"Ibu..ibu..."
Ruwaida yang sedang melipat baju kering di tengah rumah, menghentikan kerjanya. Bisikkan suara anaknya itu, membuatkan dia mencari-cari kelibat Aleya. Dia memaling mukanya ke arah belakang. Namun, jasad anaknya itu tidak kelihatan di pandangan mata.
"Ibu!! sini..." Suara bisikkan Aleya, semakin kuat.
Ruwaida memusingkan badannya apabila bayang anaknya, berada tidak jauh dari tempatnya yang sedang bersila.. Anak perempuannya, sedang mengendap di balik daun tingkap kayu di antara jeriji. Hanya separuh mukanya yang kelihatan.
"Ayah?!!" soalnya.
Mendengar soalan anaknya, Ruwaida melihat ke arah dapur dan hadapan bilik mereka. Seakan-akan mencari kelibat suaminya. "Rasanya, dah pergi kerja." Matanya meralit pada jam di dinding rumah.
Aleya angguk lalu melompat turun. Walaupun, rumah tingkat atas itu tidak tinggi. Tetapi, dengan saiz ketinggian Aleya, dia terpaksa memanjat untuk mengintai ayahnya.
Takut bertemu dengan ayahnya.
"Ibu...." Aleya yang baru melangkah masuk ke dalam rumah, menjinjit kasut sekolah lusuhnya. Wajahnya sembab dan pucat. Kedua-dua matanya basah.
"Kenapa bawak kasut masuk??!..Maghi..maghi (mari) sini." panggil Ruwaida, yang pada mulanya ingin mempersoalkan anaknya tentang kasut yang dibawa masuk ke dalam rumah. Namun, apabila matanya melihat wajah Aleya. Hatinya bejat dan merusuh. Hanya kerana salah faham..hampir anaknya itu dipukul oleh ayahnya.
Aleya perlahan-lahan mendekati ibunya. Ruwaida memeluk anaknya. Diusap kepala anaknya, yang berlapik tudung. "Tak apa, pak long kamu dah maghah(marah) ayah. Ayah dah janji tak buat dah." pujuknya dengan bahasa anak. Walaupun hakikatnya, sememangnya suaminya itu dimarahi oleh abang iparnya. Mujur birasnya ada, sekali. Jika tidak. Hampir berlaku perkelahian.
"Tak apa..pergi mandi, pakai baju wangi-wangi. Mak dah siapkan makanan dekat bawah tudung saji. Lepas makan, pergi buat kerja sekolah." arah ibunya lembut apabila anaknya itu kelihatan terpujuk dengan kata-katanya.
"Kakak mane?"
"Pergi rumah mak long, agaknya. Mak long ada ajak, makan buah pelam." balas Ruwaida, seraya menyambung kerjanya yang terbengkalai. "Kasut, pergi simpan dekat bawah rumah. Tak elok, bawa kasut dalam rumah. Benda itu kotor." tambahnya, apabila melihat anaknya menjinjit kasut sekolahnya ke dalam bilik.
"Nanti ayah nampak." Aleya, memberi alasan.
Ruwaida mengeleng. "Ayah kamu balik malam karang, dia akan perasan juga kamu. Baik kamu letak dekat bawah rumah." Balas Ruwaida, menegaskan kata-katanya.
Aleya mencebik. Kasut sekolah yang dibawa sama, diangkut semula ke luar rumah. Digantung di bawah rumah seperti yang di arah oleh ibunya. Jika dibiarkan bersepah, atau dibiar di atas tanah. Risau kucing akan kencing kasutnya. Atau paling tidak, katak duduk dalam kasutnya.
"Ibu..kenapa ayah maghah sangat tadi." Sebaik dia naik semula ke atas rumah, Aleya mula menyoal. Kenapa dia di anugerahkan seorang ayah yang panas baran. Dia sangka, semua ayah garang. Sebab apabila dia bercerita tentang ayahnya pada kawan-kawan sekelas. Semua mengakui ayah mereka garang. Tetapi, kejadian pagi tadi buatkan mereka banyak menafikan sifat ayah mereka yang sama dengan ayahnya. Ayah dia adalah yang paling garang.
Semua tak nak ada ayah macam ayah dia.
"Erm??" Ruwaida, memandang anaknya. Tangannya terhenti. "Ayah..ayah maghah, sebab ayah sayang."
"Ibu, tipu!! ayah pukul ibu, sebab ayah sayang ke?!!" Suara Aleya kedengaran memberontak. "Leya tanya kengkawan(kawan-kawan) Semua kata, ayah depa(mereka) tak pernah pukul ibu depa. Kenapa ayah Leya je yang pukul, ibu?!!" suara Aleya, kedengaran sebak.
Terdiam Ruwaida. Kini, anaknya mula mempersoal tentang itu. Jika sebelum ini, anaknya lebih memilih untuk diam dan hanya memerhati.
