webnovel

Bab 4

"Ya Allah...letih.."

Rasyid tersenyum. Lebar senyumannya terukir kemas di bawah kumis nipisnya yang mulai tubuh, saat dia sedang melihat keletah putri bongsunya yang merungut kelelahan. Walaupun, kerjanya hanyalah mencabut rerumputan yang tumbuh liar di beberapa kawasan di kebun yang dia usahakan. Namun, seketika senyumannya itu terus pudar apabila isterinya lalu di hadapannya.

Entah mengapa, semenjak lima ke enam tahun kebelakangan ini. Kelibat isterinya itu, terasa panas. Walau, dia sekadar memerhati tingkah isterinya itu. Perasaannya sudah tidak baik. Isterinya itu, mendengar kata dan tak kurang dalam memenuhi keperluannya. Namun, dia tak mampu bermesra atau bermanja dengan isterinya itu.

Awal pagi tadi, dia memukul lagi isterinya kerana isterinya itu keluar ke sekolah anak mereka minggu lalu.

Dia dapat tahu dari, teman kampung sebelah. Bukan dia tak boleh datang ke sekolah. Dia boleh, cakap sahaja. Mungkin, isterinya itu sengaja mencari mata-mata orang kampung, bahawa dia bukan lelaki baik.

Bekas ubat nyamuk dan pisau menoreh getah, di bawa ke belakang bilik air, dibawa simpan di atas para kayu yang berhampiran dengan dapur rumah. Baju lusuhnya, ditanggal lalu disangkut pada paku di belakang pintu.

Dilingas sekilas, melihat lebam di lengan isterinya yang kelihatan, tatkala isterinya itu menyinsingkan lengan baju. Nampak merah-merah bekas lembam.

"Da.., kopi?"

Ruwaida berpaling, melihat suaminya mengambil duduk di kerusi meja makan.

"Ada, sekejap." balas Aida, membawa bancuhan kopi di dalam teko yang di bawa ke atas meja makan. Cawan di ambil, di atas rak lalu diberikan pada suaminya.

Tanpa tuang, dia biarkan suaminya membuatnya sendiri. Bukan susah, hanya tuang sahaja di dalam cawan. Air dah bancuh.

"Eee...pacat!"

Sepasang suami isteri itu, spontan berpaling serentak melihat keletah dua anak mereka di tangga dapur. Atilla yang berbadan kecil dan kurus itu, tampak melidi di belakang pintu. Dia mengintai dari jauh, menjauh dari adiknya. Kegelian pada binatang lebik dan licin itu, mendatangkan rasa tidak senang padanya hingga dia berada jauh dari kendudukkan adiknya.

"Ergggghh!!" Aleya, bergumam perlahan. Haiwan sejenis cacing beruas itu, melekat pada kaki dan betisnya. Haiwan parasit yang hidup itu, menyedut rakus darah dari perumahnya. Pacat itu sudah, gemuk kekenyangan hingga tergolek ke tanah apabila ditarik Aleya dari kakinya. Aleya melempar dengan kasar.

Mukanya, kegelian itu mula menjuihkan bibir.

Kakinya yang dihisap darah oleh pacat, mulai memuakkan darah dari luka-luka benaman gigi sang berbadan pipih. Aleya merungut saat darah itu mengeluarkan rasa kegatalan dan miang. Kawasan luka, mula memerah dan berbekas.

"Ini yang aku malas ini. Habis kaki aku, asyik kena pacat je... Akak, seronoklah. Duduk rumah.." rungutan itu, kadang kuat dan kadang tidak jelas butir katanya. Anak matanya, menjeling si ayah yang buat tidak endah dengan kata-kata anak bongsunya.

Badanya yang berpeluh-peluh, mula kekeringan dan dan meninggalkan rasa melekit. Bahang panas, terasa sejuk apabila kipas dapur melibaskan angin.

"Sudah! pergi mandi."

Suara garau Rasyid bergema, mengarah anaknya itu bangun membersihkan diri. Kerlingan anak matanya, mencuri lihat keletah anaknya yang masih menilik kesan gigitan pacat di kaki. Air mukanya keruh, apabila kakinya mula gatal-gatal. Air minuman bancuhan isterinya itu, dihirup perlahan-lahan.

Aleya, cemberut tatkala disuruh oleh ayahnya untuk mandi membersihkan diri dari kotor dan hamis busuk dari kerja kebun. Namun, cemberut-cemberutnya itu. Dia tetap akur pada suruhan ayahnya.

Ayahnya panas baran. Jangan dibantah kata-katanya, jika tidak mahu tali pinggang atau rotan buluh dicabuk pada tubuh badan.

