webnovel

Chapter 16

Tahun 1989-Di pergunungan, di gunung pondok,

Berdekatan jalan kereta api lama,

Padang Rengas.

AZAN MAGHRIB yang berkumandang di tengah-tengah pekan kecil, sayup-sayup kedengaran dari kejauhan. Suara alunan kalimah agung itu, seakan tahu ketegangan yang dilalui oleh para penuntut di Maahad Al Yahyawiah, yang merupakan satu-satu tempat pengajian pondok agama di daerah itu.

Zahrah memandang sekeliling di sekitar kawasan dalam pondok asrama aspuri, seperti bersiap sedia akan sesuatu. Dia melihat setiap satu wajah rakan-rakannya dan adik-adik tingkatan yang menuntut di pengajian yang sama. Dia menunggu risiko yang mungkin muncul tanpa diduga.

Kumpulan sederhana besar yang dibentuk mereka berbentuk bulat yang dipanggil halaqah, duduk rapat dalam pada masa yang sama, mereka mengelilingi beberapa penuntut yang di kategorikan 'lemah semangat' agar, apa yang dikatakan para penghuni asrama, kumpulan kecil itu tidak berjangkit antara satu sama lain.

Jangkitan mereka ini sukar diramal, kerana tidak semua penghuni disitu berani mengaku mereka, 'lemah semangat'. Jika salah seorang di antara mereka sudah dirasuk lembaga tanpa bayang, kemungkinan orang disekelilingnya juga akan terkena tempias.

Zahrah yang sedang duduk bertindih kaki, mengenggam tangan budak muda yang berada di sebelahnya. Bibirnya bergerak, tanpa suara yang jelas di deria pendengaran. Hanya dia sahaja yang tahu, bait-bait yang bergumam di bibirnya.

Walaupun setiap tahun mereka diganggu makhluk halus dari alam tak berhijab, namun kali ini dugaan mereka hebat. Gangguan yang mereka hadapi, terlalu berbeza dari malam-malam yang sebelum ini. Hampir keseluruhan penuntut wanita diganggu, dan perkara yang di luar jangkaan apabila ada segelintir penuntut lelaki yang terkena serangan yang sama.

"Terus mulakan bacaan, sementara yang lain boleh tunaikan solat." Zahrah bersuara sebaik, kalimah panggilan agung itu hampir ke penghujung suara.

"Jangan lupa, siapa yang tidak bersolat..tolong zikir dalam hati. Jangan sesekali berhenti zikirullah." pesan Zahrah, mewakili golongan paling matang di dalam kumpulan itu.

"Kak!" Najiha menunjal bahunya. Suara yang agak perlahan, membuatkan gadis putih berkaca mata mendekatkan mukanya, di telinga Zahrah.

Zahrah memandang Najiha lalu menyoal dengan isyarat, bahasa mukanya. "Kenapa?" Oktaf suaranya juga, bernada rendah.

"Kak Bee, panggil." unjuknya, pada bingkai tingkap yang tidak beberapa jauh dari dirinyanya berada. Matanya terus tertumpah pada Nabila, rakan baiknya yang baru tiba dengan dua budak tingkatan bawah.

Wajah Nabila pucat, telah mengisyaratkan 'keluar' dengan dua tangan, di isyarat ke luar. Zahrah mengangguk, faham.

"Jiha, tolong pantau mereka sementara akak keluar. Siapa yang dah solat, minta tukar giliran." ujarnya, berpesan pada adik tingkatannya.

Dia kemudian, bingkas bangun dan bergerak ke luar pondok. Langkahnya yang agak terkial-kial itu sukar melangkah dengan bebas apabila dia terpaksa mencelah di antara penuntut yang berada dalam barisan halaqah.

"Apa??" tanyanya sebaik mendapatkan sahabatnya.

Tanpa bicara yang jelas, tangan Zahrah ditarik menjauhi pondok. Setelah dirasakan, kendudukkan mereka jauh, Nabila membisik di telinga rakannya.

"Dia cakap, aku akan turun!!."

