webnovel

Bab 3

ATILLA menjenguk ibunya, sebaik kelibat ayah dan adiknya sudah beransur pergi dengan tungangan motor lama keluar dari halaman rumah mereka. Di tangannya, ada sisa serpihan kaca yang dikumpulkan di dalam penyodok sampah. Dia membawanya bersama, dengan penyapu yang dikempit di bawah lengannya.

"Ibu??"

"Ya,..!" Ruwaida berpaling ke arah berlawanan, membuang sisa air mata di wajahnya sebelum bangun dan mendekati anak sulungnya yang sudah menghulur ke arahnya. Alang-alang dia berada di luar rumah. Biar dia sahajalah yang ke tanah, membuang sisa serpihan kaca pagi tadi.

"Biar mak buang. Kamu, pergi kemas ruang tamu." arahnya, seraya mengambil penyapu dan penyodok sampah di tangan anaknya.

Lagipun, banyak kerja rumah yang belum selesai. Tengahari, dia perlu siapkan lauk untuk suaminya pulang makan, sebelum suaminya bertolak ke tempat kerja sebagai pengawal keselamatan di salah satu bangunan kerajaan di pekan.

Walaupun, rumah tidak sebesar mana. Rumah lama pula, tak banyak nak dikemaskan namun agak mengambil masa juga untuk dia menyelesaikan semuanya serentak.

Anak sulungnya, Atilla. Tak banyak membantah. Bila disuruh, terus buat. Itu pula kelebihan anaknya seorang itu, jika dibandingkan dengan Aleya. Anak sulungnya itu akur, dan terus berlalu ke tingkat atas ruang tamu manakala Ruwaida pula bergerak ke belakang rumah dan membuang sampah kaca di dalam longkang, parit kecil. Sisa yang melekat, disapu keluar. Sebaik dia selesai, membuang sisa-sisa serpihan kaca. Dia kembali mendapatkan Atilla, namun kelibat anaknya sudah tiada di muka pintu.

Ruwaida mengeluh kecil, sambil mengeleng kepala apabila anak sulungnya sudah pergi tanpa menunggu penyapu dan penyodok sampah di tangannya. Itulah anak sulungnya. Perlu diberi arahan dengan jelas, dan perlu di arahkan untuk menunggu sekiranya perlu. Jika tidak, anaknya akan buat satu perkara sahaja. Arahan juga, tidak boleh serentak.

Nak kemas rumah, kena ada penyapu. Anaknya itu mengidap penyakit lembam, iaitu tahap daya otak yang abnormal dari daya otak manusia normal. Itulah yang diperkatakan oleh doktor kepadanya, sewaktu Atilla dilahirkan.

Puncanya, dia ditolak oleh adik angkat suaminya sewaktu dia sedang sarat mengandung hingga terpaksa melahirkan secara permbedahan. Allah masih memberinya rezeki anak.

Apabila dia menyatakan perbuatan adik angkat suaminya itu, pada suaminya. Dia pula yang ditampar dan dimaki hamun walaupun, dia sedang berpantang. Entah berperilakukah perangai suaminya itu.

Ruwaida mengusap bekas tamparan suaminya pagi tadi. Mungkin anak-anaknya sudah lali mendengar pertengkaran mereka yang berlaku hari-hari. Seperti rutin harian buatnya, menjadi tempat suaminya melempiaskan rasa tidak puas hati. Lagipula, dia tidak bercerita pada anak-anaknya atau keluarganya sendiri.

Jika mengadu pada keluarganya, dia pula dipersalahkan kerana memilih Rasyid sedangkan dahulu, ramai orang yang menginginkannya. Masih salah diakah...

Jika pada anak-anaknya, mereka masih kecil untuk fahami. Jadi, perkara itu tak pernah ditanya oleh anak-anaknya. Mereka juga, tampak takut dengan suaminya yang mempunyai sifat panas baran.

Salah apa dia, pada suaminya hingga tiada satu hal yang suaminya pandang selain daripada naik tangan dan kaki. Ada sahaja yang tidak kena.

"Ibu..penyapu." Atilla yang sudah berada di hadapan mata, tidak dia sedari. Ruwaida agak tersentak. Lalu, penyapu dan penyodok sampah diserahkan pada anaknya.

Anak matanya, melingas ke luar rumah. Lalu mengalih pada jam yang tergantung di dinding rumah. Waktu suaminya pulang, tinggal satu ke dua jam lagi.

"Nanti, selesai di atas. Tolong ibu di dapur."

Atilla angguk dan berlalu. Ruwaida terus ke peti ais, mengeluarkan ikan sungai yang dipancing suaminya semalam.

