webnovel

Bab 10

"Good morning, sleepyhead." ucap Hazhirah. Dia bermain-main dengan rambut suaminya. Apa jua yang berlaku semalam memang membuatkan dia bahagia.

Ryan membuka sebelah matanya. "Good morning, sayang." Ryan bangun dan mencium pipi isterinya. "I'm happy. So happy to be with you. But... Regarding this happiness..." Riak wajah Ryan berubah.

Hazhirah memegang wajah suaminya. "Regarding this happiness? What?" soal Hazhirah.

"I need to go pee." kata Ryan sambil ketawa. Dia bangun dan bergegas ke tandas. Hazhirah juga turut ketawa. Macam-macam la suami dia ni. Suka buat suspen je.

Telefon Ryan berdering. Nama Jannah terpapar di skrin telefon. Hazhirah menjawab panggilan tersebut. "Hello, who's this?."

"Hello, Ian ada?" tanya Jannah.

"Urmm.. he's in the loo. Anything?"

"Ouh, in that case I'll meet him on Monday. There's some business deal we need to discuss. By the way, nice to talk to you, miss. Have a good day."

Jannah mematikan talian. Ryan keluar dari tandas sambil mengikat tali seluarnya. "Who's that, sayang?"

"Your colleague. She wanted to meet you on Monday. Dia kata ada business deal nak discuss." jawab Hazhirah.

"Azrina?"

"Nope, Jannah."

Ryan cuba beriak biasa. 'Ada business deal apanya dia dengan aku?. Setahu aku, Azrina akan masuk office this Monday and dia mesej aku kata semua dah settle.' telah Ryan dalam hati.

Hazhirah yang sedari tadi duduk di atas katil membuka aplikasi Tiktok. Tapi dia terfikir juga siapa wanita itu dan apa kaitan dia dan suaminya?. Dia tak mahu berfikiran negatif. Takut nanti lain pula jadinya.

                                                 ...

"Nyah, kau dah balik! Rindu mak nyah!" jerit Khalil. Excited la tu. Azrina dah masuk office.

"Astagfirullahaladzim. Sabar nyah. Aku baru masuk kerja. Nanti time lunch kita catch up."

Ryan yang baru masuk ke office masih lagi cuba membetulkan tali lehernya yang dari tadi diikat tak jadi.

Azrina hanya tersenyum ke arah bosnya. Ryan membalas senyuman itu kembali. Khalil yang dari tadi memandang keadaan Ryan begitu terfikir. 'Mamat ni tak reti ikat tali leher ke? Selalunya okay je. Serabut pula hari ni.' telahnya dalam hati.

Jannah pula yang datang dari pantry datang membawa coffee untuk Ryan. Dia melihat Ryan yang memang frust sebab tali leher yang diikatnya tak menjadi. Selalunya, Hazhirah yang akan tolong ikatkan buatnya.

Bila Hazhirah perlu keluar dengan Syazrina, memang tak boleh menolak. Tambahan pula bila nak ajak dia pergi beli dress untuk party malam ni yang meraikan hari ulang tahun perkahwinan ayahanda dan bonda Ryan. Syazrina kalau boleh pagi-pagi buta nak ajak isterinya pergi beli dress. Kalau ikutkan hati dia, sebelum subuh boleh keluar beli. Sudah semestinya kedai belum buka. Entah-entah orang kedai pun tengah mimpi indah.

"Ian, nak I tolong?." soal Jannah.

"Sure. I dah tak tahu nak buat apa. Ikat macam tu tak kena, macam ni tak kena." keluh Ryan. Dia fed up. Buat cara itu, yang bahagian tali depan panjang. Buat cara ini, bahagian tali belakang panjang. Pening dibuatnya.

Jannah menyuruh Ryan untuk berdiri tegak. Dia mengikat tali leher Ryan. Dia cuba merapatkan mukanya. Riak wajah Ryan menunjukkan dia tak selesa. Usai mengikat tali leher, Jannah berdehem membetulkan anak tekaknya. "Anything else, Ian?" soal Jannah.

Ryan menggeleng. "Thank you." jawabnya ringkas. Dia tak mahu terlampau rapat. Nanti tak pasal-pasal dia pula terjebak dengan kes kecurangan. Sudahlah masa silam dia dan wanita itu tak habis lagi. Nak tambah masalah pula. Memang taklah!

