webnovel

Our Tomorrow (Malay)

Autor: IshaShazni
Geschichte
Laufend · 37K Ansichten
  • 25 Kaps
    Inhalt
  • Bewertungen
  • NO.200+
    UNTERSTÜTZEN
Zusammenfassung

Wu Ying Hua seorang designer yang berjaya dan digelar sebagai pekerja cemerlang dalam masa setahun. Tetapi keadaan mula berubah selepas dia jatuh sakit dan apabila dia sedar, segalanya berubah. Persekitarannya berubah, namanya juga berubah kepada Xiao Hua. Berdepan pula dengan Wang Shu Yan, lelaki asing yang tiba-tiba sahaja digelar suami? Masalahnya, lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang penuh dengan kebencian. Jadi apa yang telah berlaku sebenarnya sehingga lelaki berstatus suami itu sering mengugut untuk membunuhnya? “Awak hanya boleh mati di tangan saya aje. Kalau awak rasa dengan menyeksa diri sendiri boleh buat awak mati, awak silap besar.” - Wang Shu Yan. "Saya bukan Wu Xiao Hua." - Wu Ying Hua. Xiao Hua mempunyai rahsia dalam kehidupannya. Namun kini yang menanggung derita itu adalah Ying Hua. Dia terpaksa menjadi mangsa tomahan pada kisah yang dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri membenci dengan Xiao Hua kerana terpaksa menggalas derita yang bukan dirinya lakukan. Berapa lama dia harus berada di dunia asing itu? Bagaimana dia ingin kembali kepada kehidupannya sebagai Wu Ying Hua? Dapatkah dia membongkar satu persatu rahsia yang tersimpan oleh Xiao Hua? ** Selamat membaca **

Chapter 1Kerja Keras

YING Hua pulang dengan muka masam bersama fail-fail hitam dari pejabat. Hari ini moodnya benar hancur. Harapan untuk buat yang lebih baik untuk kali ini bagaikan jatuh menjunam sahaja.

Tubuhnya terus dihempas ke katil selepas meletakkan fail di atas meja. Satu harinya kepenatan dek mengejar client yang bermacam-macam kerenahnya. Dia tidak pasti dimana salahnya ketika itu. Rasanya draf design sudah mengikut kehendak clientnya tetapi dengan tiba-tiba hari ini lain pula yang dikatakan kepadanya.

Akhirnya yang menghadap kemarahan bos besar adalah dia. Dituduhnya pula membuat kerja tidak ikhlas. Ah! Sememangnya memeningkan kepala. Gelaran pekerja cemerlang bagaikan dicantas sahaja sewaktu dimarahi itu.

Bukan sahaja itu nasib malangnya untuk hari ini, malah didatangi pula dengan masalah baru apabila dengan tiba-tiba fail di dalam komputernya hilang. Ah beban oh beban. Tak cukup satu masalah, ditambah lagi dengan satu masalah. Keluar dari office, kasut tumit tingginya pula patah. Mujur sudah sampai di tempat letak kereta. Kalau tidak mungkin dia akan malu sendiri.

Yang lebih terbaik untuk menunjukkan betapa malangnya dia hari ini, kesihatannya juga mula terganggu kerana sudah berapa hari sibuk sehingga tidak dapat berehat dengan secukupnya. Client yang bernama Encik Gu sememangnya begitu cerewet. Otak seminit rasanya. Semalam cakap lain, hari cakap lain. Pening kepalanya melayan kerenah manusia sebegitu. Kalau bukan kerana kerja, memang sudah lama ditinggal tepi.

Itu salah, ini salah. Akhirnya yang kena dimarahi adalah dia. Client hanya goyang kaki macam tak wujud sahaja.

Ah! Tak pernah rasa sakit kepala seperti mahu pecah sebegini. Apalah dosa masa lalunya sehingga kehidupannya ketika ini jadi haru biru sebegitu.

Sekejap sahaja dia merasa bahagia dan tenang. Dalam masa setahun, perubahan hidupnya berlaku mendadak. Daripada cuma bekerja di kafe akhirnya dia mendapat tawaran di sebuah syarikat ternama dengan jawatan designer. Itulah permulaan baru hidupnya. Dirinya sudah tidak lagi dipandang serong oleh masyarakat seperti sebelum ini. Apatah lagi saudara maranya yang sememangnya berbangga diri dengan kerjaya besar.

