Kampung Rambai Tujuh-Waktu semasa,
"Assalamualaikum.." Ammar memberi salam, sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah. Enjin motor yang masih panas, dimatikan lalu ditolak ke bawah rumah. Dia berlalu ke beranda dapur. Masuk ke dalam. Kasut selipar jepun yang disarungnya, berbintik-bintik warna kuning, ditanggalkan sebelum menapak masuk ke dalam rumah.
Puan Zahrah yang berada di ruang tamu, segera menjawab salam. Lantas, badan tuanya bergerak ke dapur. "Kamu pergi mana, Waziff?" tanyanya dari atas tangga. Dengar sahaja suara menantunya yang baru sahaja pulang, dia bergegas turun ke bawah menuruni anak tangga ke ruang dapur.
Sebelum menantunya balik, dia sudah siap memasak. Lama juga dinantinya. Apabila dia menghubungi menantunya itu, panggilannya tak berangkat. Risau juga dia, kalau-kalau apa-apa berlaku pada Ammar. Itu satu-satunya anak yang tinggal uuntuk memberikan dia kekuatan bagi meneruskan kehidupan. Hadirnya Ammar Waziff, pada ketika dia kehilangan dua permata serentak. Membuatkan jiwanya sedikit terubat. Kini, menantunya itulah penawar dan racun.
"Pergi pekan, tadi." Gelas plastik, yang tergantung di para dapur, diambil. Lalu dituangkan air putih ke dalamnya, sebelum diteguk hingga habis. Dia minum dalam keadaan berdiri. Jika nak katakan dia dahaga, baru sahaja minum cendol di pekan tadi.
Puan Zahrah menepuk belakang anaknya, lalu mengangkat tudung saji. Lauk yang dimasaknya, sudah hampir dingin. "Mak masak lauk gulai tauchu. Waziff, dah makan ke belum? Kalau belum, ibu panaskan lauk." Tanya Puan Zahrah.
Ammar mengeleng. "Belum. Sedapnya..ibu dah makan ke belum? Jangan tunggu Waziff. Kalau ibu nak makan. Makan sahaja dulu." kata Ammar. Tidak mahu membuat ibu mentuanya terasa jika dia mengatakan iya.
Anggapnya sahaja laksa tadi sebagai makanan pembuka selera. Lauk yang dimasak ibu mentuanya, hanya seperkara. Lalu di tuang semula ke dalam periuk dan dipanaskan di atas dapur. Puan Zahrah, tidak mengeleng mahupun mengangguk. Dia terus bergerak ke periuk nasi elektrik. "Eh, ibu. Biar Waziff cedok sendiri." Pinggan yang berada di tangan ibunya, diambil dengan segera. Lalu dicedokkan nasi ke dalam dua pinggan.
"Ibu tunggu Waziff balik. Seronok, makan sama-sama." Jawab Puan Zahrah, setelah pinggan yang berada di tangannya, sudah beralih ke tangan Ammar Waziff. Tak berhenti disitu, Puan Zahrah membawa cerek air yang kosong, diisikan dengan air paip. Lalu dibawa ke atas dapur gas. Ditegek. Sementara itu, tangannya ligat mengambil teko berwarna gangsa. Dibubuhnya uncang teh dan gula.
"Ya Allah ibu, biar Waziff buat. Ibu duduk." Gesa Ammar, tatkala ibu mentuanya ligat pula membancuh air minuman. "Puan Zahrah senyum nipis. Kelibatnya, dihalang oleh menantunya itu.
"Tak apa, ibu dah buatkan pun." Ulah Puan Zahrah. Sempat juga, dia mengambil dua cawan kecil dan tin susu di dalam peti sejuk. Ammar, tak mampu nak berkata apa. Ibu mentuanya cekap, melakukan kerja-kerjanya. Terkadang, terkejar-kejar juga dia membantu ibunya itu.
Puan Zahrah, mengambil duduk seketika. " Ibu ada call Waziff tadi, tak berangkat." Tanya Puan Zahrah, sekadar menyoal.
Ammar menoleh, seraya mengangguk. "Telefon Waziff rosak." Telepon pintar itu, dibawa keluar dari poket seluarnya. Diletakkan di atas meja, dihadapan Puan Zahrah.
"Ya, Allah..Macam mana boleh jadi macam ini? Rosak teruk, ini. Tak beli baru?" Tanya Puan Zahrah. Telepon nipis itu, ditelek lama. Skrin hadapan retak, langsung tak bernyala walau disentuh berkali-kali.
Ammar mengeleng. "Tak, sayang nak tukar. Telefon itu banyak kenangan dengan Sofea" Ammar menoleh, pandangannya terus dilemparkan pada ibu mentuanya. Puan Zahrah mengangguk perlahan. Walaupun, masing-masing sudah meredakan kehilangan dua insan yang bermakna buat mereka. Kenangan yang masih ada, sukar diluputkan dalam ingatan. "Maaf, ibu." Tutur Ammar lembut. Dia datang menghampiri Puan Zahrah. Dipegang tangan si ibu, dalam keadaan dia duduk bertingung di kaki ibu mentuanya. Berat hatinya untuk dia reda.
Bahkan rindunya, kian menebal di hati sukar diungkapkan. Hanya Allah yang Maha Mengerti.
Puan Zahrah menepuk belakang Ammar. Diusapnya kepala menantunya. "Ibu faham. Waziff tak payah nak minta maaf. Ibu pun sama. Ibu minta maaf, ya." Ujar Puan Zahrah. Alangkah baiknya, jika Ammar berkahwin lagi. Umur, masih muda. Masih belum terlambat untuk mendapat zuriat. Tambah pula, lelaki tiada had atau limit seperti perempuan.
"Waziff..waziff, tak ada sesiapa yang berkenan di hati?" usul Puan Zahrah. Ammar Waziff, mendongak ke atas. Bangun seketika. Dia berdiri tegak. Matanya, melingas ke arah dapur gas. Tumpuannya, lebih fokus pada lauk yang dipanaskan.
"Maksud mak?" Soal Ammar semula. Ammar bergerak menghampiri lauk yang dipanaskan di dalam periuk. Dikacau seketika dengan senduk kayu. Cerek yang sudahpun menjerit nyaring, cepat-cepat ditutupnya. Lalu, dituangkan air panas ke dalam teko yang diambil Puan Zahrah sebentar tadi.
"Mak rasa, sudah tiba masanya kamu mengantikan langsir baru." Kias Puan Zahrah. Risau juga dia, kalau ujarannya boleh melukakan hati menantunya. Lagipula, sampai bila. Ammar mahu hidup bersendirian.
Ammar sengih kecil. Lauk yang sudah panas, dicedok ke dalam mangkuk. Air yang dibancuhnya, di bawa ke atas meja. Dia menarik kerusi yang berdekatan, mengambil tempat di sebelah ibu mentuanya.
"Biarlah langsir lama mak. Saya masih belum bersedia nak gantikannya. Dia, cukup bagi saya." Jawab Ammar Waziff, selembut yang boleh. Dia tak mahu berdalih. Sememangnya, dia tak mahu berkias panjang. Dia tahu, naluri seorang ibu. Mahukan anak-anak mereka bahagia.
Tapi, apakan dayanya. Kenangan dia dengan isterinya, Sofea. Tak boleh diganti dengan begitu mudah. Biarlah kata orang, kalau dia dikatakan setia tak mengira tempat. Setianya, amat bernilai pada isterinya dan juga pada dirinya.
Hanya Sofea seorang sahaja yang mampu bertahta di hatinya.
Bersambung..