Sebelum Jannah mengatur langkah berlalu pergi, Ryan memanggilnya. "Wait. You say we got a business deal to be discuss about. What is it?"

"Maybe at lunch? We'll discuss later."

                                             ...

Jannah mengoyakkan paket gula yang diberi dan dituang ke dalam kopi latte yang diordernya.

Ryan yang dari tadi masih fokus memandang telefonnya mula bersuara. "Shall we discuss now?."

"Yea, actually bukan pasal business pun. I nak cakap tentang something personal."

"Kalau bukan pasal business pasal apa?"

"Pasal Hafiz."

"Okay, so apa yang dia buat kat you?."

"He wanted me to be his girlfriend."

Ryan tersentak. Habis tersembur air yang diminumnya.

Terkejut juga. Mana datang pula si Hafiz tu nak melamar  Si Gendut ni jadi girlfriendnya?

Jannah menghulurkan tisu kepada Ryan. "Are you okay?"

Ryan mengangguk sambil mengelap mulutnya.

"G...Girlfriend?"

"Yea. You heard me right."

"Out of sudden?"

"Actually, dia nak settle down and have a family."

'Have family my foot. Result DNA untuk check itu anak dia ke tak pun tak settle lagi. Nak ada family konon.' telah Ryan dalam hati. Geram.

"Ouh, haven't he told you anything? " soal Ryan ingin tahu. Ni mesti kes tak tahu apa yang dah jadi sebelum ni.

Jannah hanya menggeleng. Dia sendiri keliru dengan apa yang dimaksudkan lelaki itu.

                                ...

Ryan menolak Hafiz ke dinding. "Kau nak settle down and ada family eh? Kau dah musnahkan hidup adik aku, sekarang kau nak buat macam kau ni lelaki suci?! Bodoh!"

"Kau dah gila ke? Aku buat keputusan pun sebab aku tak nak terlibat la dengan masalah adik kau! Prostitute!"

Ryan menumbuk muka Hafiz dan menendang perutnya. Ryan menarik kolar Hafiz, lalu menolaknya ke lantai dan memijak belakangnya. "Kau bukan lelaki sebenar. Kau pengecut. Pondan! Kau cakap adik aku prostitute? Kau lupa prostitute tu lah yang kutip kau masa bapak kau sendiri tak nak kau sebab hakikatnya kau tu anak luar nikah! "

Ryan terus memijak belakang Hafiz. Hafiz mengerang kesakitan. Dia menepuk lantai tanda mengalah.  "Aku nak kau lupakan je cita-cita kau tu. Adik aku yang patut jadi isteri kau. Lagi sekali aku tahu pasal perkara ni, aku akan pastikan hidup kau musnah." ugut Ryan.

Sebelum keluar, dia meludah ke atas belakang Ryan. Staf yang menyaksikan perkara tersebut buat-buat tak nampak. Maklumlah, bos mereka memang suka cari pasal. Sesuailah kena macam tu.

                               ...

"Nah, bos sample yang bos mintak." kata Jefri sambil menghulurkan paket berisi rambut.

"Saya pelik la bos. Selalunya orang buat IVF je yang boleh check DNA. Macam mana bos nak check DNA baby?" soal Jefri dia sendiri keliru.

Ryan hanya tersenyum kelat.

"Aku akan bagi ni kat lab untuk diperiksa. DNA tu boleh check as long as tak harm baby tu. Test tu boleh dibuat kalau kandungan dah mencapai 9 minggu. Itu yang aku buat research la."

Jefri hanya mengangguk tanda faham.  Kadang-kadang, dia sendiri tak faham dengan perangai bosnya. Tapi buat masa sekarang, dia perlu memerhatikan setiap gerak- geri Jannah. Dia pun kenal siapa wanita itu. Jadi lebih baik dia buat apa yang patut.

"Dan... Bos. Cerita yang saya akan cakap tentang Qalish  ni mungkin akan buat bos terkejut tapi... This is for the best." kata Jefri. Ryan hanya memandang tepat ke anak mata lelaki itu. Dia sudah bersedia untuk mengetahui rahsia yang tersimpan darinya selama ini.

                                ...

"Hish, kenapa tak angkat call ni?" rungut Datin Bahiyah. Dia risau. Amylia dari tadi tak mengangkat panggilannya. Tengku Darus pula hanya relax dan membaca surat khabarnya dengan tenang. Dia tak mempedulikan perihal Amylia.