Dahi Zahrah berkerut. Hatinya berdesah tidak enak. "Siapa cakap nak turun?" ajunya, buntu.

"Amin cakap..Amin kata, dia dapat bercakap dengan mereka. Mereka yang beritahu benda itu akan turun. Aku takut, Zahrah." Jelas Nabila, perlahan. Tangannya sejuk, tika memengang lengan Zahrah.

"Aku tak faham. Apa yang kau cakap ni??" dahi Zahrah berkerut, penuh tanda soal. Apa yang diujar Nabila, langsung tidak difahaminya. Kenapa dengan Amin, teman lelakinya.

Tapi, apa maksud Nabila? Amin yang boleh berbicara?? berbicara dengan siapa??

"Aminlah. Aminkan berlajar ilmu persilatan, jadi..dia ada belaan jin. Kau faham?" utara Nabila satu persatu. Zahrah mengangguk, cuba memahami setiap keterangan yang di terangkan oleh Nabila.

"Amin dan jin dia bercakap dengan benda itu. Benda yang ganggu kita sekarang ini tengah marah. Mereka akan turun beramai-ramai nak musnahkan kita. Kau faham tak??! aku takut!!" jelas Nabila. Bibirnya pucat, tangannya beku.

"Jadi, apa nak buat?" tanya Zahrah. Tangan sahabatnya, dibawa ke dalam genggamannya. Dia cuba menenangkan sahabatnya, sebaik mungkin. Lagipula, tinggal beberapa orang sahaja yang boleh bimbing adik-adik tingkatan.

Nabila mengeleng, tidak tahu. "Aku takut.." bisik Nabila perlahan. Semakin dekat, jasadnya merapati sahabatnya. Ketakutannya, semakin menjadi-jadi apabila dia mendapat pesanan dari Amin.

"Hei, kau tak boleh takut. Bahaya." Zahrah memberi amaran. "Apa yang Amin cakap lagi?" tanya Zahrah, ingin tahu.

"Amin cakap, dia nak bunuh aku..." mengigil Nabila, melafazkan bicara akhirnya. Wajahnya memucat putih, umpama porselin yang tak berdarah. Pinggang rakannya, dirangkul dalam ketakutan. Hilang segala daya kekuatannya.

Zahrah juga terkejut. Segera, sahabat baiknya dipeluk dan dipujuk agar segala ketakutan, memudar. Kelu lidahnya untuk berujar panjang.

"Akak!!! aka!!!" suara Najiha yang berada di muka pintu pondok, melaung ke arah Zahrah. Mukanya cemas.

"Ada apa?" Zahrah bergegas menghampiri Najiha. Dia tidak berlengah, tatkala menapak masuk ke dalam diiringi Nabila ke dalam pondok. Suasana di dalam pondok, tegang. Masing-masing, berusaha membaca zikir dan kalam quran.

"Dia dah kena.." Najiha tak berani menyudahkan kata-katanya. Teragak-agak, dia menunjukkan telunjuknya ke arah Laila yang sudah duduk bersila di tengah-tengah halaqah. Seolah-olah menantikan Zahrah.

"Tolong pergi ke rumah Kak Pah, minta Kak pah panggilkan ustaz atau ustazah." arah Zahrah, meminta bantuan melalui Najiha. Dia kemudian, mendekati Nabila dan menyatakan hasratnya. Mereka perlu cepat bertindak, jika tidak. Perkara ini akan menjadi gawat.

"Kau tolong jaga mereka. Sementara aku, uruskan Laila." pinta Zahrah pada Nabila. Dia meminta, beberapa penuntut wanita, berubah ke dalam halaqah Nabila, sementara dia. Membuat halaqah kecil, mengelilingi Laila yang masih tenang memerhatinya.

Walau apa yang terjadi, dia mesti lengahkan masa sebelum ustaz atau ustazah datang. Bisik hati Zahrah, cuba menenangkan dirinya sendiri.

Sebelum dia membuat keputusan, dia sempat meminta Najiha untuk memanggil bantuan.

"Siapa kau?" ajunya pada Laila.

Bersambung...