Ruwaida merengus kecil. Silap dia, kerana menerima suaminya yang panas baran. Apabila dia tahu, suaminya itu baik dan sangat romantik. Dia beranggapan, jika mereka berkahwin nanti, mungkin baran akan hilang. Sangkaannya itu meleset. Dia menempah bala untuk dirinya.
"Leya...ibu mungkin silap cari ayah yang baik untuk kamu. Tapi, bila kamu dah besar nanti. Kamu kena ubah. Kamu jangan cari lelaki macam ayah kamu." pesan Ruwaida. Baju yang sudah siap dilipat, diangkat untuk disusun.
Sebak dan kecewa. Namun, apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur.
"Leya!! Leya tak nak kawin!! Leya benci ayah!" jawapan yang di inginkan, tidak dia perolehi. Namun, kata-kata ibunya itu membuatkan dia faham. Jika mahu memilih lelaki macam ayahnya untuk dijadikan suami pun dia tidak mahu. Dia tahu, ibunya tak bahagia. Dia bukan budak berusia lima tahun. Dia sudah tingkatan tiga. Disebabkan badannya kecil dan rendah. Dia seperti budak darjah enam sahaja gayanya.
Aleya, masuk ke dalam bilik, berlalu dari ibunya. Dia marah dengan takdir, dia marah dengan ayahnya dan dia marah dengan ibunya.
Ruwaida mengeluh berat. Tak disangka, bergitu hebat anaknya itu trauma dengan ayah mereka. Dia tidak tahu, adakah ini yang dia nak sewaktu dia menerima suaminya??
Tiada cara lain. Anak-anaknya perlu, di bawa keluar. Mungkin, harapan pada anak sulungnya tiada. Tetapi, pada Aleya. Dia yakin, anaknya itu lebih bahagia ketika berada di luar.
"Leya.., kalau kamu tak nak suami macam ayah. Kamu, kena keluar dari rumah ini. Kamu kena berjaya. Bila kamu dah berjaya dan hebat. Kamu tak akan jumpa lelaki macam ayah." Dengan baju yang dilipat masih di atas tangannya, Ruwaida cuba memberi jalan pada anaknya.
"Maksud ibu?"
"Kau perlu jadi cikgu ke, jadi peguam ke. Kamu kena belajar betul-betul." ujar Ruwaida. Mencadangkan apa sahaja jawatan yang boleh membawa anaknya itu keluar dari neraka ciptaan suaminya
"Ayah bagi ke?"
Ruwaida mengeleng. "Tak apa. Ibu akan usahakan dengan macam cara. Yang pastinya, tahun ini kamu ada peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah) kan... Buat elok-elok."
"Tapi, kalau ayah tak bagi juga macam mana?"
"Leya..jangan risau pasal itu. Ibu tahu, macam mana nak uruskan. Lagipun, kamu pandai." Ruwaida menghampiri anaknya. Baju yang dilipat, diketakkan di atas kerusi plastik yang mereka gunakan sebagai meja belajar.
Rambut Aleya, diusap.
"Kamu buktikan pada ibu, kamu boleh dapat keputusan cemerlang. Kalau kamu dapat keputusan hebat, ibu akan hantar kamu ke sekolah asrama. Tapi, kena janji dengan ibu. Buat elok-elok."
Aleya, mulai terpujuk. Ayah mereka pernah pesan untuk menghantar mereka sampai sekolah tingkat tiga sahaja. Selepas itu, duduk rumah. Kalau belajar lama-lama pun. Belajar masak dari ibu. Dia yang pada mulanya dapat keputusan hebat, merudum jatuh.
Cikgu banyak mempersoalkan keputusannya. Ada yang kata, dia berlagak pandai. Ada juga yang menuduh dia meniru dalam peperiksaan. Tapi, apa yang dia kisah jika mereka mengatanya bergitu, seandainya dia hanya mampu belajar pada tahun ini sahaja.
Kata ayahnya, orang perempuan tak perlu berlajar tinggi. Nanti, masuk dapur juga macam ibu kamu. Lelaki juga yang akan cari kerja.
Mungkin benar kata-kata ayahnya itu. Tetapi, jangan hina atau sindir impiannya untuk berjaya sama hebat macam mak long. Mak long, hebat. belajar tinggi dan jadi guru besar. Dia mahu, jadi macam mak long. Mak long kaya. Dia tak nak hidup susah macam sekarang.
"Leya, buat elok-elok ya. Jangan fikir apa-apa. Belajar sampai berjaya. Ibu akan sokong kamu." tepuknya di belakang Aleya. Aleya mengangguk perlahan.
Mungkin, ini juga caranya untuk membalas dendam untuk ibunya. Jika sebelum ini, dia tak mampu melawan sebab masih budak-budak. Dia akan lawan bila dia dah berjaya. Dia dah dewasa, dia akan balas perbuatan ayahnya. Ibu, dah lama hidup tersiksa dengan ayah. Dia merangkul ibunya. Azamnya, kini baru.
Biar bertemu buku dengan ruas!
Bersambung...