Sudah semestinya dia malas nak ambil tahu. Datin Bahiyah berjalan ke hulu- hilir. Risau tentang anak perempuannya. "You, you ni tak kisah langsung pasal Amylia ke? Cubalah call dia ke apa ke." tegur Datin Bahiyah. Suaminya tu kalau dah malas nak ambil tahu, memang akan bersikap begitu.

"Suka hati dia lah. Rumah ni kan hotel. Memang semua orang dalam rumah ni tak wujud bagi dia. Pandai-pandai la dia balik nanti. You tak payah nak risau sangat. Selama dia di London dulu pun, memang rutin dia keluar petang dari rumah, bangun pagi di rumah orang." jawab Tengku Darus selamba. Dia masih lagi membaca surat khabar yang berada di tangannya.

Datin Bahiyah mendengus geram. "Kalau ya pun, dia masih lagi anak kita. You memang semuanya nak salahkan Amylia. Dia tak matang lagi la. Kalau you tak suka, jangan cakap lah pasal dia. Buat sakit hati adalah. Bukan nak menyejukkan hati."

Tengku Darus melipat surat khabar dan meletakkannya di atas coffee table. "Kalau dia matang sangat, taklah semua benda Ian kena settlekan untuk dia. Umur dah 29 tahun, tapi perangai macam budak 5 tahun." balas Tengku Darus pula. Dia mengambil secawan kopi panas dan menghirup perlahan-lahan.

Datin Bahiyah yang geram dengan kata-kata suaminya masuk ke dalam rumah. Nanti kalau bergaduh ni, boleh jadi semua benda dibalingnya. Lebih baik dia masuk dan fikirkan bagaimana dia nak contact Amylia.

Telefonnya berdering. Amylia menelefonnya kembali. "Hello, bonda? Sorry tadi Amy tak dengar tadi. I started to go and look for job. And guess what? I've got it. As a lawyer assistant." terang Amylia panjang lebar. Dia amat gembira.

Datin Bahiyah menghela nafas lega. Mak mana tak risaukan anak. Tapi pelik juga kenapa si Amylia ni beria-ria nak dapatkan kerja. Selalunya dia yang paling liat kalau nak cari kerja.

"That's good to hear. But why suddenly? You're with a child." soal Datin Bahiyah.

"Come on, bonda. I have to show that I can live without man although... This child need a father and only me who know is he." jawab Amylia dengan nada rendah.

                            ...

Hazhirah melambaikan tangan ke arah seseorang. "Hi, Iqbal. You tak kerja ke hari ni?" tegur Hazhirah.

"Tak. You lupa ke yang I dah janji untuk teman you window shopping?" balas Iqbal.

Setelah berjalan dari kedai ke kedai, Hazhirah dan Iqbal duduk berehat for coffee break. "Thank you tau belikan I baju untuk Dania. Mesti dia suka." Iqbal membalas dengan senyuman di bibir.

"So, kita berdua keluar ni Ian tahu tak?."

"Tak. I bagitahu I keluar dengan orang lain."

"Okay, so I ajak you keluar pun sebab ada hal penting."

"About?"

"Okay, look. I dah tak boleh tahan diri I. I masih cintakan you, Hazhirah. You wanita pertama yang I cinta. I tak boleh  lupakan you walaupun sesaat."

Hazhirah menghela nafas panjang. "Iq, you tahu kan yang I memang tak cintakan you from start. You pun tahu yang kita  bertunang atas desakan parents I walaupun I masa tu dah ada hubungan dengan Ian. So please, lupakan I. I'm married. I tak pernah cintakan  you."

Iqbal dan Hazhirah bertunang kerana terpaksa. Ibu bapa Hazhirah tak mahu dia terjebak dengan perkara tidak baik sewaktu di London. Dia dipaksa bertunang dengan Iqbal yang pada masa itu sudah jatuh cinta dengan Hazhirah semenjak melihat fotonya. Hazhirah tiada cara lain dan terpaksa setuju. Dia hampir memutuskan hubungannya dengan Ryan. Tapi bila perkara itu sampai ke pengetahuan Iqbal, dia sendiri yang mahu memutuskan pertunangan itu.

Memang susah untuk menerima hakikat bahawa wanita yang dia cintai telah memberikan perasaannya kepada orang lain. Cinta pertama kalinya dia rasakan buat Hazhirah. Tiada mana-mana perempuan yang boleh membuatkan Iqbal jatuh cinta.

Nächstes Kapitel