Masa Kini- imbas kembali
GELAK tawa yang kedengaran di dalam pondok, tidak menimbulkan pertanyaan pada insan yang berada di luar. Petang yang suram dan siang beransur gelap, langsung tak menakutkan gadis berkulit hitam manis yang sedang berehat di tengah hutan. Tidak terfikir akan haiwan dan binatang yang mampu menganggu ketenangan mereka.
Avienna lebih senang membiarkan kebisingan di dalam pondok, tanpa mengambil tahu apa-apa. Bunyi unggas jua, yang dinikmati dengan senang. Selang beberapa ketika, Ainaa keluar dengan rengusan yang panjang. Tampak rias wajahnya itu muram dan terselit kekecewaan. Sekali imbas, dia dapat membaca riak sahabatnya.
"Vienn..kau rasa, patut ke aku bawa dia balik?" tanya Ainaa. Walaupun sebelum ini, dia beriya-iya mencari adik kembarnya. Namun, niatnya kian ragu-ragu dengan situasi yang terjadi.
"Kau dah datang sini. Kau nak balik macam itu, sahaja. Come on..mana Ainaa yang bersemangat, yang aku kenal?? kau tak boleh, mengalah. Kau kena kuat!!" pujuk Avienna.
"Tapi...aku tengok, dia macam bahagia duduk disini. Kau rasa...aku perlu bawa dia juga?" tanya Ainaa, masih menyoal. Hatinya dibalut rasa serba salah.
"Ainaa, kalau kau tak bawa dia balik. Kau tak akan tahu, kenapa blog tu bawa tragedi pada kau orang. Sampai bila, kau orang berdua perlu hidup macam perlarian??" Avienna cuba, memberi nasihat. Semoga, sahabatnya itu tidak menyesal.
"Vienn...kau sendiri lihat. Depan mata kau.Aku tak nak memaksa." ujarnya dengan keluhan yang kuat. " Dahlah..biarlah dia. Aku tak mahu, ganggu hidup dia. Dia dah bahagia."
Avienna bangun, lantas dia datang mendekati sahabatnya. Ainaa yang sedang berdiri, seakan merelakan dirinya dipeluk dari arah belakang. Tangan Avienna mengusap belakang kepala Ainaa. Memujuk dengan lembut.
"Kau bagi ubat, dekat adik kau??" tanyanya pula.
"Haah.." jawab Ainaa, seperti anak murid yang ditanya oleh sang guru. Pelukan erat, semakin kuat hingga Ainaa terasa sesak. "Vienn..urgh!" Ainaa menoleh. "Kau buat apa?"
"Aku tak nak kau lari, Sofea. Kakak, kau tak pernah bagi kau ubat. Yang bagi kau ubat, adalah aku." suara Vienna. Jarum yang disuntik dari arah belakang, dimasukkan ke dalam bekas plastik yang berada tidak jauh, dari bekas makanan yang dibawa oleh Danish.
Sofea terundur. "Kau!!"
Bersambung....