amin.
"Jangan ceramah aku. Kau pun bawa kawan." unjuk Amin di belakang Zafran.
Zafran menoleh ke belakang. Terkejut pada kata-kata kawannya. Namun, dia tidak melihat apa-apa di dalam lautan hutan yang gelap gelita. Hanya mereka berdua sahaja dalam hutan tebal ini. Dahinya berkerut, dan raut wajahnya tegang. Dia memandang Amin yang berpeluk tubuh, yang telah di rangkul perasaan angkuh dan bongkak. Iblis yang dilaknat Allah, adalah kerana sombong dan bongkak pada perintah Allah.
"Aku hanya punya Allah. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah." rasa takut, pada pemilik nyawanya, masih menjentik hatinya untuk tunduk dan taat pada Allah Azza Ajwalla.
Amin yang tegak berdiri, berundur selangkah. "Kau siapa?!!"
Zafran yang tenggelam dalam bahtera imannya, menoleh ke kiri dan ke kanan apabila melihat rakannya itu ketakutan dan tak tentu arah. Reaksi Amin yang memekik nyaring membuatkan dia mencari-cari siapa kawannya itu sedang bercakap. Namun, sekilas dia mengalih mencari kelibat yang dimaksudkan. Amin sudah terkapai-kapai di atas udara. Tergantung-gantung tinggi dengan muka pucat kebiruan.
"Allah!!"
Zafran terpana, dan dia terus mendapatkan Amin yang mencapai tangan ke arahnya meminta bantuan. Langkah kakinya panjang, mendapatkan Amin. Walau sekeras mana Amin, menghina dan bertindak tidak peduli saat dia kehabisan nyawa seketika tadi. Tetapi, dia tidak tegar membiarkan Amin berenggang nyawa. Masih ada harapan buat rakannya itu bertaubat dan kembali ke dalam Islam.
"Aku beri peluang akhir. Balik dan jangan kembali ke sini. Jika tidak, akan aku buru nyawamu dan nyawa anak keturunanmu..."
Meremang bulu ruma di tengkuk Zafran saat kalimat itu melintas di pendengarannya apabila dia menyambut Amin yang bergantungan di udara yang sudah tidak sedarkan diri di atas tanah. Lafas istigfar dan ayatul kursi di baca berulang kali. Pesanan itu, bukan untuknya. Tetapi untuk Amin.
...
MASA KINI- Zahra yang mula sedar, cuba membuka pandangannya. Matanya masih kabur, dan kepalanya masih berdendung. Perlahan-lahan dia cuba menjelaskan pandangannya.
"Ara?? kau okey, tak?" Mendengar pertanyaan sahabat baiknya, Nabiela.
Zahra menganggukkan kepalanya. Tangan sahabatnya, membelai rambutnya yang tidak hijab yang tersarung. "Mana Zaff??"
"Suami kau dah pergi jumpa dengan ustaz. Apabila kau tak sedar-sedar dari tadi. Tangan kau yang luka itupun, dia yang balutkan." Ujar Nabielah, menunjukkan tangan Zahra yang terluka. Zahra tersenyum nipis. Dia bangun, menyandar pada dinding surau aspuri. Nabiela juga menyandar, tidak jauh dari sahabatnya. Sunyi seketika. "Wei, kau nak dengar cerita pasal sepuluh mayat yang mereka cakap, di tanam di bawah suaru ini?"
"Ouh..Erm, bolehlah."
"Ceritanya.."
Bersambung…