webnovel

Bab 6

Mustapha mengeluh berat. Dia juga seorang lelaki yang panas baran, namun dia masih mampu mengawal emosi amarahnya dan, tidaklah seperti adik lelakinya Rashid. Bagai harimau yang dibentak tidur siang. Sekali terjaga, kucar kacir hutan belantara. Perangainya itu, sememangnya mirip di belah keluarga arwah bapa mereka. Tidak hairan jika orang kampung mengeruni keluarga mereka.

Dia yang mahu keluar ke pekan kuala, terpaksa membatalkannya saat akhir. Terpaksa pula dia bergegas ke sekolah.

Jika tidak kerana orang kampung memanggilnya, tentang adiknya itu. Mungkin hingga ke sudah dia tidak tahu adiknya itu sedang mengamuk di sekolah.

Sudah banyak kali dia memesan pada adiknya itu. Marah, sifatnya setan!

"Kamu dah tua bangke (dewasa), ngah! Udah-udahlah (sudah-sudahlah) le tu..kamu jangan ingat, kamu soghang (seorang) saja bengkeng (panas baran). Naik angin tak tentu hale!! (tak tentu masa)." suaranya, pada Rashid yang sedang berpeluk tubuh di balkoni rumahnya.

Mungkin masih ada sisa amarahnya itu. Muka adiknya itu tegang. Kelat!

Ruwaida yang tiba, dengan menatang dulang, sepiring biskut lutut dan air kopi panas dibawa ke meja yang beranda di beranda luar rumah. Dijeling sekilas, kelibat suaminya.

"Time kasih (Terima kasih)...Aida." Ucapnya pada iparnya.

Ruwaida mengangguk, sebelum berlalu ke dalam rumah. Kedatangan abang iparnya, di rumah mereka adalah perkara biasa. Kadang, dia ajak isterinya itu bertandang sama.

Lagipula, rumah mereka hanya berjarak dengan parit di tengah-tengah. Jika tidak kerana parit, mungkin mereka boleh berselisih bahu ke bahu kerana rumah mereka bergitu dekat.

"Ngah, aku bukan nak menyibuk hal kamu, anok-benghanak (anak beranak) Tapi, kalo (kalau) kamu layan sangat panaih baran (panas baran) kamu. Hilang anok bini (anak isteri)."

"Long, cakap boleh sebaghang (sebarang) cakap. Kamu jangan buat aku hilang hormat." Rashid memaling, ke arah abangnya. Dia mula naik berang. Dia mudah melenting apabila dia disoal tentang keluarganya. Sentuh sahaja topik pasal keluarga. Dia akan naik marah.

Alis Mustapha terjongket.

"Ape saloh (salah) aku cakap. Aku bukan tak tahu, kamu selalu bantai bini (pukul isteri) kamu." Agak tegang suara Mustapha, apabila adiknya mula menaikkan suara. Dia juga panas baran. Pantang, dia tidak di hormat. Lagipula, bukan dia memberi nasihat yang tidak baik.

Keletah mereka seperti api bertemu api. Ruwaida beriak tidak senang. Sebelum terjadi perkelahian, dia lekas memanggil kakak iparnya.

"Itu care (cara) aku didik bini (isteri) aku. Kamu jangan masuk campor! (campur)" Oktaf suara Rasyid makin meninggi. Nafasnya kasar. Hormatnya menghilang. Jasa abangnya pudar.

DANG!!

Mustapha menumbuk meja di hadapannya. Hanya senafas, dia berdiri.

Rashid tersentak, langsung diam.

Tahap panas baran dirinya adalah cepat sahaja naik angin. Pantang dicabar, habis di tutuhnya orang itu sehingga rasa puas penuh di pekung dadanya. Namun, abangnya jika marah. Makannya dalam dan lama. Selagi orang itu tidak pengsan atau cedera. Dia akan bantai selagi lumat. Itu cara abangnya. Walaupun abangnya itu tak melatah apabila membuat keputusan.

"Habis!! kau pulak, aku salah didik! sepatutnya, aku bantai kau sampai lunyai baru kau tahu sakitnye kena bantai, nghasenye macam mane!"

Rashid terdiam dan mula menyesal apabila dia melepasi batas kesabaran abangnya itu.

"Kau turun!! aku nak ajor (ajar) ko (kamu/kau) dalam gelanggang!" arah Mustapha, menunjukkan ke arah halaman kecil di hadapan mereka. Songkok di atas kepala, sudah diletak di atas meja. Jam dan cincin dilurut dari tangannya.

Rashid menunduk kesal. Bagai pelanduk bertemu Sultan Salman. Turut sahaja tanpa bantah, walhal tadi. Dia mampu meninggikan suara.

