Masa kini-Kampung Rambai Tujuh.
DANISH mempercepatkan langkahnya memasuki lorong-lorong belukar yang penuh semak dan pohon berduri, sambil tangan kanannya menjinjit beg plastik yang berisi bekal makanan. Aturan langkahnya yang teragak-agak itu, agak terbatas disebabkan semak belukar yang meninggi dan tebal. Kadang-kadang anak muda itu, meluah rungutan yang tak jelas.
Apa yang mampu dilakukan. Dia terpaksa, jika tidak. Wanita itu akan kelaparan dan dia pula yang akan dimarahi nanti oleh Ainaa.
Nasib..nasib...keluhnya tatkala memikirkan nasib dirinya.
"Ainaa!!" panggilnya, tika dia sampai di hadapan pondok. Kepalanya terjengul ke dalam pondok, mengintai kelibat yang di carinya.
Dalam masa yang sama, matanya juga meliar disekeliling pondok. Mungkin wanita itu berada di luar pondok.
"Ainaa!! kau, mana?!!" laungnya dengan suara tinggi. Bekal makanan yang dibeli di warung, sewaktu dia pulang dari kerja disangkut pada ranting besar di pohon yang berada di sebelah pondok. Dia berjalan ke belakang pondok dan kembali ke tempat asalnya, takut-takut wanita itu berada di tempatnya pula.
Untuk bergerak terlalu bebas, risau ada binatang yang bahaya yang boleh mengancam nyawa. Sekadar jenguk-jenguk ayam sahaja, hanya memastikan wanita itu ada atau tidak.
Ada di sungaikah? desisnya, di dalam hati.
Tiada sahutan pada panggilannya. Jam di pengelangan tangannya, dijeling dengan perasaan risau. Pesan ibunya, menjengah fikiran. Barang yang dipesan ibunya, berada di dalam raga motor, yang di parking di hujung bukit sebelum masuk ke dalam hutan tebal. Pantang benar bagi ibunya, jika disuruh membeli barang kemudian melencong ke tempat lain. Dia menunduk dan keluhnya terluah berat.
"Yaa.."
Danish mengangkat wajah. Tampak kelegaan pada roman wajahnya. "Haaa...mana kau?" soalnya, dengan dahi yang berkerut. "Aku ada beli makanan untuk kau." bekal makanan yang disangkut pada ranting pokok, diambil lalu dihulur pada Ainaa. Beg plastik bertukar tangan. Huluran yang dihulur Danish, diambil.
"Terima kasih." balas Ainaa. Anak matanya, mencuri sekilas makanan yang dibawa lelaki. Matanya, kembali memandang wajah Danish.
Mendengar Ainaa mengucapkan terima kasih, kepadanya membuatkan dia mencebik. Membuat muka, tidak percaya. "Seriusly??" cebiknya, mengejek. " Tak pernah-pernah nak ucap terima kasih. Tiba-tiba?" tambahnya lagi. Dia berundur ke belakang, menyandar pada batang pohon berhampiran. Keningnya terangkat.
Ainaa senyum cuma. Pantas hidungnya, ditarik dengan nafas yang cuba distabilkan. "Sometime..we need to thanks someone.." balas Ainaa bersahaja. Beg plastik, di bawa ke belakang badannya.
"Erm...." Danish malas mengambil pusing.
"Tadi kau pergi mana?" tanyanya.
"Mana?" ulang Ainaa. Kemudian, dia dapat menangkap maksud pertanyaan Danish seraya dirinya menjawab. "Ohh, aku pergi sungai. Kenapa?" jawabnya, dan diutarakan pula soalan.
"Hah..? Aaaa...Tak ada apa. Aku risau.. Okaylah, aku nak balik dulu. Mak aku, tunggu." ulah Danish. Perbualan mereka, dirasakan kekok dan janggal.
Apa yang berlaku??
Danish bergerak pergi. Tertunduk-tunduk dia, apabila Ainaa menunduk kepadanya. Cara Ainaa yang lebih lembut, terasa dia tak pernah mengenali wanita itu.
"Emm..er..weh!!" panggil Ainaa. Tergagap, dia memanggil lelaki yang sudah bergerak beberapa langkah, yang baru sahaja beranjak pergi.
Danish berhenti seketika, dan menoleh. "Apa?" bicaranya yang selalu kasar dan acap kali menjerit dengan oktaf suara yang tinggi, berubah intonasi. Lebih lembut dan santun.
"Nanti..tak payah hantar makanan. Saa, sa..aaa, aku..aku akan keluar dari sini. Malam ini." bicaranya perlahan. Satu-satu ujarnya, seolah-olah gagap.
