R&R Simpang Pulai-2013
AINAA mengolah stereng kereta, membelok selekoh separa bulat, memandu memasuki petak ruang meletak kenderaan. Parkirnya, berada di bawah pohon rendang supaya biasan lampu malam tidak terlalu fokus akan mereka. Enjin yang masih berderum mengeluarkan bunyi, dibiarkan hidup dan penghawa dingin yang masih berterusan melepaskan dingin, di turunkan takat suhunya. Nafas yang lelah, dilepaskan bersama rasa penat yang belum reda. Bebanan di pundak akalnya terasa ringan.
Ainaa memandang Sofea, yang hanya menoleh ke arahnya sekilas. Mungkin adiknya, serba salah sebab mengutarakan kemahuannya di waktu akhir, saat mereka hampir sampai ke kampung halaman. Tidak sampai separuh jalan lagi, mereka sudah tiba. "Asal nak balik Cheras?" aju Ainaa pendek. Dahinya berkerut, walau dia cuba bersikap toleransi dengan adiknya.
"Kita dah sampai ke Simpang Pulai. Tak sampai setengah jam. Dah nak sampai kampung. Kenapa tiba-tiba?" ujarnya lagi, diakhiri dengan soalan.
Sofea mengepam bibirnya, apabila keputusan akhir waktu itu menjadi persoalan kakaknya. Kes kehilangan anak Meor bukan sesuatu yang boleh di main-main. Perkara serius tapi, kakaknya, seolah-olah tidak peduli langsung tentang anak dari rakan sekerjanya.
Sofea membetulkan bajunya. Tudung yang agak ke hadapan ditarik, ke belakang. "Kak, takkan kau nak biar macam tu je? Meor, kawan sekerja kau. Satu, pejabat pula tu." bicara Sofea dengan bahasa lembut, dikawal baik emosinya. Dia tidak gemar menggunakan kekerasan, berbeza dengan kakak kembarnya. Namun, saat adakalanya egonya menipis. Dia juga terpaksa mengawal rentak hatinya. Gusar, bicaranya mampu melulakan hati.
"Okay! Tell me. Kau nak tolong apa. Jangan cakap benda yang kelakar. Sangat-sangat tak fun, okay. Aku pun, kalau boleh nak tolong rakan. Tapi, aku tak mampu buat masa ini. What can you do to help him. Sebab semuanya berpunca daripada that`s thing." utara Ainaa, anak matanya menjeling pada jasad alam ngaib yang masih memerhati mereka. Keluhan nipis, terbit di bibirnya. Berjuta kilometer sekalipun, 'sesuatu itu' atau 'dia' atau 'that`s thing' adalah tak mungkin, mereka boleh melarikan diri.
Bukan Ainaa tak ambil tahu. Memang dia berhasrat untuk membantu. Namun, apa? Lagipun, perkara yang berkaitan dengan adiknya. Pasti diburu. Tambah-tambah pula, apabila dia bercakap dengan Meor di talian di Tapah. Mendengar utara rakannya itu. Pasti lelaki itu, cuba mendakwa adiknya. Tiada penyelesaian jika perkara itu yang berlaku. "So, sekarang ini.., macam mana? Adik nak kita patah balik? Tell me." Soalnya.
Sofea lekas mengangguk. Tersengih-sengih dia, apabila dirasakan kakaknya memahaminya. Walhal hakikatnya, kakaknya belum memutuskan apa-apa.
Ainaa meraup rambutnya yang terkulai menghalang pandangan. "Macam inilah. Akak dah janji dengan ibu. We're back, today. Yet, after that. We're going to back to Cheras."
Sengih Sofea semakin meleret. Walau tadi, wajahnya masam mencuka. "Thanks a lot, kak."
Ainaa hanya mengangguk. Tangannya, mengusap stereng hingga ke bawah, lalu meletakkan pengelangan tangannya melepasi bulatan stereng. Terkebil-kebil, dia cuba membesarkan kelopak matanya. Akhirnya, dia terpaksa mengambil waktu untuk berehat sejenak ketika. "But..boleh tak kita take time an another minutes. I'm too tired." luahnya. Matanya yang merah, terpaksa disengkang jaga walau rasa mengantuk, bagai menarik-narik dirinya lena. Tetapi kali ini, dirinya terasa kalah. Kepalanya berdengung apabila dia terpaksa menahan diri.
"Lah..tak apa. Akak ambil masa. Tidur, nanti adik kejutkan". Bicara Sofea. Serba salah pula, apabila kakaknya memandu seharian. Nak harapkan dia, dia tak mampu nak drive seperti kakaknya walaupun, dia mempunyai lesen memandu yang sah. Paling tidak, harapkan suaminya. Sudahlah dia, minta kakanya berpatah semula. Menyusahkan kakaknya sahaja.
Hahahaha...kau tak mungkin, dapat singkir aku...
Sofea tersentak. Suara garau, yang membisik perlahan di belakang halwa pendengarannya, membuatkan seluruh tubuhnya merinding. Di jeling Ainaa yang sudah merendahkan seat duduk pemandu, dan sudah lena ke menjenguk alam mimpi. Sedangkan dia, baru sahaja terdengar bisikkan suara yang menyeramkan.
Kau...tak mungkin dapat lari dariku...
Lekas-lekas, keduanya matanya dipejam rapat. Takut!
Bersambung...