"Long, saya idoklah maksud gitu (saya tidak bermaksud sedemikian)"

"Aku memang maksudkan ape (apa) aku cakap tadi. Aku bukan labun kosong! (berborak tanpa ada makna)" nada suara Mustapha, tegas dan senada.

Langkah kaki, mula dibuka.

"Cepat!!" jerkah Mustapha apabila adiknya cuba melari-larikan diri.

"Bang!!" Suara Saleha, sudah melaung dari arah rumah mereka. Langkah isterinya agak lambat, kerana kedua-dua lututnya merasa perih apabila dia terpaksa melangkah dengan cepat. Mujur Ruwaida panggil dia, beritahu suami dan adik iparnya mahu bergaduh depan rumah.

"Allah bang...dah buat tebiat ke!! (dah buang tabiat ke)" rungut Saleha. Nafasnya mengah, badannya mula berpeluh. Kelam kabut, dia mendapatkan suaminya.

Mustapha masih tegak berdiri di tengah halaman. Jika tadi, dia mencabar adiknya turun. Tetapi kali ini, dia diam dan memerhati isterinya.

Saleha, bekas guru besar sekolah rendah. Walaupun dah pencen lama. Aura seorang guru itu masih jelas pada watak isterinya itu. Tambahan pula, isterinya pernah menjaga Rashid waktu Rashid masih muda belia.

Kata-kata Saleha, lebih didengarinya dari Mustapha.

"Angah!! apa yang along tegur, bukan nak ngajor (ajar) kamu. Tapi, aku bangun awal pagi. Dah denghor ko orang laki bini kelahi (Sudah dengar dari awal pagi, suami isteri bergaduh). Pagi tadi, berderang (berkecai) pinggan mangkuk. Ko tak malu ke ngah??" dengan sisa nafas yang ada, Saleha mula bersuara.

"Yong!!"

"Kau dengar aku cakap dulu!" Bentak Saleha, apabila adik iparnya cuba mencelah. Rashid menahan perasaan. Mustapha menghela nafas pendek.

Adiknya masih tidak sedar silap diri. Marah, jika melebihi tahap adalah petanda tak baik. Hati mudah kotor.

"Aku dengan abang kamu, tak tahan dengar ko orang bertekak (bising bergaduh) pagi-pagi. Tolonglah ngah, jangan sampe (sampai) datang satu bahana pada ko. Waktu tu ko baghu nok nyesal!! (waktu itu kau baru nak menyesal!!)" Saleha mula membebel. Dadanya yang dirasakan sempit, mula beransur lapang. Tangga ke rumah, di jadikan tempatnya merehatkan sakit pada kakinya.

"Yong..saye..." Rashid mengalih matanya, melihat isterinya yang menghindari dari melihatnya.

"Kamu untong ngah. Bini kamu bukan kaki canang hae-hae dalam kain. Kalau ko dapat oghang lain. Belum tentu lagi.. (Kamu untung angah. Isteri kamu bukan seorang yang menghebahkan cerita buruk hal dalam rumah tangga. Kalau perempuan lain. Belum tentu lagi...)" ulah Saleha, apabila Rashid mengintai isterinya.

"Tengoklah...along dengan yong pun tahu saye (saya) panas baran."

"Cuba..benda kite (Kita) boleh ubah." Mustapha yang sedari awal isterinya itu tiba, dia memilih untuk senyap. Namun pada akhirnya, dia mula bersuara. Panas hatinya juga sudah beransur hilang. Andai iparnya itu, tidak memanggil isterinya. Pasti, akan berlaku perkelahian. Dia bekas guru silat, walhal adiknya itu tidak ada jurus apa-apa. Mahu lunyai di bantai adiknya itu.

Muka adiknya masam.

"Aku ini ngah, anggap kamu macam adik aku sendighi. Aku tok mau kamu ke balei, sebabkan perghagai kamu yang bengkeng tok tentu pasei. (Angah, aku menganggap kamu macam adik sendiri. Aku tidak mahu kamu ke balai, disebabkan perangai kamu yang panas baran yang diluar kawalan.)

Rashid senyap. Apabila dia dipandang oleh alongnya, lantas itu dia menganggukkan kepalanya

"Saye mintak maaf long." balas Rashid. Mustapha angguk, tanda memaafkan ketelanjuran adiknya. Jika perkara masih boleh dibawa bincang, dia akan berbincang. Dia tidak mahu memanjangkan isu. Akan meruntuhkan ikatan kekeluargaan. Sifat buruk yang nabi tak suka.

Allah juga, akan murka.

Bersambung....

Nächstes Kapitel