webnovel

Chapter 30

Imbas Kembali-Danish.

Terduduk dia di atas jalan kecil dengan wajah yang pucat lesi. Mulutnya menganga dengan akalnya bejat. Dia terkedu! Terasa nafasnya juga, tersangkut di halkum. Seolah-olah, dirinya sedang disambar oleh bayangan malaikat maut. Seluruh organ tubuhnya juga, dirasakan lemah tidak hidup. Kemunculan rakannya yang tiba-tiba datang ke arahnya dengan mengejut, malah membonceng motor ke arahnya, telah membuatkan dia pegun. Tidak berganjak

"Woi!!" Lelaki muda, berambut pendek datang menghampiri temannya, sebelum dia menghentikan motor tua itu tidak jauh dari kendudukkan rakannya. "Woi..aphal kau ni?!" Tingkah rakannya yang terduduk jatuh ke tanah membuatkan dia pantas mendapatkan rakan baiknya. "Kau, oaky tak ni?" ajunya pula.

Danish tersentak, seperti terbangun dari dunia khayalannya. Panggilan dari rakan baiknya, mengembalikan dia kembali ke alam nyata. Bingung dia seketika.

"Kau, okay tak ni?" Aju Suhail. Tangannya pantas, menyangga dari bawah dengan telapak tangan supaya dia dapat menyokong tubuh rakannya itu untuk berdiri.

Danish baru tersedar cuba untuk bangun, sebelum meraup keseluruhan wajahnya. "Aku, okay." balasnya pendek. Suhail yang sedang membantunya, mengintai riak sahabatnya. Sebelum tangannya, melepaskan lengan Danish perlahan-lahan. Memerhati rakannya itu, benar-benar stabil.

"Kau, buat apa dekat sini? dekat hutan, ni?" tanya Suhail. Matanya sempat meliarkan pandangan ke lubuk hutan. Bibirnya, menjuih ke arah hutan tatkala Danish merenungnya sebelum membuang pandang ke arah yan ditunjukkan oleh rakan baiknya. Walaupun dia sudah beberapa meter jarak jauhnya, menjauhi hutan. Namun, lorong yang dia berada adalah jalan ke arah hutan.

"Tak ada apa.." bicaranya pendek dengan gelengan kepala. Kerana kegusaran hatinya masih bersisa di hatinya. Lekas sahaja dia membawa kawannya itu bergerak, menjauhi kawasan hutan.

"Kau pulak...buat apa dekat sini?" soal Danish, cuba mengubah topik perbualan. Selang seketika, anak matanya mencuri lihat kawasan belukar. Memerhati dari kerlingan pandangannya.

"Aku tanya kau...kau tanya, aku balik??" Suhail bergerak ke arah motorsikalnya, beriringan jalan dengan Danish. Kemudian, dia mengambil duduk di atas motorsikanya. Menjuntaikan kaki ke tanah, sementara Danish berdiri tegak, berhadapan dengannya. "Mak kau, minta aku carikan kau." Balasnya. Dalam pada itu, matanya melingas mencari motor Danish. "Motor kau, mana?" tanyanya pula apabila bayang motor rakannya langsung tidak kelihatan di mata.

Menyedari motornya tiada. Danish menampar dahinya kuat apabila, dia teringat akan motornya yang tertinggal di dalam kawasan hutan kerana perasaan takut yang amat sangat. Dia berlari menonong ke hadapan. Lorong hutan yang ditempuhnya itu, masih punya jalan tar hitam yang hanya lebar satu meter sahaja. Jika diikutkan, masih mampu memuatkan sebiji kereta kancil andai ianya dipandu dalam satu hala.

Danish melemparkan pandangan ke arah hutan. Terbit keluhan dengan fikiran yang buntu. Lalu, dibawa pandangannya itu ke arah sahabatnya.

Suhail ketawa. "Kau tertinggal motor dekat dalam sana tu? Habis, macam mana kau boleh ada dekat sini?" bicaranya, masih tersisa dengan ketawa yang berlarutan. Mungkin tawanya kerana kebodohan yang tanpa sengaja dilakukan oleh rakannya itu. Pada tanggapannya, jarak yang agak jauh itu sepertinya tidak di masuk dek akal, bahawa sahabat sekampungnya itu boleh meninggalkan motor dan berjalan kaki untuk balik. "Kau tak ada kerja, ke?" hujung bicaranya, Suhail mengaju dalam sindiran.

Danish tersengih. Sememangnya, dirasakan dirinya terlalu dungu. Tetapi, apakan daya jika perasaan takut lebih menguasai diri. Lagipula, takkan dia beriya-iya sempat membonceng motorsikalnya jika di dalam fikirannya hanya ketakutan yang menghambat perasaan. Kini, dia terpaksa masuk semula ke dalam belukar untuk mengambil motornya yang tertinggal di dalam sana. Itupun, tuahnya apabila Suhail muncul. Kehadiran rakan baiknya itu seperti, menyua pertolongan yang tidak diminta. Jika tidak, mahunya motor itu ditinggal begitu sahaja dan mungkin juga dia pulang ke rumah dengan bebelan ibunya. "Tolong." pintanya.

Suhail angguk. "Naiklah." Tamparan mesra, menampar di bahu Danish. Rakan baiknya, dibantu dengan senang hati.

Walaupun begitu, ianya tidak bagi Danish. Hatinya masih diselubungi ketakutan. Hanya doa yang terpanjat di sanubari, memberikan dia sedikit kekuatan untuk memberanikan diri.

Bersambung...