Suaminya, tak culas dalam memberi nafkah dari makan dan pakai mereka. Walau, ianya tak mewah. Tapi, cukup sekadarnya bagi mereka. Cuma..., suaminya tak pandai menjaga hatinya. Baginya, dia tak boleh mengadu walaupun penat. Dia bukan robot! dia manusia!!

"Aida!! Hoi, Aida!!" jerit Maznah dari tangga depan rumah. Dia yang merupakan rakan lama Ruwaida, yang masih tinggal di kampung yang sama. Rakan-rakan lain yang sebaya mereka, sudah lama keluar dari kampung. Merantau ke negeri orang. Ada juga, yang pindah disebabkan kawin.

"Aku dekat dapur, ni Nah..."

"Oh, awal lagi aku dah ada dekat dapur. Kau tengah buat apa??" sahut Maznah, berjalan ke arah dapur rumah. Dia yang baru pulang dari pasar tani, menghulur dua biji nanas di dalam beg plastik pada Ruwaida.

"Apa ni Nah..?" Beg plastik sudah bertukar tangan.

"Nenas aku beli dekat pasar tadi. Sedap buat gulai." Batu tangga pintu dapur sudah menjadi alas tempatnya duduk seketika. Lenguh, dia berjalan kaki dari rumah ke pasar tani. Walaupun tak jauh mana, namun penat juga kalau menjinjit barang-barang yang berat.

Nak pergi, ringan. Balik dari itu, yang payah. Dua tiga beg plastik di kiri kanan tangan.

"Mahal ni.." ucap Ruwaida, mencium bau buah nanas. Nanas yang kecil comel, sahaja bentuknya.

Maznah senyum kecil, memerhati gelagat teman lamanya. "Apalah sangat.., aku teringat kau masak nenas gulai lemak yang kau kirim dekat anak aku haritu. Sedap betul. Itu yang aku beli lebih."

"Ya Allah, terima kasih Nah..aku tak ada apa nak beri. Kalau kau tunggu kejap, aku boleh masak lauk tempoyak. Aku bagi kau."

"Tak payah nak mengada. Aku bagi, bukan nak minta habuan. Kalau kau nak bagi juga, aku ambil je." tawa Maznah, diselangi dengan tawa Ruwaida. Rakannya itu, semamangnya suka berlawak dan bergurau senda. Ada sahaja ayatnya, yang boleh membawa ketawa geli hati.

"Kalau macam itu, kau tunggu kejap."

"Eh, aku gurau je tadi. Tak payah." Maznah lekas mengeleng. Dari dia sedang duduk, dia terus bingkas berdiri. "Kau tak payah nak menyusahkan diri. Aku memang saja nak bagi kau." balas Maznah, beria-iya dia menolaknya.

"Ish, apa menyusahkan. Kejap, semalam Rasyid ada mancing dekat tepi sungai. Banyak juga, hasilnya. Kejap, kau tunggu kejap." Ruwaida bergegas ke peti ais. Ada ikan yang lebihan yang dia sengaja simpankan untuk masak di hari lain. Sememangnya berlebih, jika memancing di Sungai Perak.

"Allah kau, Aida. Aku bagi, kau pun nak bagi."

"Apa salahnya Nah...bertukar rezeki." Beg plastik, di letakkan ikan sungai diberikan pada Maznah.

Maznah senyum lebar. "Ikan sungai, kalau buat goreng ranggup. Sedap, cicah dengan sambal tempoyak." Terliur mendengar ujaran mereka.

"Masak gulai tempoyak pun sedap. Dagungnya manis." balas Ruwaida, mengingatkan dirinya yang sedang memasak gulai orang Perak.

Maznah angguk. "Memang. Terima kasih banyaklah Aida. Banyak lauk harini." sengih Maznah, menunjukkan ikan sungai yang diberi Ruwaida.

"Ya. Kau pun sama. Terima kasih, bagi buah."

"Aku balik dululah. Karang, suami balik. Dapur tak berasap lagi. Kebulur kawan tu." sengih Maznah dalam jenaka. Ruwaida angguk sahaja.

"Ohh..yelah. Nanti, kirim salam dekat mak kamu. Kata aku kirim salam." pinta Ruwaida, melambai ke arah Maznah yang berlalu.

Maznah angguk membalas dengan isyarat mukanya. Usai, kelibat teman sekampungnya hilang dari pandangan. Ruwaida kembali kepada rutin asal.

Nanas yang diberi Maznah, dikupas untuk dibuat jelatah. Lauk berkuah dah ada, lauk bergoreng pun dah ada. Baik, dibuat jelatah. Ada juga lauk yang asam-asam jeruk.

"Ibu, dah siap."

Ruwaida memaling sepintas. "Hmm..pergi basuh beras dekat dalam singki."

"Beras ni.."

Ruwaida memaling lagi, seraya mengangguk. "Haah. Basuh bersih-bersih."

Bersambung...

Nächstes Kapitel