webnovel

chapter ~ 15

". Kekasih panggilan".

Sedikit membungkuk bahu perempuan itu mendekatkan penglihatannya membaca pernyataan yang tertulis di atas kertas setelah itu meluruskan kembali bahunya lalu menatap Brent meminta penjelasan.

". Erm..em semua tercatat di situ". Menunjuk nunjuk dengan keningnya dinaikan tukas laki laki itu , Linalin menarik kertas itu di hadapankan depan wajahnya.

". Jadi pendamping kerjanya banyak sangat". Merungut perempuan itu kerana tugasnya sebagai kekasih panggilan harus menghadiri majlis makan malam atau perjumpaan klien menemani CEO Brent.

". Lagi pula saya belum katakan apa apa". Sambil meletakkan kertas di atas meja. Reaksi wajah Brent kelihatan tenang tetapi di fikiran kehabisan kata kata

". Jikalau tidak ada apa-apa lagi saya izin keluar". Kakinya undur selangkah lalu berbalik badan.

". Kamu tidak akan rugi apa apa". Kata kata Brent menghentikan langkah Linalin, langsung menoleh ke belakang.

". Apa yang tidak rugi .. waktu, hari , terus ini tubuhku ini. siang kerja lalu malamnya ke majlis kan penat". Merungut panjang Linalin sehingga ternganga mulut Brent , ia tidak menyangka menyaksikan perempuan di depannya sedang memprotes.

". Dua kali ganda". Tiba tiba Brent bersuara terhenti Linalin memprotes sehingga mengerut dahi bingung matanya melirik tajam ke wajah Brent sehigga ternaik satu kening laki laki itu.

". Baiklah tiga kali ganda". Menampakkan reaksi Linalin seperti senang bayaran upahnya tiga kali ganda sementara Brent merasakan kemenangan kerana membuat Linalin berminat.

". Cuma satu syarat tinggal satu rumah". Laki laki itu melihat mata Linalin menatapnya lama berkata dengan serius tentunya aura kelelakian seperti ketua mafia yang memberi arahan sesiapa yang melihatnya tidak mampu berkata-kata apatahlagi Linalin hanya berbicara melalui lirikan tajam matanya.

". Lima kali ganda ". Ucap Brent tersenyum di sudut bibirnya akhirnya raut wajah perempuan itu menyerah bersetuju dengan rencanaya.

". Ini perjanjian lisan juga pernyataan dalam kertas ini harus di ingat dan satu lagi tidak perlu persiapan apa apa cukup jadi diri sendiri ". Dari atas sampai ke bawah matanya memandang penampilan Linalin hampir membuat perasaan perempuan itu tersinggung Linalin menjeling menarik kertas itu lalu berbalik menghadap pintu masuk.

". Sebentar!". Menoleh Linalin memandang pemilik suara itu .

". Besok pindah nanti saya hantar orang untuk menjemputmu". Ucap Brent tanpa melihat wajah perempuan itu sedang berpura pura menyibukkan diri di skrin komputernya. Manakala yang melihat itu tidak berkata apa ia merungut membuang perasaan geramnya melalui nafas kemudian kembali ketujuannya keluar dari ruangan itu.

Seketika berada di ruang rehat Linalin sambil mengoncang kopi melarutkan gula di dalam minumannya sementara memikirkan perbicaraan sebentar tadi hatinya ragu ragu fikirannya hambur tetapi menilai upahnya senyuman kegembiraannya tidak dapat di sembunyikan lagi.

". Lima kali ganda...". Gumamnya merenung senang jemarinya bergerak gerak sedang mengira jumlah duit yang diterima.

Di sisi lain menampakkan raut wajah Brent sangat serius berfikir keras suasana tegang di dalam ruangan itu di depannya skrin komputer memperlihatkan maklumat mengenai Arfan kini ia tahu sifat sebenar laki laki yang pernah menjadi tunggangan Linalin ,

". Adakah cara saya ini betul ?". Menongkat dagu tatapannya mengkhayal bertanya tanya kata hatinya ia cuma membantu Linalin agar Arfan tidak mengganggu lagi tetapi melihat dari sifat Linalin yang tidak ingin berkongsi masalah , Brent terpaksa mendesak perempuan itu tinggal bersama sebenarnya rancangan ini ia tidak berfikir lagi tanpa sedar menyebut begitu saja kini Brent menyesalinya memejamkan mata merenung kekesalan dirinya.

