webnovel

chapter ~ 16

". Em..". Hanya itu jawapan Linalin di ikuti kepalanya menangguk dengan ketawa kecil tetapi kali merapatkan kedua bibirnya tidak ingin laki laki itu lebih tersinggung.

Brent berbalik badan keluar dari pintu itu melihat di sisi lain memasang wajah serius dagu menunjuk nunjuk ke arah pintu rumah Linalin seketika masuk beberapa orang melewati nya mula mengangkat barang barang , Linalin terpaku bingung perlahan menghentikan ketawanya lalu membiarkan matanya memerhati sahaja.

". Ini sahaja ?". Tiba tiba suara Brent bertanya Linalin menjeling sesaat hanya mengangguk tetapi mata melihat sisi lain.

". Baiklah..kamu ikut saya saja ". Lak laki itu terus berputar badan mendahului menuruni tangga menuju keretanya manakala Linalin meragut beg tangannya tidak lupa juga beg laptopnya langsung melangkah seketika melihat ruang rumahnya dan berbalik mengejar Brent.

". Bos...ini berapa lama kontraknya?". Tiba tiba Linalin bertanya kerana terlalu hening setelah sekian lama di dalam kereta , Brent menjeling binggung ia sendiri tidak tahu berapa lama sehingga hanyut difikirannya tanpa menjawab apa apa. Merungut wajah Linalin kecewa ia diabaikan suasana kembali hening lagi sampai kereta itu berhenti di rumah Bren.

". Selamat datang nona Linalin". Sapa pembantu rumah itu. Sementara Brent terus masuk melewati pembantunya tanpa menoleh terus ke biliknya mata Linalin hanya mengekori langkah kaki Brent berjalan semakin jauh.

". Saya hantar nona ke bilik ". Sekali lagi pembantu itu bersuara , Linalin memberikan senyuman ketat untuk menjawab pembantu itu.

Sudah ketiga kali Linalin masuk di bilik itu kini ia akan tinggal di situ memerhati setiap sudut ruang kemas , bersih juga kain lapis ranjang di ganti baru , ia membuka beg tangan mengambil bingkai gambar ibunya meletakkan di atas meja tersenyum bibirnya menatap gambar ibunya.

". Took..took.." Linalin menoleh menatap pintu .

". Nona barang barangnya sudah sampai". Ucap pembantu itu.

". Baiklah ". Tukas perempuan itu lalu berbalik badan menuju pintu biliknya.

Semua barang barangnya sudah berpindah dalam bilik ia pun mula mengemas pakaian di bantu pembantu itu menyusun bahan bahan kerjanya di rak. Di rumah itu punya dua pembantu tetapi tidak tinggal di rumah jikalau Brent keluar kota atau tidak ada di rumah kedua pembantu itu akan tidur di situ.

" Makanan sudah siap". Kedatangan pembantu yang satunya lagi di sisi pintu bilik itu menatap wajah bingung Linalin secepatnya ia mengangguk berfikir sejenak melihat barang barangnya lalu tersenyum nakal langsung berjalan keluar dari bilik itu mendahului pembantu di belakangnya.

". Ha .. rupanya makan bersama dengan bos menyebalkan". Linalin bergumam di sudut meja makan manakala Brent duduk berdepan dengannya sesekali ia menjeling jeling laki laki itu kerana niatnya mengisi perut terpaksa mengabaikannya.

". Kamu boleh memandu ?". Suara Brent menghentikan nikmat Linalin mulut penuh makanan cuma angguk kepala membalas pertanyaan Brent ternaik kening laki laki itu merasa pelik reaksi Linalin.

". Ham.?..baiklah nanti secretary Jack akan hantar kereta untuk kamu bawa pergi kerja ". Di lihatnya reaksi Linalin tidak ada jawapan .

". Atau mahu naik kereta dengan saya?". Sambung Brent bertanya lentas Linalin mengelengkan kepalanya tidak ingin rakan kerjanya melihat membayangkan hal itu tentu banyak gosip yang tidak betul seketika ia merasa cemas.

". Okey...Baiklah ". Tukas Brent lalu bangun meninggalkan Linalin seorang diri di meja makan kini peluangnya menikmati tanpa gangguan tidak ingin berlama perempuan itu langsung meneruskan makannya.

Selepas makan ia teruskan lagi mengemas barang barangnya sampailah ke petang akhirnya dapat merehatkan badan ia duduk di sudut ranjang menatap luar tingkap.