Danish mengerutkan dahinya. "Asal?" tanyanya hairan. "Dia dapat tahu, kau ada disini ke?" tanyanya lagi. Langkah yang terbejat sebentar tadi, mengorak kembali mendekati Ainaa. Risaunya menjengah di hati lelakinya.
Ainaa mengeleng. "Tak..tak..saya perlu balik." jawabnya pantas.
Danish berhenti melangkah. Dia yang baru beberapa jarak dari Ainaa, tidak jadi meneruskan langkah. Darahnya meruap, dadanya berdebar. Bulu rumanya, mencacak.
Sekilas, dari pandangan Danish sewaktu dia mendekat. Anak matanya, ternampak satu kesan darah di belakang cuping kiri Ainaa. Seperti kesan cakaran. Meremang bulu rumanya. Dan dalam masa yang sama, matanya lekas menangkap kelibat sebelum kelibat itu hilang di belakang pondok. Hampir matanya, membulat.
Hati Danish, diamuk gusar.
"Okaylah. Aku, balik dulu.." angguk Danish. Berpura-pura memahami maksud wanita yang sedang berujar dengannya. "Kalau, ada apa-apa nanti. Kau tahukan, nak cari aku dimana." utara Danish. Kakinya, seakan membeku di tempat dia berdiri. Matanya, memandang ke arah lain. Supaya rasa ketakutannya, tidak terlihat dari anak matanya.
Mata...sukar menipu. Ainaa sendiri sedar akan perubahan lelaki yang berada di hadapannya.
Dada Danish semakin berdebar, apabila wanita yang berada di hadapannya mengangguk cuma. Dia kenal Ainaa macam mana.
Wanita yang berada di hadapannya, bukan Ainaa. "Aku balik." ulahnya lagi, sebelum bergerak balik. Dia menapak langkah, keluar dari kawasan pondok.
Kaki tangannya sejuk. Jika dia tidak sedar bahasa yang digunakan wanita itu, pasti dia tidak dapat menyangkakan wanita itu sebenarnya bukan Ainaa. Dan kerna samar-samar kelibat itu...seakan menanti isyarat untuk bertindak.
Wajah mereka mirip. Terlalu mirip. Menyirap darahnya, bahkan. Jantungnya rasa nak luruh tatkala dia sedar bahawa dia tidak bercakap dengan Ainaa. Langkah yang diatur, samakin laju dan pantas. Tatkala dia merasakan dirinya sudah jauh beredar, dia terus menambah langkah, berlari-lari anak memboloskan diri meredah belukar tinggi.
Jika dia masih berlengah, gusar wanita itu dapat mengesyakinya pula. Tentang Ainaa, dia mungkin akan cuba mencari jalan untuk mendapatkan wanita itu dalam keadaan selamat. Mungkin, Ainaa dah ditangkap wanita tadi.
...
KELIBAT yang beredar secara tergesa-gesa dipandang dengan lirikkan senyuman di bibir. Beg plastik yang berisi bekal makanan, digantung pada ranting dahan yang kukuh.
Derap langkah dari bunyi reranting kecil dan daun mati, kedengaran mendekati dirinya. "Kenapa kau biarkan dia lepas?" satu suara yang menyoal, berjalan keluar dari belakang pondok. Wanita berkulit hitam manis dan berambut pendek, berpeluk tubuh mengaju pertanyaan. Langkahnya bersahaja, tanpa risau.
"Aku dah dapat apa yang aku nak. Kau tak perlu risau pasal budak muda itu. He's a good guy and he's was nothing to do with me." balas wanita itu, senyum sekilas memandang rakannya.
Mata Avienna mengerling pada wanita yang dilabel budak lelaki tadi, sebagai 'Ainaa', yang sudah tidak sedarkan diri terbujur kaku di dalam pondok.
Avienna, hanya mencebik. "Ikut suka kaulah Ainaa..aku nak balik cepat." balasnya bersahaja.
Beg makanan yang mereka bawa bersama telah digantung wanita tadi di bucu tiang di dalam pondok, lalu diambil. Manakala bekal makanan yang terngantung di luar pondok yang dibawa lelaki itu juga, diambil dengan sengihan di bibir "Ini, aku punya." unjuknya pada rakannya.
"Hmm.." gumam Ainaa, langsung tidak memandang rakannya. Apa yang penting padanya, dia sudah dapat apa yang dia nak. "Kita bertemu semula." ujarnya, perlahan di hadapan wanita persis wajah miliknya yang kaku di alam gelap.
Bersambung...