webnovel

BAB 15

BAB 15

"Aik...baru balik... masuk rumah memang tak reti nak bagi salam eh.." tegur Fikree yang tiba-tiba muncul daripada ruang tamu.

" Assalamualaikum..." Ucap Amyrah.

" Pergi mana tadi pukul 11 baru balik ni...tak elok tau anak dara orang balik malam-malam macam ni..." Bebel Fikree sambil bercekak pinggang.

Amyrah berlalu pergi meninggalkan Fikree disitu. Malas dia mahu melayan bebelan si abangnya itu.

" Hoi...pekak ke apa... orang tengah cakap ni suka hati dia je naik atas dengan senang hati. Soalan abang pun Myra tak jawab lagi..."sergah Fikree.

" Abang ni kenapa... datang bulan ke apa...orang balik penat-penat ni dia pulak membebel mengalahkan perempuan..." Rungut Amyrah. Amyrah menuruni anak tangga semula untuk menuju ke Fikree.

" Pergi mana tadi..?" Tanya Fikree seperti pegawai polis yang sedang menyiasat pesalah di hadapan nya. Amyrah hanya menundukkan kepalanya seperti seorang pesalah.

" Pergi jumpa kawan..."

" Kat mana?" Tanya Fikree lagi.

" Kat..... adalah..."

" Hish cakap lah betul-betul... kalau tak...." Kata Fikree sambil mengangkat keningnya.

" Kalau tak apa...?" Amyrah memandang kepelikan kepada abangnya. Macam-macam ragam pula dia. Tadi soal orang macam polis. Sekarang ni main angkat-angkat kening. Kat ada kena makan penumbuk pula.

" Kalau tak.... apa-apa jelah..."

" Eeh... abang ni takde pape pulak....orang pergi makan-makan je dengan kawan tadi. And then, shopping sikit lepas tu balik...PUAS DAH...." Kata Amyrah sambil menekankan perkataan ' puas dah ' .

" Puas...baru abang puas hati..."

" So ada apa-apa lagi tak?" Tanya Amyrah sebelum mengangkat kaki menuju ke atas.

" Tak de dah boleh naik atas...persilakan tuan puteri.." kata Fikree yang sedang menyakat Amyrah sambil tangannya menunjukkan arah jalan. Amyrah mencebik lalu naik ke atas.

.

.

.

.

.

Setelah siap membersihkan badannya. Dia mengenakan pakaian tidurnya yang bewarna ungu. Sebut pasal ungu itulah warna kesukaannya.

Dia menghempaskan badannya ke katil untuk memejamkan matanya. Namun ingatannya masih teringat mengenai tadi.

Beberapa jam lalu.....

Setelah mereka makan, Danial mengatakan dia ada urusan begitu juga dengan Farhah. Hanya Amyrah dan Ammar masih berada di situ.

" So kita nak buat apa sekarang...?" Tanya Ammar.

" Balik.." balas Amyrah.

" Jomlah kita jalan-jalan dulu kat sini... pergi tengok wayang ke atau shopping.." cadang Ammar.

" Tak pelah saya nak balik..."

" Ala jomlah kita raikan sempena kita berkawan..." Ammar berusaha memujuk Amyrah.

" But...."

" No but...but.. jom" kata Ammar lalu menarik hujung baju pergelangan tangan Amyrah.

" Yelah ok..."

Mereka masuk ke kedai dan kedai yang lain sambil berborak sakan.

Banyak juga barang di beli oleh Ammar. Amyrah pula hanya mengikutnya. Barangannya di rumah sudah banyak dan masih juga ada yang tidak digunakan lagi.

" Amyrah awak tak nak beli apa-apa ke..?" Tanya Ammar. Amyrah hanya membuat muka bosan.

" Tak kot.." balas Amyrah.

" Kalau macam tu jom lah kita balik...." Cadang Ammar.

" Ok..."

Mereka menuju ke tempat kereta. Belum sempat Amyrah mahu memasuki kereta Ammar sudah menahannya.

" Amyrah kejap...." Tahan Ammar.

" Apa.."

" Nah ni untuk awak..." Kata Ammar sambil menghulurkan barangan tersebut.

" Thanks.." ucap Amyrah.

" Ok bye"

" Bye.."

Nächstes Kapitel