Brent menarik pintu biliknya keluar melewati lorong branda melihat pintu bilik Linalin sedikit terbuka ia berhenti ternampak Linalin sedang duduk lalu ia mengetuk pintu sementara Linalin berjalan menghampirinya.

". Ini jadualnya , agar Linalin boleh bersedia awal ". Ia menyerahkan sekeping kertas sampai ke tangan Linalin

" Linalin ? " Mengkedip mata perempuan itu.

". Emm..biasakan panggil nama... supaya orang orang tidak meraguinya ". Tukas Brent lalu berbalik sesudah Linalin mengangguk perlahan sekali lagi Brent melangkah meninggalkan perempuan itu.

" Hem.. jadual..". Merungut Linalin menatap jadual itu menolak pintunya kembali ke sudut ranjang merebahkan badan kelegaan rasanya seharian mengemas barang ia tertidur lelap.

Menggosok-gosok matanya sambil melirik jam di tangannya 10malam perlahan bangun menghidupkan lampu utama di bilik itu kelihatan di luar tingkap sangat gelap menarik langsir tingkap itu secara mengejut perutnya sakit.

". Mungkin lapar kali ". Merapatkan telapak ke atas perutnya ia keluar dari bilik itu menuruni tangga langsung ke dapur kelihatan tidak ada sesiapa di sana tidak ingin lama lama Linalin mencari sesuatu untuk di makan.

". Lapar?". Terkejut Linalin kedatangan Brent tidak mengetahui sudah berdiri di sisi meja.

". Di peti sejuk ada makanan..cuma panaskan saja ". Brent menarik kerusi lalu duduk di situ. Sesuai apa kata Brent , Linalin menuruti terhidanglah makanan di meja.

". Kamu .". Tanya Linalin

". Kamu..?". Ternaik kening laki laki itu

". Eh .. Brent ..mahu makan ". Tersenyum paksaan Linalin di bibirnya.

". Masih kenyang ". Sedikit mengelengkan kepalanya melirik Linalin dari tadi menggerut dahi badan sedikit membungkuk sambil memegang perutnya.

". Linalin ..kenapa?".

". Mungkin bukan lapar ". Gumam perempuan itu berkata sendiri tetapi di dengar oleh Brent sehingga membingung raut wajah laki laki itu Linalin tidak memperdulikan pertanyaan itu ia bangun pergi ke atas terus masuk ke biliknya tidak lama kemudian kembali lagi di meja makan tapi kali ini berdiri di depan laki laki itu.

". Brent boleh minta tolong". Wajahnya tegang senyumnya rapat menjadi cemas Brent dibuatnya.

". Apa. ?". Sangat berat Brent menyebutnya.

". Mahu ke kedai saja , beli tuala wanita ". Terus menutup rapat bibir Linalin sementara Brent ternganga mendengar.

". Ha..!.. baiklah". Matanya sibuk melirik Linalin sedang menahan sakit perutnya Brent berfikir sejenak.

". Linalin tunggu di rumah.. jangan lupa minum air suam". Terus bangun berjalan meninggalkan perempuan itu.

". Eh. ! ? ". Terpaku Linalin hanya mata berkedip kedip tangan masih di perutnya menahan sakit tinggalkan melihat belakang Brent sudah menjauh.

". Beli apa?". Penjaga kaunter itu merasakan pelik Brent hampir 10minit berdiam tidak bersuara semenjak masuk ke kedai.

". Em..itu untuk perempuan yang tiap tiap bulan pakai itu ....ada ?". Berbata bata ucap Brent sambil menahan wajahnya merah malu.

". Oh..ada ". Balas penjaga kaunter itu.

". Ah....beli semuanya". Lalu melihat ke kiri ke kanan kerana penjaga kaunter itu sudah bersenyum senyum memerhati.

Selesai membeli terus saja keluar dari kedai itu masuk ke keretanya meletakkan bungkusan itu di kerusi penumpang menarik nafas dalam-dalam lalu menjalankan keretanya pulang ke rumah.

Sampai di rumah tidak ada Linalin di ruang tamu melihat ke atas ia meneruskan langkahnya naik tangga menuju ke bilik Linalin melihat pintu tidak bertutup Brent mengetuknya menoleh tidak ada orang ia berbalik tubuh.

". Mungkin di tempat lain". Kata hatinya.

Nächstes Kapitel