2013-Kuala Kangsar.
TUBUH seseorang, tergolek dan melayang jatuh melalui jasadku. Aku yang tegak kaku, cuba mematungkan diri. Tegak tidak berkutik. Kerna takut akan lembaga yang menghantui kami tika ini.
Namun, saat aku dapat merasakan seseorang yang lain itu adalah adikku dan kelihatan sudah terkulai di hujung sana. Aku menjadi marah. Aku menjadi berani.
Aku yang dikuasai ketakutan, mula menjadi berani. Saat ini, tiada satu pun yang aku harapkan kecuali keyakinanku yang tinggi terhadap Allah. Aku marah!! aku yakin Allah ada denganku tika ini.
Tambahan pula, sewaktu mata ini cuba ku tutup sebelum ini sebenarnya, telah melihat jasad yang tersembunyi yang menolak adikku. Mukanya bulat dengan kedua biji mata yang besar dan bulat serta pucat. Senyum lebar merenung anak mataku.
Aku bingkas bangun. Bergerak dengan kekuatan keyakinanku pada Allah. Tiada yang kuat selain Allah, yang aku minta pertolongan.
"Kau!!! tak akan terlepas!! Syaitan lahanat!!" pekikku sambil jari menunding ke satu sudut.
Lembaga itu muncul dengan sengihan yang melebar. Tekun memandangku. Dia tahu, aku dapaat melihatnya.
Aku tidak berundur. Aku majukan diri ke hadapan. Marahku meluap-luap. Mataku terjegil, tepat merenungnya. Seperti kerasukkan dengan amarah sendiri. Keyakinanku kian meningkat dan meningkat. Sesungguhnya, kekuatan baru itu datangnya dari Ilahi. "Allahhu...Akhbar!!" hatiku bersuara lantang. Tidak mulutku bersuara.
Seperti dikawal. Lidahku ditutup dan dikawal agar tidak melafaskan bait kalimah agung. Aku menjadi baran. Tidak peduli walau tika ini, tubuhku sudah digengam dari jauh hingga hunjung jariku sahaja yang mencecah lantai. Badanku dicengkam naik mendongak.
Aku masih tidak peduli. Kalimah itu, mesti dihamburkan pada lembaga tak guna itu agar mati hangus terbakar.
Ainaa terjaga!! "Allahhu Akhbar!" Mengigil-gigil tubuhnya, dikuasai marah. Jantungnya, dirasuk debaran yang kuat. Matanya melingas ke sekeliling. Setiap ruang yang dia berada kini, adalah bilik tidurnya.
Teringat dia tentang semalam, mereka berdua telah disahkan pulih dan telah dibenarkan keluar dari hospital. Disebabkan itu, mereka membuat keputusan untuk balik ke kampung. Disebabkan, ibunya berkeras untuk meneruskan rawatan dengan ustaz muda. Dia terpaksa akur.
Ainaa bangun, lalu turun dari katil. Ruang biliknya, masih sama walaupun sudah lama dia tidak pulang ke rumah agam yang merupakan rumah pusaka turun temurun.
"Ainaa..ibu, nak bincang sesuatu." Ainaa berpaling. Ibunya, yang berada di muka pintu menegur. "Turun, ke bawah." tambahnya, sebelum dia beranjak pergi dari bilik anaknya. Semalaman dia tak boleh tidur, memikirkan hal yang terjadi dengan anaknya. Berat badannya turun mendadak, malah tidurnya tak lena. Apa yang berlaku, sebenarnya? Dia ingin tahu.
Bersambung...