Kembali suasana hari bertukar petang langit perlahan berubah gelap Linalin menatapnya langit sambil duduk di perhentian bas ia semakin risau setiap kali berfikir rumahnya akibat kejadian itu tetapi ia harus pulang dan mengemas barang barang , Linalin berniat akan mencari sewa sementara tinggal di rumah Brent ia tidak ingin berulang kembali bergantung hidup dengan seseorang kerana pengalamannya di masa kini membuatnya sedar.

". Linalin..". Perempuan itu menoleh mencari siapa yang memanggilnya .

". Ibu Farina?". Gumam Linalin tubuhnya terpaku menanti wanita itu menghampiri.

". Lin kenapa sudah tidak datang ke rumah lagi .. ibu bosan ". Wanita itu memegang kedua tangan Linalin suaranya sayu juga sifatnya penyayang sehingga Linalin tidak terkata apa apa.

". Ibu mahu tanya majlisnya kenapa tiba-tiba batal ..ibu tidak tahu Arfan juga tidak menjelaskan apa apa?". Mengerut kening ibu Farina ingin meminta penjelasan.

". Arfan !". Bergumam suara hati Linalin melepaskan geramnya ia menutup mata seketika memberanikan dirinya menarik kembali tangannya kerana ingin cepat cepat selesai sesekali melirik tombol pintu rumahnya saat ini ia berada di depan rumahnya.

". Perkahwinan tidak akan terjadi lagi ..saya dengan Arfan sudah pisah..maafkan saya ikatan kita sudah putus , Saya izin masuk dulu.". Kata kata Linalin menusuk di hati ibu Farina ia memegang belakang lehernya ingin pitam tetapi tetap menahan tubuhnya , saat yang sama Dewi tiba tiba muncul terus memegang bahu belakang ibu Farina menujukan dirinya perhatian entah semenjak bila perempuan itu memerhati.

". Sanggup kamu ya .. Linalin !!". Ucap Dewi terhenti langkah Linalin menoleh ke belakang menatap tajam perempuan itu , kini ia memahami rupanya Dewi yang membawa ibu Farina ke rumahnya agar membuatnya terdesak tetapi dirinya tidak akan terpengaruh lagi .

". Kamu.. lebih baik bawa ibu Farina pergi, saya lagi sibuk ". Terus masuk menutup pintu rumah meninggal kedua orang itu di luar rumahnya sepasang mata Dewi menjeling jijik mengekori belakang Linalin sementara ibu Farina sibuk menahan kekecewaannya.

". Yeah..saya harus pergi dari sini ". Rungutnya melihat sekeliling ruang apartment sedikit geram juga berat hati tidak sanggup meninggalkan tempat tinggalnya kerana ini adalah tempat yang pertamanya ia memulakan hidup sendiri.

Suara langkah kaki perempuan itu bergemang di seluruh ruang rumah mengangkat beberapa barangan menyusun di lorong masuk di sisi lain tersusun kotak kotak tertutup rapi terakhir Linalin meletakkan laptop nya serta beg tangan di atas meja lalu di masukkan gambar ibunya dalam beg tangan . Kebetulan hari ini hujung minggu ia punya masa mengemasnya tetapi hanya membawa pakaian barang keperluan kerjanya dan barang barang kenangan barang yang tertinggal akan di jualnya.

Tidak lama kemudian bell pintu berbunyi Linalin menghampiri pintunya kedengaran suara Brent memanggilnya dari luar , perempuan itu merasa tenang kerana masih merasa takut jikalau Arfan yang datang.

". Aik..? ..pesannya akan hantar orang malah sendiri yang datang ha!". Bergumam Linalin lantas membuka pintunya tidak lupa juga ketawa kecil seakan akan mengejek laki laki itu.

". Erm..em.. selesai ?". Sapa Brent matanya tidak berani menatap wajah perempuan itu sambil mempertahan raut wajahnya kerana menyedari perempuan itu sedang mengejeknya lentas Linalin menaik lehernya perlahan melirik lirik ingin mencari cari arah mata laki laki itu.

Nächstes Kapitel