"Atuk Beirut sudah mengetahui apa yang telah berlaku?" Bebe bergegas ke arahnya.
Beirut memeluk Bebe dengan senang sambil mengangguk. "Saya menguruskan Nekropolis Dewa itu bagi pihak Pemerintah agung. Sudah tentu saya tahu apa yang berlaku di dalam Nekropolis Dewa tersebut." Beirut memandang Linley dengan pandangan penuh makna.
Linley terus mengerti.
Mungkin…
Beirutlah yang telah meletakkan tiga cetusan ketuhanan di sana untuknya. Jika orang yang berjaya melepasi rintangan di aras sebelas itu adalah Olivier, mungkin cetusan ketuhanan yang ditempatkan ialah 'unsur cahaya', 'unsur kegelapan' dan 'unsur Kebinasaan'.
Tetapi sudah tentulah, ini cuma hipotesis Linley sahaja.
"Linley." Beirut tertawa kecil sambil memandang Linley. "Saya pasti kamu sudah dapat merasakan serba sedikit tahap Betara itu. Kamu sudah sepatutnya berada di muka pintunya sekarang, bukan?"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com