BAB 16
" Mama....oh mama...." Jerit Amyrah dengan teruja sambil menuruni anak tangga.
" Iye kenapa...?" Tanya Puan Sri Alia. Sudah kenapa dengan anaknya seorang ini pagi-pagi sudah jerit terlolong.
" Ma....ma..." Dia tidak dapat meneruskan percakapannya kerana masih termengah-mengah.
" Ya.... kenapa... cepatlah sikit cakap tu...mama nak cepat ni...nak pergi pejabat papa kamu ni..."
" Orang dapat tawaran ke UM ma...." Kata Amyrah keriangan.
" Iye alhamdulillah...mama tahu kamu confrem... dapat punya...." Balas Puan Sri Alia dengan wajah terkejut apabila mendengar berita baik tersebut.
" Kenapa... kenapa...." Tanya Aulia iaitu adik Amyrah yang baru keluar daripada biliknya.
" Ni kakak kamu ni dapat masuk universiti Malaya..."
" Wow...yeke kak...?" Kata Aulia yang seperti tidak percaya akan kata mamanya itu.
" Iye... betullah..." Balas Amyrah.
" Kamu berdua boraklah dulu....mama nak pergi office kamu ni.." kata Puan Sri Alia yang baru teringat akan agendanya.
" Ok mama baik-baik drive kereta tu...." Kata Aulia. Mereka berdua pun menyalami mamanya tersebut.
" Hush... kak...deabak... universiti impian adik tu...."
" Kalau nak masuk situ kena lah belajar rajin-rajin..."
" Yelah...lepasni adik mesti belajar rajin-rajin nanti bolehlah adik jadi macam kakak abang...."
" Cik Zah mana ehh..adik...?" Tanya Amyrah. Matanya melilau ke kiri dan kanan.
" Kat luar kat...kenapa kak?"
" Taklah akak nak keluar ni...tadi cik Zah kata kalau nak keluar cakap kat dia... katanya nak pesan beli barang..." Terang Amyrah.
" Oo.. pergilah kat luar kot-kot ada ke..." Cadang Aulia.
" Hmmm...oklah"
Amyrah menuju ke laman rehat di rumahnya. Dia melihat Cik Zah dari jauh yang sedang membersihkan halaman tersebut.
"Cik Zah... Myra dah nak keluar ni..."kata Amyrah berjalan menuju ke arah Cik Zah.
" Haa...ok..ok.. Cik Zah nak ambil senarai beli barang jap..." Kata Cik Zah lalu menuju ke arah dapur untuk mengambil senarai yang dikatakan tadi. Amyrah hanya mengikutnya dari belakang.
" Nah...ni senarainya..." Kata Cik Zah yang memberikan senarai tersebut kepada Amyrah.
" Ok...nanti Myra belikan.." balas Amyrah. Amyrah sudah biasa membeli barangan dapur kerana sewaktu kecil lagi dia selalu mengikut Cik Zah ke pasar raya.
Amyrah menuju ke keretanya sambil mengeluarkan kunci keretanya. Dia memecut laju meninggalkan perkarangan rumahnya.
Didalam perjalanan secara tiba-tiba sebuah kereta BMW berhenti secara mengejut. Amyrah tidak sempat menekan brek lalu terlanggar di bahagian belakang kereta tersebut.
' Oh my god... matilah aku... Amyrah Husna macam mana kau boleh terlanggar kereta depan kau ni... habislah.. habislah...apa aku buat nak buat ni...dah lah langgar kereta orang kaya pulak tu...mampus aku kene saman berjuta karang...'
Amyrah keluar daripada isi keretanya begitu juga kereta di hadapan. Jantungnya berdegup laju bagai nak tercabut. Amyrah hampir pengsan di situ apabila kereta yang dilanggarnya itu kereta Ammar rupanya. Habislah dia kena sembur dengan Ammar. Bukan dia tak tahu Ammar tu lah panas baran macam bapak singa bila dia marah.
" Ooo...kau lah yang langgar kereta aku..." Kata Ammar yang sambil merenung Amyrah dengan pandangan yang tajam. Amyrah mengalihkan pandangan apabila mata Ammar seakan mahu menerkamnya.
" Sa..salah awaklah siapa suruh brek mengejut.." kata Amyrah yang sedang mempertahankan dirinya.
" Ooo...salah..kau nak kata salah aku lah ni ye...cuba kau fikir balik semula.. masalahnya kereta depan aku pun brek tiba-tiba..tak de pun aku langgar dia...kau tahu tak yang kau langgar ni kereta kesayangan aku...kau dah tengok dah kemik belakang kereta ni..." Herdik Ammar sambil menunjukkan ke arah keretanya.
" Ya saya tau.. tapi..." Belum sempat Amyrah ingin menghabiskan kata-katanya Ammar sudah memotong.
" Apa yang kau tahu..haa...macam mana kau nak ganti balik belakang kereta aku ni..aku tau bapak dengan mak tiri kau tu kaya raya...tapi takkan hantar anak belajar kereta.." bertalu-talu Ammar melontarkan kata-katanya kepada Amyrah. Dirinya yang seakan-akan sedang dikuasai oleh amarahnya.
" Tak payahlah babitkan mak bapak....saya yang langgar kereta awak bukan mak bapa saya...awak cakap awak nak berapa nanti saya ganti balik..." Kata Amyrah yang sedikit terasa akan kata-kata Ammar tadi. Ammar yang baru perasan akan kesalahannya berasa serba salah kepada Amyrah.
" Ok fine...kalau macam tu saya nak awak bayar 100 ribu sebagai ganti rugi..."
" Banyaknya... kalau kita kurangkan sampai 5 ribu ok ke..." Kata Amyrah. Banyak tu mana nak dia nak cari duit sebanyak tu. Kalau minta dekat papanya pasti papanya akan marah kepada dirinya.
" No way...aku nak kau bayar 100 ribu jugak dekat aku..." Kata Ammar yang seakan-akan tidak kasihan kepada Amyrah.
" But...sa..ya.." belum sempat Amyrah menghabiskan kata-katanya Ammar sudah memotong lagi percakapannya.
" Ok.. kalau kau tak boleh bayar ganti rugi tu..kau kene kahwin dengan aku..." Kata Ammar yang memberikan pilihan kedua kepada Amyrah.
" Kahwin dengan awak...no..no.. no.." balas Amyrah dengan riak terkejut.
" Kau cuma ada dua pilihan sahaja sama ada bayar 100 ribu tu atau kahwin dengan aku..." Kata Ammar dengan tegasnya apabila idea tersebut muncul di dalam otak nya tanpa memikirkan risiko nya.