"Habis mandi, lekap tempat darah itu dengan kertas." sambung ayahnya, sepintas lalu ketika dia mahu memanjat tangga ke bilik tidurnya untuk mengambil persalinan yang bersih.

"Kertas..mahu ke..." ujahnya, tak percaya. Luka pacat susah nak sembuh, dan darah yang keluar susah nak kering.

Aleya pandang ibunya.

Ruwaida senyum nipis, dengan angukkan pada jawapan anaknya. Itu adat orang dulu. Kadang, kertas dari daun tembakau itu dilekat pada tempat luka.

Rasyid buat tidak endah. Kakinya juga, ada kesan pacat. Namun, dia sudah menempekkan awal-awal dengan kertas rokok tembakau.

Air panas itu, dihirup lagi.

Ruwaida melihat kaki anak daranya. Mereka orang susah. Anak orang kaya sahaja, ada kaki yang bersih lawa. Tak ada cacat cela parut seperti anak kampung. Tetapi, inilah salah satu identiti orang kampung. Kasar dan lasak. Lagipun, dah besar panjang nanti. Hilanglah parut. Dah besar, dah pandai jaga diri.

"Kakak, buat apa sana tu. Tolong ibu, bersihkan dapur."

Nasi yang ditanak atas dapur gas, sudah masak sempurna itu diletakkan di atas tungku di tepi dapur. Panas berwap-wap, keluar berkepul-kepul. Melihatnya sahaja, hati Ruwaida senang.

Kadang, kesengan hati bukan datang dari duit semata, kadang ianya juga boleh datang dengan rasa puas memasak untuk keluarga. Melihat anak-anak kian dewasa, yang dijaga sejak dari kecil.

Atilla yang lagut melihat pacat gemuk di atas tanah yang tergolek beberapa ekor itu, tersentak denganbteguran ibunya. Mungkin lupa dengan tugasannya itu, apabila leka melihat pengerakkan pacat di atas tanah yang sesekali, dikuis-kuis dengan ranting kayu. Mendengar ibunya, memanggil, Atilla terus bangun dan berlari masuk ke dalam dapur dengan wajah kegelian apabila dipanggil oleh ibunya.

Rasa geli terhadap binatang itu, masih tersisa pada pangkal lehernya. Meremang!

"Dah tahu geli, buat apa main. Dah, susun dan siapkan pinggan atas meja."

Atilla tersengih, melihat ibunya yang bergerak tidak henti. Sekejap ibunya, berada di meja makan membawa lauk. Sekejap ibunya menguncar lauk di atas dapur.

"Ibu, hebat!" bisik Atillah, bergumam perlahan.

Lauk orang kampung, hidangan sederhana sahaja. Apa yang penting, atas meja perlu ada sambal belacan dan sambal tempoyak. Orang Perak, kalau makan nasi. Mesti ada pedas masam. Cicah pula dengan ulam yang rasa kelat-kelat pahit seperti ulam mahkota dewa. Atau, petai yang muda-muda ranum. Bukan sepinggan, mahu sebesen nasi habis dilahap hingga licin.

"Mana kau dapat nenas?"

Ruwaida, menjeling jelatah di atas meja yang sudah siap dihidang. " Nah bagi."

Rashid angguk. Dia kenal dengan Maznah, kawan dekat isterinya. Pandai memasak juga, dan selalu datang bertandang jika ada masa lapang. Suami isteri itu sama perangai, suka memberi. Mungkin sebab itu, rezeki mereka murah.

Selang beberapa minit, Aleya sudah menukar pakaian. Manakala, rambutnya yang separas bahu, sudah dibaluti tuala yang di sanggul tinggi di atas kepala.

"Wah...ikan sungai." Ujar Aleya, apabila melihat ada ikan sungai yang digoreng ranggup di atas meja.

"Kering rambut elok-elok. Nanti basah lantai."

"Leya dah balut dah, dengan tuala." unjuknya pada si ibu, usahanya dia hingga membalutkan rambut dengan tuala.

"Lap hingga kering." pesan ibunya, sedikit berkeras.

"Alaaa..."

"Ala apa! pergi cepat. Keringkan rambut." suara Ruwaida mulai meninggi.

Rasyid, sudah lama berlalu sedari anaknya datang. Dia yang runsing dengan badannya yang melekit, terus bergerak ke bilik air.

"Yelah..." balas anak bongsunya, dengan langkah yang dihentak satu persatu di atas lantai. Merungut dia, dengan bahasa yang tidak difahami.

Ruwaida mengeluh. Semakin besar, semakin degil. Aduhai...siapalah, mereka ikut.

Bersambung...

Nächstes Kapitel