webnovel

Li Sicheng Homoseksual?

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Lu Yihan yang sedang memandu keretanya cuba mengejar mereka tetapi gagal. Tetapi, tiba-tiba Maybach tersebut bergerak perlahan. Lu Yihan melajukan keretanya dan pergi ke sebelah kereta hitam itu. Namun, disebabkan pelindung tingkap kereta, Lu Yihan tidak dapat melihat apa-apa di sebaliknya. Tiba-tiba, dia teringatkan jeritan Su Qianci dan khabar angin yang telah didengarinya. Desas desus khabar angin mengatakan Li Sicheng tidak menyukai perempuan dan mempunyai sifat baran yang kurang normal. Ada juga yang mengatakan dia mempunyai sikap yang tidak menentu.

"Dia tidak pernah peduli tentang apa-apa yang saya lakukan." Teringatkan kata-kata Su Qianci, dia berasa bimbang.

Mungkinkah perkahwinan Su Qianci hanya sekadar satu lakonan? Walaupun Li Sicheng kelihatan tinggi dan tampan, adakah mungkin sebenarnya dia seorang homoseksual?

Lu Yihan berasa kasihan terhadap Su Qianci. Dia serta-merta memandu dengan lebih laju dan memintas Maybach tersebut.

Su Qianci bergelut dan melawan, tetapi masih tidak berjaya mengalihkan lelaki yang sedang berada di atas tubuhnya. Pergerakan Li Sicheng semakin kasar apabila perasaan marah mencengkam dirinya. Dia tidak pernah melihat Li Sicheng seperti ini. Pada kehidupan lalu, dia telah ditendang keluar daripada kereta, disoal siasat disebabkan Tang Mengying, dan juga dipergunakan sebagai lakonan di hadapan atuk lalu dibuang.

Namun, ini kali pertama Li Sicheng memperlakukan dia sebegini. Adakah lelaki itu percaya pada Tang Mengying yang dia sedang curang dan sedang cuba memastikan kesahihan teori tersebut?

Li Sicheng yang dapat merasakan air mata Su Qianci mengalir semakin yakin Su Qianci telah curang terhadapnya. Sebelum malam perkahwinan, dia berlakon seperti tidak tahu apa-apa. Pada malam perkahwinan, dia amat mesra dan ghairah. Tetapi, selepas itu, dia telah melayannya seperti seekor raksasa.

Dia sepatutnya telah lama berfikir tentang perkara tersebut. Walaupun Su Qianci telah memberikan daranya, tetapi hatinya telah menjadi milik lelaki lain. Apa yang ingin dilakukan Li Sicheng sekarang hanyalah memusnahkan isterinya itu.

"Kau takut?"

Li Sicheng berhenti dan memandang Su Qianci yang sedang menggigil itu.

Ya…

Su Qianci cuba menjawab tetapi tidak berjaya mengeluarkan sebarang bunyi. Matanya dipenuhi rasa takut, lemah dan sedih. Manakala mata Li Sicheng bersinar lantaran nafsu sedang menguasai. Jantung Su Qianci semakin laju sambil dia memegang lengan bajunya. Ketika dia menyangka Li Sicheng hendak melakukan sesuatu, kereta tersebut tiba-tiba berhenti. Li Sicheng terjatuh dengan serta merta ke atas tubuh Su Qianci.

Su Qianci menjerit kesakitan kerana dihempap secara tiba-tiba. Segila manapun Li Sicheng, dia masih berfikiran waras dan membuat sedikit jarak antara tubuh mereka. Tetapi dengan brek tiba-tiba itu, dia tertindih Su Qianci. Wajah Li Sicheng berubah apabila merasakan sesuatu yang lembut di bawah tubuhnya.

Su Qianci menyedari riak wajahnya yang seperti menahan diri daripada melakukan sesuatu.

Tetapi, apakah sesuatu itu? Adakah lelaki itu sedang cuba menahan diri daripada memukulnya?

Su Qianci menjadi semakin takut dan hatinya menggeletar.

Bang bang bang!

Tingkap mereka tiba-tiba diketuk dengan kuat.

Nächstes Kapitel