Jauh di dasar laut semua pakar mula terbang ke arah pintu antara dimensi diketuai oleh Beirut.
'Nekropolis Dewa…' Linley berpaling memandangnya.
Walaupun mereka telah terbang sepuluh kilometer menjauhinya, binaan Nekropolis Dewa setinggi 20 ribu meter itu masih lagi kelihatan. Sisi yang berhadapan dengan Linley masih lagi ukiran naga tanpa sayap seperti ular yang sedang melingkar. Hati Linley merasai sesuatu yang sudah sebati dengannya sebaik sahaja melihat arca naga besar itu.
'Tak kira apa yang memanggil aku di dalam Nekropolis Dewa itu, aku tidak boleh mensia-siakan nyawaku. Di rumah, aku ada Delia, Taylor dan Sasha.' Tiba-tiba, Linley terfikir akan isteri dan anak-anaknya dan hatinya berasa hangat sekali.
Di dalam Laut Selatan yang tidak berpenghujung. Walaupun angin laut tidaklah begitu kuat, tetapi ombak masih lagi beralun lembut di atas permukaan laut. Matahari tengah hari yang terik bersinar di permukaan laut memantulkan cahaya mempesona.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com