webnovel

Chapter 15

WAD KENANGA ,2013

KUALA KANGSAR

 

TERCENGANG-CENGANG Puan Zahrah, terpempan dengan karakter anak bongsunya yang tiba-tiba bangun dan membentak di hadapannya. Matanya terus memandang kea rah anaknya seorang lagi dengan wajah yang keliru. Ainaa, pada mulanya terkejut juga sepertinya tetapi tampak semakin tenang seolah-olah anaknya sudah tahu awal tentang Sofea. Tambahan, anak bongsunya itu seorang yang lemah lembut dan bukan jenis yang marah-marah dan membentak seperti anak kecil. Dia kenal, anaknya itu. Bahkan andai ada sesuatu yang terpendam, anak bongsunya itu akan menjauhkan diri atau paling tidak. Tak bercakap langsung walau ditanya berkali-kali.

"Aku dah kata semalam, yang aku nak balik!! kau sengaja tipu aku!! Kau bangsat!! Kau sengaja umpan aku ke mari!" Sofea berang. Merah mukanya, umpama udang yang terbakar. Perasaan marah yang membuak-buak, mengusai dirinya kini. Perasaan di dalam jiwanya itu, seperti dibakar-bakar dengan dan dimarakkan dengan minyak penipuan apabila kakaknya itu tidak merancang untuk pulang semula ke Cheras. Dia tidak mampu mengawal perasaan maranhnya hingga dia menghamburkan akhirnya.

Anak matanya juga, meliar sekeliling. Umpama dirasuk jembalang. Bibirnya, terkadang senyum sinis melihat orang-orang yang memerhatinya. Langsung tidak kisah, memalukan dirinya dan keluarganya di hadapan umum.

"Cik, maaf ya. Boleh berbincang di luar. Kita tidak mahu, ada pesakit yang terganggu ya."

"Engkau siapa?!! Jangan ganggu urusan aku!" jegilnya pada jururawat yang datang menasihatinya. "Pergi, sebelum nyawa kau aku jadikan sebagai korban." Tambahnya, menderam seperti seekor anjing liar.

Jururawat yang ditegur Sofea, berundur dengan wajah pucat.

"Dik!!" Ainaa memanggil. Tetapi tak di endahkan oleh adiknya. Dia kemudian, turun dari katil pesakitnya dan mendapatkan adiknya yang sudah hilang dari kawalan. Dia sempat menunduk-nundukkan kepalanya meminta maaf atas kekecohan yang di timbulkan oleh adiknya. Dengan rasa serba salah, dia segera menarik lengan adiknya agar mengikutinya. Ramai yang memerhati mereka, mengeleng kepala.

Ainaa merengus geram. Bahang malu, terasa menampar-nampar wajahnya. Keributan adiknya yang tiba-tiba itu, membuatkan hatinya mengerutu rasa marah. Dia menjegil matanya sebagai isyarat kemarahannya dan kekesalannya pada Sofea yang mulai menghamburkan ketawa lepas ke arahnya. Jika dilihat pada perwatakkan adiknya ini, dia tahu. Itu bukan adiknya.

"Sofea!" Puan Zahrah yang mengikuti mereka berdua mula menekan oktaf suaranya. Seolah-olah, memberikan kata dua dari isyarat ulah katanya. "Apa yang berlaku? Nak balik ke sana, semula? Ke Selangor?!"

Sofea merengus kecil. "Kak, kau ingat aku main-main. Aku dah tahulah, dekat bawah dah ada ustaz yang on the way, naik ke atas. Aku belum bodoh, lagi!" marah Sofea memekik lagi dengan nada tinggi. Nyaring dan kasar. Dia bercekak pinggang menghadap ibunya sendiri, dengan kaki yang terhentak-hentak ke lantai. Riaksinya seperti orang gila yang tak tentu arah.

"Kau suruh perempuan ni, panggil ustaz ke?" tambah Sofea, menunjukkan perkataan 'perempuan' dengan keningnya, ke arah ibunya. "Hei, perempuan. Kau memang nak cabar aku?!"

Membulat mata Ainaa. Belum sempat dia berujar apa-apa. Tangan Puan Zahrah, hinggap di muka adiknya.

PANG!!!

Masing-masing tergamam. Ainaa berkalih pandang, melihat Sofea ditampar Puan Zahrah. Mengigil wanita itu, menahan sabar. Anaknya itu tiba-tiba, biadap! kurang ajar! Kesabarannya menjadi tipis walau dia tahu, di hadapannya bukan anaknya. Sofea senyum dan tersengih. Langsung tiada rasa bersalah. Malah, dia semakin dekat dengan ibunya, dan membisik di telinga.

"Aku..Jahil, kau kenal aku, bukan.." Sengih Sofea. Dia memandang Puan Zahrah, dengan bibir yang melirik senyuman.

Membulat mata Puan Zahrah. Terundur dia ke belakang beberapa tapak dan air mukanya memucat. Wajah Sofea yang berubah menjadi buruk itu dipandang lama. Bahkan mata anaknya itu hitam keselutuhannya.

"Ibu??" Ainaa mendapatkan ibunya yang hampir tersungkur ke belakang.

Zahrah agak terpempam apabila, Jahil memberikannya senyuman sinis di hadapannya. "Kau..kau..."

 

Bersambung..