Iyalah, dia yang mendapat anugerah pelajar cemerlang di universiti dengan pointer yang tinggi. Kalau nak dibandingkan saudara mara yang lain, dia antara cucu yang paling cemerlang berbanding sepupunya yang lain. Tetapi entah di mana silapnya, satu tawaran kerja dalam bidangnya masih tidak kelihatan hampir setahun lamanya.

Setahun sudah dia berada di syarikat itu. Dinobatkan sebagai pekerja cemerlang di department multimedia dalam masa setahun bukannya sesuatu yang mudah. Tetapi itulah hakikatnya. Saat itu dia mula dipandang tinggi dan mula disukai ramai.

Ah manusia memang begitu. Masa busuk macam sampah, memang tak ada orang yang nak dekat. Bila dah bersinar bagaikan permata, semua berebut nak dekati.

Semua itu atas usaha kerasnya sendiri. Sememangnya dia tidak memikirkan kehidupan lain melainkan kerja sahaja. Dia hanya mahu jadi orang yang berjaya sahaja. Bukan mahu mengharapkan pujian orang ramai. Cukup untuk hargai usaha kerasnya sahaja.

"Arghh..." Ying Hua mengeliat kecil bersama keluhan berat. Apa dia nak buat sekarang ni? Nampaknya hari ini pun dia takkan tidur selagi proposal itu tidak siap. Kalau tidak bersiap sedia dapat surat 'cinta' dari bos besar.

********************

"NAH kopi. Client kau tu tak habis lagi ke nak mendera kau?" tegur Shen Xin sambil meletakkan secawan kopi panas di atas meja Ying Hua. Kasihan pula mendengar cerita gadis itu.

Sebenarnya dia ada dengar desas-desus bercerita tentang Encik Gu tu. Cerewetnya boleh tahan sebab itu task itu diberikan kepada Ying Hua aka pekerja cemerlang yakini mampu 'memujuk' client yang keras kepala itu. Kalau tak kerana Encik Gu itu orang terpenting, rasanya dah lama kena tendang dari syarikat mereka.

"Shen Xin... kalau aku tahu macam ni, aku tak nak gelaran pekerja cemerlang tu..." rengek Ying Hua pada sahabat baiknya sejak kecil itu. Hanya gadis itu sahaja tempat dia meluahkan perasaan. Shen Xin juga bekerja di syarikat yang sama cuma sahabatnya itu bekerja di bahagian finance.

Shen Xin hanya mampu tersengih kecil. Dia tak mampu nak tolong Ying Hua keluar dari bebanan itu. Mahu tak mahu tetap gadis itu perlu lalui juga.

"Kalau macam ni memang boleh koma tiga bulan gamaknya," rungut Ying Hua lagi.

Tangan Shen Xin menepuk lembut bahu Ying Hua. Sebenarnya Ying Hua seorang gadis yang tak pernah kenal erti putus asa. Meskipun dalam kehidupannya penuh dugaan tetapi gadis itu tidak pernah mengalah. Nampaknya client itu benar-benar sudah memusnahkan semangat Wu Ying Hua. Alahai... mana perginya Wu Ying Hua yang bersemangat waja ni?

"Aku mesti ada buat sesuatu yang buruk dulu sampai aku kena hadap semua ni macam sekarang," tambah Ying Hua lagi.

Kehidupan untuk orang baik sememangnya cukup indah. Tapi kalau kehidupannya tunggang langgang sebegini, pasti dia ada buat sesuatu yang buruk pada kehidupan lalunya.

Ketawa Shen Xin langsung tidak membantu semangatnya. Pantas dia meneguk kopi hasil tangan Shen Xin itu. Mahu tak mahu bersengkang mata la malam ini. Cukup la tiga hari dia membuta. Sudah pasti keesokkan harinya, mata pandanya terserlah.

Nasib kau la Wu Ying Hua...

