webnovel

BAB 35

BAB 35

Amyrah masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Dia dapat melihat kereta yang banyak di rumahnya.

' siapa pula yang datang ni...'

Setelah meletakkan kereta di garaj dia berjalan untuk masuk ke dalam rumah. Dia dapat melihat kasut yang banyak di depan pintu rumah ibu bapanya.

' siapa...ek... yang datang agak-agaknya...'

Amyrah memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah tersebut.

" Waalaikumussalam..." Jawab Puan Sri Alia.

" Mama kenapa mama suruh Amyrah balik..." Tanya Amyrah. Hujung minggu nilah dia ada banyak aktiviti. Terpaksalah batalkan semuanya sebab mamanya bersungguh-sungguh memaksanya pulang ke rumah.

" Amyrah masuklah dulu..."

Apabila dia masuk ke dalam rumah dia mendapat kejutan yang hebat sekali.

' itukan mak Ammar...dia buat apa kat sini... jangan-jangan... Ammar betul-betul nak merisik aku...mak saya nak balik.. taknak...taknak...' bebel Amyrah didalam hati. Dia berdoa supaya kemungkinan di dalam fikirannya adalah salah.

" Amyrah kenalkan ni Puan Sri Laila... Amyrah ingatkan kita pernah datang rumah dia.... sebelah tu pula abang Puan Sri Laila...dan satu lagi tu Ammar..." Puan Sri Alia memperkenalkan tetamu yang datang ke rumah mereka.

" Ooo.." Amyrah berjalan lalu menyalam Puan Sri Laila dan menundukkan badannya ke arah bapa saudara Ammar sebagai tanda hormat.

" Amyrah duduk sebelah mama..." Arah Puan Sri Alia. Amyrah menelan air liurnya. Amyrah akur dengan arahan mamanya. Dia pun duduk di sebelah mamanya. Jantungnya berdegup kencang macam nak meletup. Tangannya pula menggeletar kesejukan.

" Sebenarnya kami datang ni ada hajat....hajat kami ni baik dan besar pula..." Kata bapa saudara Ammar lalu meneruskan kata-katanya. " Kalau tiada siapa yang memetik izin kami memetik dahulu..."( Ayat berterabur... penulis pun sebenarnya tak tau nak guna ayat ape....😅✌🏻)

" Kami sekeluarga setuju sahaja...tapi nak kena tanya tuan punya badanlah dahulu..." Kata Puan Sri Alia sambil memandang Amyrah.

' aduh aku nak cakap apa ni...' gumam Amyrah. Dia tidak menjadi keruan. Punggungnya terasa panas seperti duduk di atas bara api. Akhirnya dia mendapat satu idea. Mungkin idea ini tidak akan menyinggung hati sesiapa.

" Ermmm...hmm..ermm.. Amyrah fikirkan dulu ye..." Dia bangun daripada tempat duduknya lalu menyalam Puan Sri Alia. Dia menuju ke muka pintu untuk pergi.

" Amyrah kamu nak pergi mana tu.." jerit Puan Sri Alia.

Amyrah berlari anak. Dia membiarkan soalan mamanya tergantung. Otaknya jadi semakin tidak betul. Fikiran pada hari ini menjadi serabut.

Setelah bayangan Amyrah hilang daripada penglihatan Puan Sri Alia pun duduk di tempat asalnya semula. " Maaf ya semua...saya tak tahu lah kenapa dengan anak dara saya seorang tu...pergi macam tu je..."

" Ish..tak pe lah..." Kata Puan Sri Laila.

Reaksi Ammar pula hanya diam dan tenang sahaja sejak dari tadi tapi kenapa?

Nächstes Kapitel