webnovel

BAB 34

BAB 34

Ammar duduk disebelah ibunya. Dia sudah berfikir masak-masak tentang perkara ini. Apa yang akan jadi, jadilah janji dia dapat apa yang dia mahu. Lagipun sekarang syarikat dia dah stabil sekarang. Jadi bolehlah dia berfikir tentang perkara lain pula.

" Mummy...." Panggil Ammar. Ibunya masih tidak menyahut kerana masih ralit dengan drama Hindustan nya.

" Mummy..." Ammar memanggil lagi sekali. Tapi kali ini lebih kuat sikit.

" Ye apa..." Sahut Puan Sri Laila. Tapi matanya masih tertumpu di kaca televisyen.

" Ammar nak cakap sikit...."

" Apa cakaplah ajelah... mummy dengar ni belum pekak lagi...."

" Mummy ni serious ni antara hidup dengan mati ni..." Kata Ammar yang cuba menarik perhatian Puan Sri Laila.

" Hish...apa...". Geram pula dia. Dahlah tengah tengok cerita kegemarannya pula ni.

" Ammar... Ammar...." Ammar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlu ke dia cakap sekarang.

" Ammar cakaplah cepat..."

" Ammar nak kahwin..." Kata Ammar dengan sekali nafas.

" What... mummy salah dengar ke ni...?" Tanya Puan Sri Laila seakan tidak percaya.

" Iye... betul.... Ammar dah buat keputusan... Ammar nak kahwin..." Kata Ammar yang cuba menyakinkan Puan Sri Laila.

" Okey...tapi siapa calonnya..." Siapakah bakal menantunya yang membuatkan Ammar cair.

" Tulah mummy...ni Ammar nak minta tolong..."

" Tolong apa... tolong tengok..." Gurau Puan Sri Laila.

" Hish... mummy Ammar betul-betul ni..." Rengek Ammar.

" Yelah apa..."

" Mummy tolonglah... hantar wakil untuk merisik..."

" Ammar nak mummy merisik siapa...?"

" Amyrah... Amyrah Husna..."

" Kamu ni biar betul..." Mulut Puan Sri Laila terlopong luas apabila mendengar jawapan Ammar.

" Iye... kenapa tak blh ke..."

" Bukan...tapi bila kamu berdua bercinta... habis tu Farisya macam mana...kamu nak letak dia kat mana... mummy tak tau apa-apa pun..."

" Ammar dengan Farisya dah putus...lagi satu Ammar dengan Amyrah tak pernah bercinta... lagipun Ammar dah lama suka Amyrah... " Jelas Ammar.

" Kamu fikir betul-betul...kamu nak kahwin dengan anak orang tu... kahwin ni tak boleh buat main-main tau...lagi satu kenapa kamu putus dengan Farisya..."

" Ammar betul-betul lah nak kahwin dengan Amyrah mana ada Ammar main-main... Ammar dah fikir masak-masak dah..." Kata Ammar. ' macam mana aku nak jawab soalan mummy ni...aku nak cakap apa ek.. takkan nak kata Farisya curang dengan aku...macam tak masuk akal je...' gumam Ammar.

" Okey... boleh tapi mummy belum dengar penjelasan Ammar lagi kenapa Ammar putus dengan Farisya..." Tanya Puan Sri Laila lagi.

" Erk...emm...hmm.." Ammar masih memikirkan jawapannya.

" Apa...erk...emm..hmm.. mummy nak jawapan dia sekarang..." Suara Puan Sri Laila sangat tegas.

" Ammar.. Ammar.."

" Ammar..."

" Ammar..tak tau lah nak cakap macam mana..." Ammar menggaru kepalanya.

" Cakap ajalah bukan tak ada mulut..."

" Okey.. Ammar cerita..." Ammar menceritakan kepada Puan Sri Laila dari A sampai Z. Puan Sri Laila mengangguk kepalanya.

" Jadi...dalam kes ni ada salah faham lah ye..."

" Ye... mummy...'

" Oklah masalah tu kamu selesaikan lah dengan cara baik dengan Farisya...yang pasal Amyrah tu nanti mummy antar wakil..."

" Betul ke mummy.."tanya Ammar yang menginginkan kepastian.

" Yey...tak sabar nak dapat menantu.." Jerit Puan Sri Laila. Puan Sri Laila menuju ke dapur sambil berjoget ala-ala Hindustan. Tak sabar rasanya nak dapat menantu. Nasib baik Ammar tak kata bakal menantunya Farisya. Nasib baik Amyrah yang Ammar pilih sebab dia dari dulu lagi tak berkenan dengan Farisya kerana perangainya yang tidak pandai hormat orang.

.

.

.

.

.

Nächstes Kapitel