BAB 33
Amyrah berjalan naik ke pentas. Buat pertama kalinya dia menyanyi di depan orang ramai. Sungguh memalukan. Biasanya orang akan dengar suara dia dalam _YouTube_ saja itupun tak tunjuk muka tapi hari terpaksalah dia mengeluarkan suaranya di depan orang ramai.
Farhah menepuk tangannya tak sabar nak dengar suara Amyrah apabila menyanyi. Seumur hidupnya lagi tak pernah pula dengar suara Amyrah walaupun dah bertahun kawan.
Ammar merenung muka Amyrah. Dia juga terkejut tadi apabila nama Amyrah diumumkan. Tak sabar rasanya mahu dengar suara emasnya itu.
Amyrah membisikkan suatu pada Danial. Danial mengangguk tanda setuju. Semua orang yang berada di situ menjadi pelik.
Danial mengeluarkan _keyboard piano_ daripada belakang pentas. Amyrah duduk di hadapan _keyboard piano_ itu. Dia memulakan menggerakkan jari jemarinya. Alunan yang dimainkan oleh Amyrah sungguh merdu.
Semua orang yang berada di situ. Amyrah pun memulakan nyanyiannya. Sungguh merdunya sehingga ada yang terlopong luas. Muat juga kalau masukkan ayam goreng siapa yang terlopong luas tu.
Amyrah menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk _SOMEONE YOU LOVED_.
~ INTO NIGHT FALL
AND YOU'RE NOT HERE
TO GET ME THROUGH IT ALL
I LET MY GUARD DOWN
AND THEN YOU PULLED THE RAG
I WAS GETTING KINDA
USED TO BRING SOMEONE YOU LOVED~
Para tetamu yang hadir menepuk tangan dengan gemuruh kepada Amyrah. Mereka yang hadir pada hari itu sungguh terpesona.
Amyrah turun daripada pentas. Muka Amyrah menjadi warna kemerahan kerana dek menahan malu. Jantung jangan cakaplah berdegup kencang macam nak meletup kebabum. Buat pertama kalinya dia berjaya di hadapan khalayak ramai. Rakan-rakannya juga tidak pernah mengetahui tentang bakat terpendamnya itu. Hanya keluarga dia sahaja yang tahu.
Farhah meluru kearah Amyrah. Dia mencubit tangan kiri.
" Ouch....awak ni dah kenapa main cubit-cubit pula...." Bengang pula dia apabila Farhah mencubit tangannya. Kalau tak sakit tak apalah. Kalau dia balik rumah nanti dia tengok ada lebab. Dia akan balas dendam balik. Tapi tak akan nak balas dekat kawan sendiri.
" Kenapa saya tak pernah dengar awak menyanyi pun...." Farhah seakan tidak puas hati kepada Amyrah.
" Saya nyanyi dalam bilik saya je..."
" Tapi kenapa awak tak pernah bagitau yang awak pandai menyanyi...siap main keyboard piano tadi pula tu...." Farhah mengetap bibirnya.
" Awak yang tak tanya..."
" Dah awak tak pernah nak nyanyi depan saya macam mana saya nak tanya..." Geram pula Farhah apabila Amyrah sengaja nak naikkan kemarahannya.
Amyrah hanya mengangkat bahu malas dia nak jawab soalan Farhah. Kalau dijawab sampai esok tak habis.
Majlis pun sudah berakhir. Ramai tetamu yang dah pulang. Semasa Amyrah mahu balik ramai orang memujinya. Naik segan pula dia. Namun, ada seseorang yang cemburu tahap meluap-luap dengan Amyrah.
'Kau jagalah Amyrah....kau ingat kau nyanyi tu sedap sangat...kau saja je nak tarik perhatian orang... dengan boyfriend aku...kau jagalah hidup kau akan merana...' gumamnya di tepi pagar itu.