********************

HATINYA sudah tidak dapat digambarkan lagi betapa gembiranya melihat senyuman clientnya meskipun sudah berbakul-bakul makian dilemparkan kepada lelaki itu semalam. Itu pun cuma dalam hati ajelah. Proposalnya sudah diterima dengan jayanya tanpa cacat cela. Jadi tidak sia-sia dia jadi panda selama tiga hari. Kalau tidak, pasti gelaran pekerja cemerlang dicantas oleh orang lain. Usaha kerasnya selama setahun mungkin menjunam.

Ying Hua membalas senyuman kepada clientnya sebelum menyambut tangan itu. Pihak clientnya bersetuju untuk bekerjsama dengan syarikat mereka dalam tempoh yang panjang, iaitu tiga tahun.

Tiga tahun. Hahaha. Ying Hua hanya mampu gelak dalam hatinya sahaja. Tiga tahun orang dalam syarikatnya pasti pening kepala dengan kerenah lelaki berumur 50-an itu. Nasib badan la...

Selepas tamat sesi pertemuan itu, dia terus pulang ke syarikatnya. Akhirnya dapat juga dia jejakkan kaki ke syarikat dengan hati yang tenang. Ingatkan dah dapat surat 'cinta' dari bos besar. Nampaknya hasil kali ini berbeza. Nasib baik masih menyebelahinya.

"Yey!"

Terkebil-kebil matanya memandang sekeliling. Masing-masing sudah bersorak gembira. Ada juga yang bertepuk tangan.

"Hah?"

"Tahniah Ying Hua! Awak berjaya dapatkan contract dari Encik Gu," ucap penyelianya, Encik Zhao.

"Wah... awak memang hebat la Ying Hua. Tak hairanlah awak boleh dapat gelaran pekerja cemerlang dalam tempoh yang singkat," puji salah seorang rakan sekerjanya.

Ying Hua hanya tersenyum kecil. Malu dipuji begitu. Emm... sebenarnya terpaksa juga senyum. Mana tidaknya, semalam masing-masing sudah tidak mengendahkannya gara-gara dimarahi penyelia dan bosnya. Hari ini semua dah bertukar sikap. Ah talam dua muka. Beginilah.

"Jadi hari ni saya akan belanja semua department multimedia sebab kita dah dapat projek besar. Terima kasih pada Wu Ying Hua yang bertungkus lumus untuk dapatkan projek besar ni." Encik Zhao menepuk tangan, dituruti oleh pekerja yang lain.

Ying Hua hanya berdiri ala-ala malu kucing sahaja gayanya. Okeylah sekali sekala jadi talam dua muka kejap. Orang baru nak hargai, kita terima ajelah.

"Encik Zhao, kita nak makan kat mana?" tanya Mei, pembantu Encik Zhao.

"Hot pot!" Cadang salah seorang pekerja mereka. Kalau bab makan aje, mesti laju.

"Eh... sibuk aje kamu. Saya nak tanya Ying Hua," perli Encik Zhao membuatkan masing-masing ketawa.

"Saya tak kisah pun. Asalkan dapat makan," seloroh Ying Hua. Bab makan nombor satu juga sebenarnya. Tapi kalau orang belanja, dia lagilah tak memilih.

"Kalau dah Ying Hua kata begitu, kita pergi hot pot aje." Akhirnya Encik Zhao memberi kata putus. Tak perlu fikir panjang lagi. Di mana tempatnya, biar pembantunya yang uruskan.

"Okey, saya nak sambung buat kerja dulu." Ying Hua akhirnya meminta diri. Mana tidaknya, sebenarnya dia sendiri tak cukup rehat. Memang tak mampu nak berdiri lama-lama di situ. Kepalanya sudah mula sakit semenjak tadi.

"Baik, baik..." Encik Zhao menepuk lembut bahu Ying Hua. Hati bila sudah senang, cakap apa pun semua okey.

Ying Hua mula melangkah ke mejanya. Rasanya kalau ada peluang memang dia nak tidur aje. Matanya sudah tidak larat untuk buka lagi. Nasiblah esok hari minggu. Memang membuta la jawabnya.

'Ah... cepatlah masa berlalu. Aku nak balik tidur,' bisik hati kecil Ying Hua. Sempat dia menguap kecil sebelum duduk di tempatnya.

Das könnte Ihnen auch gefallen